Sunday, 15 March 2015

Apa khabar Mary...sebenarnya?





This happen exactly 16 days ago.

*******

“Kau dengan Mary ni macamana sebenarnya?”

“Macamana macamana apa?” tanya aku balik. Sebenarnya agak kurang sopan sebab aku jawab dalam keadaan mulut penuh. Sedap kot roti kaya dekat Kluang Railway ni. Aku syak dia letak dadah. Ni kalau aku tengok diri aku sendiri ni, mahu aku pun geli.

“Memang nak cakap dengan mulut penuh ke? Tak reti nak telan dulu? Geli bodoh.” marah Hadib. See, I told you.

Still tak contact.” jawab aku ringkas. Hati aku sakit nak jawab full length pun malas.

Untuk pengetahuan, last aku rasa ada whatsapp-whatsapp yang berbentuk hubungan cinta dalam bulan 11 hujung tahun lepas. Semenjak dari waktu itu, aku takde lagi terima mesej apa pun dari dia yang berbentuk perkhabaran. Sihat ke. Dah makan ke. Macamana kerja ok ke tak. Takde lansung. Dulu rajin la jugak kalau aku terlelap sebelum call waktu malam, dia akan call balik. Sekarang ni, No. Sunyi macam gitu. Dan ini sudah hampir masuk bulan 3 tahun 2015.

“Jadi, apa status kau dengan dia? Still couple ke tak?”

“Aku tak tahu.” jawab aku ringkas lagi. Sebenarnya aku dah start sakit hati balik tu. Kalau kau, saling tak contact sampai berbulan-bulan, hati kau tak merajuk ke?

“Kau kena clearkan benda ni Mikael. Contact la dia. Clearkan”

Aku buat muka pelik dengan cadangan Zack tu. Dan aku rasa, Zack dengan Hadib ni memang dah berbincang panjang pasal aku dengan Mary. Fuck buat pillowtalk tak ajak aku.

“Ok, sekarang ni bagi aku, Mary tu babi. Dia tak contact kau. Dia tak cuba nak reach kau lansung. Takde. Kau jadi macam, entah aku tak tau nak cakap. Teraniaya? Sebab kau dibiarkan macam tu. Dan benda ni buat kau fikir yang oh, Mary dah tak minat dengan hubungan ni dan aku nampak yang kalau kau dengan dia putus pun, kau takde masalah. Sebab kau dah ready dekat suface in case anything happen. So, Mary tu babi.” terang Hadib panjang lebar.

Aku angguk faham.

"Sekarang cuba imagine yang Mary masih belum lagi move on dari kau. Sampai saat ni,
 dia still anggap kau dengan dia adalah couple.
 Dia still lagi berharap kau nak masuk meminang dia.
Dia still lagi tengah berusaha kumpul duit untuk kahwin dan tengah tunggu kau masuk melamar dia. Dia still lagi berharap.
Tatkala kau macam dah anggap hubungan ni dah lama habis so kau tak declare apa-apa, in the same time, dia masih lagi berharap pada kau. Kalau benda tu yang jadi, sorry to say Mikael, kau tu yang babi.”

Ni kalau drama melayu, aku dah tersembur air. Effect terkejut. Tapi ye la, tak cukup dengan bercakap sambil mulut penuh takkan aku nak tambah dengan sembur air pulak ye tak?

“So, kalau aku just Whatsapp dia ok kan?”

Up to you. Asalkan, antara korang boleh kasi clear.”

*******

Aku capai Note 4 aku buat kali yang ketiga. Tarik nafas dah banyak kali dah ni. Tapi, tak tertekan send lagi whatsapp ni. Ok, kali ni lah!

Hi, sorry ganggu. I nak tanya. Apa status hubungan kita ni ya?
Send.

Aku letakkan Note 4 aku ketepi.

Pling!

Notification Whatsapp sudah masuk.

*******

“Bro, breaking news!” jerit aku pada Zack yang tengah mengadap laptop.
“Apa dia?”









“Aku adalah babi!”

No comments:

Disclaimer

This is a personal blog and everything written on this blog, based on own and personal thought.

The owner of this blog did not responsible for any comments that made in the comment sections. The owner is only responsible by his name as written by the sections.

This web blog does not store any file on its server. All movies, software, form of files, pictures and any types of graphic forms that are posted on this blog are indexed from personal purpose only. For download-able form of files/software/etc, it's just for demo and must be deleted within 24 hours. You are agreed with this term as clicking the download button.

Any pictures, video and graphic forms, are not copyrighted as the date taken from the search engines. As if its copyrighted, all credit goes to the owner and i did not own the copyrights.

All of the graphics forms are linked with the original source. All of those pictures, video and graphic forms are not for any commercial use, i gain nothing for those forms of files.

Light 18sx contents.