Thursday, 1 May 2014

Siapa Nana dan apa Impaknya kepada masyarakat sekeliling, terutamanya aku.


"Memang masa sekolah tu jatuh cinta paling manis ke ataupun hanya aku sorang je rasa macam tu sebab aku hensem?" - Zaid, 2014. Budak nombor 3 paling tak hensem dekat sekolah aku dulu.



Kau jangan ingat dekat sekolah agama, maka perasaan cinta tu berhenti rehat solat sunat pulak dekat surau berhampiran bagi menghormati sekolah agama. No no no. Setiap sekolah, mesti ada satu makwe legend. Makwe yang menjadi penanda aras kepada istilah Gadis Cantik. Makwe yang menjadi lambang kebanggaan kalau budak sekolah lain tanya “Sekolah kau ada siapa je? Semua buruk!” dan kau jawab “Eh hello, sekolah kitorang ada awek cun nama (isikan nama gadis cantik disini) hokay!”. Mesti ada.
Dan sekolah agama aku pun ada la jugak seorang. Mana boleh kalah beb.

Nama dia Nana.

Semua orang sukakan Nana ni. Hatta, kucing dekat kantin yang pernah cakar semua orang dekat dalam sekolah agama ni pun bila nampak Nana, serah perut minta diusap.

Dan kalau semua dah suka, takkan aku nak acah-acah rebel nak membenci kan? Masa mula-mula aku nampak pun aku angau.

Bagi aku masa tu, Nana la segala sumber kekuatan untuk aku still jugak datang kelas walaupun aku demam teruk, Nana  la best. Nana la world. Nana la dunia. Rasa macam nak tengok bintang malam sama-sama. Rasa nak pandang mata ke mata tanpa cakap apa-apa tapi rasa bahagia sama-sama. Semua nak sama-sama.

Tapi, budak zaman dulu bukan macam budak zaman sekarang, sunat belum kering air mani dengan air mazi pun keliru nak beza dah gelupor nak bercinta nak I love you bagai. Zaman aku dulu, siapa yang mengaku bercinta, mereka automatic akan digelar tak cool, jambu (Yar, digelar jambu juga masa tu bukanlah sesuatu yang boleh kau banggakan sebab jambu masa tu digambarkan sebagai seorang lelaki lembut yang kalau ajak main bola, main polis sentry, dia taknak. Tapi, bagilah dia peranan sebagai seorang surirumah dalam permainan masak-masak, dia punya happy macam gadis belasan tahun zaman sekarang dapat hadiah IPhone Gold ada glitter pink sebab dapat nombor satu dalam kelas masa peperiksaan Darjah dua.) Jadi, rasa yang aku ada tu, aku diamkan.

Sampailah terkantoi sebab satu kejadian tu.

Masa darjah 5, sebelum Nana pindah Perak.

Ada sekali tu dalam kelas, subjek Ustaz Syaitan akan bermula dalam 10 minit lagi. Kelas pertama untuk hari tu dan aku sampai awal. Aku dekat kelas Ustaz Syaitan ni memang terkenal dengan kepoweran menyiapkan kerja rumah tajwid (sebab nak elak kena marah sambil dilibas rotan dan mengurangkan api kemarahan dia masa kelas Bahasa Arab karang. Kalau dua-dua kelas dia aku tak perform, mahu aku dirotan kuat sambil terberak-berak nanti. Taknak aku). Maka, aku pun masuk la kelas sambil mata aku tertacap pada buah hati pengarang jantung nan sorang ni.

Nana la of course.

Aku nampak dia tengah busy gelupor entah buat apa. Dan, dia terpandang aku. Mata ke mata. Aku terpaku tapi aku cepat-cepat kalih. Bukan apa, aku takut aku termelutut sambil melamar je nanti. Ni mata dah curi-curi nak cari gelang getah mana-mana buat ganti cincin ni. Ish, be cool Mikael. Be cool. Dan aku bergerak ke meja aku dengan gaya yang aku rasa paling cool (aku rasa la. Cool la kan tarik kerusi kemudian campak beg, beg terletak elok dan kau pun duduk sambil menongkat dagu. Kan?)
“Awak dah siap kerja Tajwid yang Ustaz Amran bagi semalam?”

