"Memang masa sekolah tu jatuh cinta paling manis ke ataupun hanya aku sorang je rasa macam tu sebab aku hensem?" - Zaid, 2014. Budak nombor 3 paling tak hensem dekat sekolah aku dulu.
Kau jangan ingat
dekat sekolah agama, maka perasaan cinta tu berhenti rehat solat sunat pulak
dekat surau berhampiran bagi menghormati sekolah agama. No no no. Setiap
sekolah, mesti ada satu makwe legend. Makwe yang menjadi penanda aras kepada
istilah Gadis Cantik. Makwe yang menjadi lambang kebanggaan kalau budak sekolah
lain tanya “Sekolah kau ada siapa je? Semua buruk!” dan kau jawab “Eh hello,
sekolah kitorang ada awek cun nama (isikan nama gadis cantik disini) hokay!”.
Mesti ada.
Dan sekolah
agama aku pun ada la jugak seorang. Mana boleh kalah beb.
Nama dia Nana.
Semua orang
sukakan Nana ni. Hatta, kucing dekat kantin yang pernah cakar semua orang dekat
dalam sekolah agama ni pun bila nampak Nana, serah perut minta diusap.
Dan kalau semua
dah suka, takkan aku nak acah-acah rebel nak membenci kan? Masa mula-mula aku
nampak pun aku angau.
Bagi aku masa
tu, Nana la segala sumber kekuatan untuk aku still jugak datang kelas walaupun aku
demam teruk, Nana la best. Nana la world.
Nana la dunia. Rasa macam nak tengok bintang malam sama-sama. Rasa nak pandang
mata ke mata tanpa cakap apa-apa tapi rasa bahagia sama-sama. Semua nak
sama-sama.
Tapi, budak
zaman dulu bukan macam budak zaman sekarang, sunat belum kering air mani dengan
air mazi pun keliru nak beza dah gelupor nak bercinta nak I love you bagai. Zaman aku dulu, siapa yang mengaku bercinta,
mereka automatic akan digelar tak cool, jambu (Yar, digelar jambu juga masa tu
bukanlah sesuatu yang boleh kau banggakan sebab jambu masa tu digambarkan
sebagai seorang lelaki lembut yang kalau ajak main bola, main polis sentry, dia
taknak. Tapi, bagilah dia peranan sebagai seorang surirumah dalam permainan
masak-masak, dia punya happy macam gadis belasan tahun zaman sekarang dapat
hadiah IPhone Gold ada glitter pink sebab dapat nombor satu dalam kelas masa
peperiksaan Darjah dua.) Jadi, rasa yang aku ada tu, aku diamkan.
Sampailah
terkantoi sebab satu kejadian tu.
Masa darjah 5,
sebelum Nana pindah Perak.
Ada sekali tu
dalam kelas, subjek Ustaz Syaitan akan bermula dalam 10 minit lagi. Kelas
pertama untuk hari tu dan aku sampai awal. Aku dekat kelas Ustaz Syaitan ni
memang terkenal dengan kepoweran menyiapkan kerja rumah tajwid (sebab nak elak
kena marah sambil dilibas rotan dan mengurangkan api kemarahan dia masa kelas
Bahasa Arab karang. Kalau dua-dua kelas dia aku tak perform, mahu aku dirotan
kuat sambil terberak-berak nanti. Taknak aku). Maka, aku pun masuk la kelas
sambil mata aku tertacap pada buah hati pengarang jantung nan sorang ni.
Nana la of
course.
Aku nampak dia
tengah busy gelupor entah buat apa. Dan, dia terpandang aku. Mata ke mata. Aku
terpaku tapi aku cepat-cepat kalih. Bukan apa, aku takut aku termelutut sambil
melamar je nanti. Ni mata dah curi-curi nak cari gelang getah mana-mana buat
ganti cincin ni. Ish, be cool Mikael. Be cool. Dan aku bergerak ke meja aku
dengan gaya yang aku rasa paling cool (aku rasa la. Cool la kan tarik kerusi
kemudian campak beg, beg terletak elok dan kau pun duduk sambil menongkat dagu.
Kan?)
“Awak dah siap
kerja Tajwid yang Ustaz Amran bagi semalam?”
Tak semena-mena,
Nana dah ada sebelah meja aku.
Eh siapa pulak
main gendang cina tarian naga pulak dekat luar kelas ni? Kuat pulak tu
bunyinya. Tapi ni bulan berapa. Dah tahun baru cina ke? Dan kalau nak
dirationalkan dengan situasi sekarang, apa kejadahnya pulak orang cina nak main
gendang tarian naga dekat depan kelas sekolah agama kan? Tapi tadi masa aku
tukar tukar jeling antara Nana yang sebelah meja aku dengan tingkap yang
menunjukkan luar kelas, takde pulak orang main gendang atau tarian naga. Oh,
hati aku rupanya berdegup serupa gendang cina. Dup dap dup dap. Amboi penangan
Nana ni amboi. Biasa dia ni biasa.
“Dah, kenapa? Kau nak tiru ke?” Ok.
Aku dah potong lebih separuh dari markah ke diri aku sendiri sebab guna Aku
Kau. Bahasa Saya Awak mana si Mikael lahanat?
“Ha’a. Sorry la
awak. Saya nak tiru boleh? Saya tak sempat siapkan”
“Pemalasnya. Malam semalam kau buat
apa?” Ya Allah mulut aku ni rasa macam nak sepak. Mana character cool kau Mikael?
Dah lah tak pandai guna Awak Saya, ni kau perli pulak perangai dia. Ni kalau tengah main saham, mungkin sekarang
saham aku dekat dasar laut paling dalam.
“Taknak bagi
takpe la” sambil Nana tersenyum tawar.
Kemudian, badan
aku dah tak dikawal oleh aku lagi. Cuma yang aku ingat, aku dah ada dekat meja
dia bersama buku latihan sambil tolong dia terangkan apa yang dia tak faham
serupa seorang Ustaz muda yang kacak dan penyayang. Yang aku tahu, Nana masa tu
happy. Yang aku tak tahu, Ajib, Rahman, Izad, Nizam, Azim nampak keseluruhan
kejadian itu.
Yang seterusnya
membawa kepada kejadian paling shit.
P/S : Ni
sambungan dia yang hari tu tu. Klik sini
P/S 2: Semoga
terus terhibur dan terdebar dengan sambungan dia.
P/S 3: Kan aku
dah cakap hari tu yang kes lambat hantar pertandingan cerpen tu. Aaaa
4 comments:
Babi ah Nana pemalas.
Tapi sebab dia lawa, takpe.
Tapi babi ah.
Izam jealous nanti wuwuwuwu
Cepat jugak kau komen ni Juno. Kau tak kerja ke? #AmbikBerat
@Mikael Sahaja Aku tengah kerja la ni. #AmbikRingan
Tak gaya kerja pun. Tak gaya #AmbikNafas
Post a Comment