“I dah macam Enot dah
sayang,” ujar Mary masa dalam talian.
“Tahu dah. Takpelah.
Enot ke Kenot ke, I tetap sayang u jugak”
“Hmmm, I dah gemok,”
ulang Mary lagi untuk kali yang ke 14 selepas 7 panggilan telefon dilaksanakan
sebelum itu.
“Tahu dah. Ok. Takpe. Tak kisah pun.”
*******
“I dah gemuk tau.
Macam Enot dah badan i,” ulang Mary sekali lagi untuk kali ke 15 bagi panggilan ke 8.
“I tahu,”
“Tapi, I gemuk gemuk
pun I happy!” ujar Mary tiba-tiba. Insecure ke apa entah aku tak tahu.
“Tak kisah la happy ke
tak happy. You sihat tak? Kalau happy-happy pun bila jalan sikit dah mengah, tak
guna jagak. Mahu I paksa you keluar jogging dengan i” kata aku. Risau. Seolah
Mary ni dah kena penyakit yang paling menakutkan dari orang gemuk. Penyakit “Badan
aku maka suka hatilah aku lah”.
*******
Mary masuk ke dalam
kereta.
“Hai!” ujar Mary
dengan senyuman yang paling manis.
Aku jatuh cinta untuk
kali yang entah ke berapa puluh ribu.
“Cantik. You.. you nampak
cantik.”
“Terima kasih” dan
Mary senyum lagi. Dan aku jatuh cinta lagi.
Aku membawa kereta
sambil mata curi amati tahap gemuk yang diuar-uarkan oleh si Mary dua minggu
sebelum tu.
“Entah celah mana
gemuk entah,”
“I dah gemuk laaaa”
“Celah mana?”
Pertanyaan aku tak dijawab.
Cuma dibalas dengan tenungan nakal sambil kening diangkat-angkat.
Ni betul punya
kelakuan paling boleh gugat iman.
*******
Beratur di ATM memang
meter sabar tu kena sentiasa penuh. Kalau tidak, dengan tong sampah dekat ATM
tu pun kau maki hamun. Dengan orang yang potong que nya, dengan orang yang
tekan nombor satu-satunya, dengan orang yang bodoh sombongnya. Pening.
“Kau tengok badan awek
tu. Gemuk kot. Nasib muka boleh blah,” kata Zack berbisik dari belakang.
Pantas, mata aku
melilau cari. Jumpa. Dan benda pertama aku ingat, aku teringatkan Mary. Dari
belakang, badan dia sebijik macam Mary. Dan aku rasakan, itu kurus. Bukan gemuk seperti yang dikhabarkan. Sampailah aku
ternampak muka si tuan badan yang lansung tak sama dengan Mary. AUTOMATIK aku
rasa itu adalah gemuk.
Dua minggu dah aku dengan Mary perang dingin. Entah apa silap aku, aku tak tahu.
Tapi sekarang aku
yakin yang aku memang benar-benar rindu.
2 comments:
huahua.
dulu kan, suami aku pernah cakap kat aku masa belum kahwin. die tak kesah kalau aku gemok.
lately, die macam lebih suka kalau aku kurus.
dan aku tanya kenapa before kawen prnh mengaku tak kesahkan yang aku gemok.
suami aku jawab ' awak boleh gemok masa lepas kawen waktu mengandung je, tu yang awak tak faham'
k. fine. tu je nak cerita.
hehe.
Lelaki kan.
Mesti nak tengok yang terbaik untuk orang yang dia sayang.
Hakshaks
Post a Comment