Tak semena-mena, Nana dah ada sebelah meja aku.

Eh siapa pulak main gendang cina tarian naga pulak dekat luar kelas ni? Kuat pulak tu bunyinya. Tapi ni bulan berapa. Dah tahun baru cina ke? Dan kalau nak dirationalkan dengan situasi sekarang, apa kejadahnya pulak orang cina nak main gendang tarian naga dekat depan kelas sekolah agama kan? Tapi tadi masa aku tukar tukar jeling antara Nana yang sebelah meja aku dengan tingkap yang menunjukkan luar kelas, takde pulak orang main gendang atau tarian naga. Oh, hati aku rupanya berdegup serupa gendang cina. Dup dap dup dap. Amboi penangan Nana ni amboi. Biasa dia ni biasa.

            “Dah, kenapa? Kau nak tiru ke?” Ok. Aku dah potong lebih separuh dari markah ke diri aku sendiri sebab guna Aku Kau. Bahasa Saya Awak mana si Mikael lahanat?

“Ha’a. Sorry la awak. Saya nak tiru boleh? Saya tak sempat siapkan”

            “Pemalasnya. Malam semalam kau buat apa?” Ya Allah mulut aku ni rasa macam nak sepak. Mana character cool kau Mikael? Dah lah tak pandai guna Awak Saya, ni kau perli pulak perangai dia. Ni kalau tengah main saham, mungkin sekarang saham aku dekat dasar laut paling dalam.

“Taknak bagi takpe la” sambil Nana tersenyum tawar.

Kemudian, badan aku dah tak dikawal oleh aku lagi. Cuma yang aku ingat, aku dah ada dekat meja dia bersama buku latihan sambil tolong dia terangkan apa yang dia tak faham serupa seorang Ustaz muda yang kacak dan penyayang. Yang aku tahu, Nana masa tu happy. Yang aku tak tahu, Ajib, Rahman, Izad, Nizam, Azim nampak keseluruhan kejadian itu.


Yang seterusnya membawa kepada kejadian paling shit.





P/S : Ni sambungan dia yang hari tu tu. Klik sini

P/S 2: Semoga terus terhibur dan terdebar dengan sambungan dia.

P/S 3: Kan aku dah cakap hari tu yang kes lambat hantar pertandingan cerpen tu. Aaaa


4 comments:

Unknown said...

Babi ah Nana pemalas.
Tapi sebab dia lawa, takpe.


Tapi babi ah.

Izam jealous nanti wuwuwuwu

Mikael Sahaja said...

Cepat jugak kau komen ni Juno. Kau tak kerja ke? #AmbikBerat

Unknown said...

@Mikael Sahaja Aku tengah kerja la ni. #AmbikRingan

Mikael Sahaja said...

Tak gaya kerja pun. Tak gaya #AmbikNafas

Disclaimer

This is a personal blog and everything written on this blog, based on own and personal thought.

The owner of this blog did not responsible for any comments that made in the comment sections. The owner is only responsible by his name as written by the sections.

This web blog does not store any file on its server. All movies, software, form of files, pictures and any types of graphic forms that are posted on this blog are indexed from personal purpose only. For download-able form of files/software/etc, it's just for demo and must be deleted within 24 hours. You are agreed with this term as clicking the download button.

Any pictures, video and graphic forms, are not copyrighted as the date taken from the search engines. As if its copyrighted, all credit goes to the owner and i did not own the copyrights.

All of the graphics forms are linked with the original source. All of those pictures, video and graphic forms are not for any commercial use, i gain nothing for those forms of files.

Light 18sx contents.