This happen exactly 16 days ago.
*******
“Kau dengan Mary ni macamana sebenarnya?”
“Macamana macamana apa?” tanya aku balik.
Sebenarnya agak kurang sopan sebab aku jawab dalam keadaan mulut penuh. Sedap
kot roti kaya dekat Kluang Railway ni. Aku syak dia letak dadah. Ni kalau aku
tengok diri aku sendiri ni, mahu aku pun geli.
“Memang nak cakap dengan mulut penuh ke?
Tak reti nak telan dulu? Geli bodoh.” marah Hadib. See, I told you.
“Still tak contact.” jawab aku ringkas.
Hati aku sakit nak jawab full length pun malas.
Untuk pengetahuan, last aku rasa ada
whatsapp-whatsapp yang berbentuk hubungan cinta dalam bulan 11 hujung tahun
lepas. Semenjak dari waktu itu, aku takde lagi terima mesej apa pun dari dia
yang berbentuk perkhabaran. Sihat ke. Dah makan ke. Macamana kerja ok ke tak.
Takde lansung. Dulu rajin la jugak kalau aku terlelap sebelum call waktu malam,
dia akan call balik. Sekarang ni, No. Sunyi macam gitu. Dan ini sudah hampir masuk bulan 3 tahun
2015.
“Jadi, apa status kau dengan dia? Still
couple ke tak?”
“Aku tak tahu.” jawab aku ringkas lagi.
Sebenarnya aku dah start sakit hati balik tu. Kalau kau, saling tak contact
sampai berbulan-bulan, hati kau tak merajuk ke?
“Kau kena clearkan benda ni
Mikael. Contact la dia. Clearkan”
Aku buat muka pelik dengan cadangan Zack tu. Dan
aku rasa, Zack dengan Hadib ni memang dah berbincang panjang pasal aku dengan
Mary. Fuck buat pillowtalk tak ajak aku.
“Ok, sekarang ni bagi aku, Mary tu babi.
Dia tak contact kau. Dia tak cuba nak reach kau lansung. Takde. Kau jadi macam,
entah aku tak tau nak cakap. Teraniaya? Sebab kau dibiarkan macam tu. Dan benda
ni buat kau fikir yang oh, Mary dah tak minat dengan hubungan ni dan aku nampak
yang kalau kau dengan dia putus pun, kau takde masalah. Sebab kau dah ready
dekat suface in case anything happen. So, Mary tu babi.” terang Hadib panjang lebar.
Aku angguk faham.
"Sekarang cuba imagine yang Mary masih belum lagi
move on dari kau. Sampai saat ni,
dia still anggap kau dengan dia adalah
couple.
Dia still lagi berharap kau nak masuk meminang dia.
Dia still lagi
tengah berusaha kumpul duit untuk kahwin dan tengah tunggu kau masuk melamar
dia. Dia still lagi berharap.
Tatkala kau macam dah anggap hubungan ni dah lama
habis so kau tak declare apa-apa, in the same time, dia masih lagi berharap
pada kau. Kalau benda tu yang jadi, sorry to say Mikael, kau tu yang babi.”
Ni kalau drama melayu, aku dah tersembur
air. Effect terkejut. Tapi ye la, tak cukup dengan bercakap sambil mulut penuh
takkan aku nak tambah dengan sembur air pulak ye tak?
“So, kalau aku just Whatsapp dia ok kan?”
“Up to you. Asalkan, antara korang boleh
kasi clear.”
*******
Aku capai Note 4 aku buat kali yang
ketiga. Tarik nafas dah banyak kali dah ni. Tapi, tak tertekan send lagi
whatsapp ni. Ok, kali ni lah!
“Hi, sorry ganggu. I nak tanya. Apa
status hubungan kita ni ya?”
Send.
Aku letakkan Note 4 aku ketepi.
Pling!
Notification Whatsapp sudah masuk.
*******
“Bro, breaking news!” jerit aku pada
Zack yang tengah mengadap laptop.
“Apa dia?”
“Aku adalah babi!”