Thursday, 3 April 2014

Bagaimana aku boleh mula benci dengan gadis bernama Farah.

Tak menggambarkan Farah lansung. - Admin MikaelSahaja 3

     Masa zaman sekolah dulu, semua orang mesti ada seorang buah hati bukan? Gadis yang kau tak faham kenapa tapi kau suka nak tengok dia hari-hari. Kau tak faham lansung maksud cinta tapi kau nak sangat kau dan dia menjadi bahagia seperti dalam cerita cerita movie cinta english yang kau tonton tapi mak kau akan tutup mata bila masuk babak pasangan mula pandang mata ke mata masa tu. Maka, aku pun ada la seorang. Nama dia Farah.

     Farah ni boleh dikatakan sebagai crush hampir ke semua orang dalam kelas, dalam sekolah sebab muka dia yang comel dan dia kelihatan pandai di dalam kelas. Gelak pun kihkihkih je bunyinya. Sopan kan? Tapi budaya budak sekolah dulu tak macam sekarang. Dulu mati hidup balik pastu mati lagi sekali dalam keadaan seksa disiatkan kulit pun mampus nak mengaku suka orang. Dari mengaku suka orang, baik mengaku diri tu tidur dengan ibu dan hisap botol susu. Itu rasanya tindakan yang lebih manly.

     Jadi ada la suatu hari tu aku dengan Ajib dapatlah peluang berbual dengan dia. Happy tahu tak dapat berbual dengan gadis yang kita minat ni. Time tu semua benda nak tanya. Tapi lek lek. Gua cool. Gua cool. Gua borak la pasal i don't know semua benda yang remeh macam hobi buat apa? Ya Allah samalah dengan kita, kita pun suka kumpul setem jugak! Mmm, memang petang petang pun kita suka tidur. Sejuk kot. Apa? Nampak saya dekat taman? Eh, tu..tu..tengok la. Kadang kalau rajin pergi la main bola petang. Apa? Hari-hari? Emm, awak suka intai saya yek? Hahaha (gelak cover malu gila babi nokhorrom).

     Semua jenis bual aku bualkan. Sampailah ke soalan yang paling memuncak aku nak tanya.

     "Farah suka lelaki macam mana?” tanya aku berani. Fikir balik, Ya Allah apa benda entah sembang pasal lelaki kesukaan ni. Well, the answer would be so obvious (tunjuk ke diri sendiri). Second, baru darjah empat kot.

     “Farah tak suka lelaki gemok” jawab Farah ringkas.

     Korang dengar tak tu? Tak dengar? Bunyi kaca berderai tu? Tapi bukan kaca la yang berderai. Hati aku. Berderai teruk. Maka automatik aku sentap. Tapi depan Farah aku buat muka steady sambil cuba lari dari topik tu. Aku cerita pulak pasal Cikgu Zainal yang garang macam bapak syaitan.

     Maka, entah hantu saka apa yang merasuk aku, aku hilang selera nak makan. Kalau biasa aku makan dua pinggan, ni setengah pinggan pun macam alahai banyaknya aku dah makan hari ni erk kenyangg. Macam tu.

     Sampailah satu hari masa Pendidikan Jasmani, waktu yang bagi aku paling cikgu lepas tangan. Bebudak. Kau bawak pergi padang, campak seketul bola, dia punya happy sampai 4 period main bola pun takpe. Eh, perempuan time ni buat apa entah?

     Tengah aku lari-lari kejar bola sebagai seorang defend (itu nasib baik ikutkan diorang suruh aku jadi keeper. Bagi aku jadi keeper ni memang loser teruk. Aku masih ada maruah yang berselindung disebalik lemak 3 inci), aku tetiba rasa macam pandangan makin gelap. Aku marah orang yang tutupkan lampu masa orang tengah main bola. Apa gila. Rupanya bukan. Matahari mana ada suis. Aku pengsan.

     Sedar sedar aku dah ada dalam bilik rawat dekat sekolah. Aku terbaring situ tapi aku happy macam setan dapat sesatkan satu lagi umat Adam. Sebab apa? Sebab Farah ada sebelah aku.

     "Kenapa pengsan?" dia tanya.

     "Sebab Farah kata tak suka lelaki gemok, jadi Mikael tak makan" entah keberanian apa la setan. Entah keberanian apa.

     "Farah tak cakap pasal Mikael la. Farah cakap pasal Ajib masa tu. Ajib tu suka dekat Farah. Farah tak suka dia. LANSUNG"

     Bila aku flashback balik pelan-pelan ye tak ye jugak. Kalau aku ni gemok, Ajib tu triple cheese extra mayo lebih gemok dari aku. Plus, aku rasa muka dia paling berubah masa Farah cakap benda tu. Tapi aku tengok dia takde struggle pun nak cuba kurus. Macam semalam, slumber badak je bedal nasi lemak 3 bungkus tambah lauk ayam. Aku syak jugak kadang Ajib ni bela saka. Atau mungkin Ajib tu yang saka.

     "Jadi, Mikael ni Farah suka la?"

     Farah diam. Tapi aku nampak dia hangguk kepala perlahan. Lepas tu dia terus gerak keluar dari bilik rawat. Aku punya happy time tu jangan khabor. Kalau aku dah dewasa, aku rasa 3 minggu aku berparty dekat rumah dalam keadaan bogel.

     Tapi tu la. Bahagia tu tak lama untuk orang gemok masa sekolah ni. Seminggu je tahan kegembiraan aku tu. Sebab lepas tu masa lepas habis kelas, aku jumpa ada sebuah buku macam diari dekat bawah meja Farah. Dalam buku tu ada tulis ayat lebih kurang begini.

Farah <3 Shah

     Dan aku tahu itu bukan fitnah. Sebab Shah memang hensem. Satu. Lepas tu baru aku perasan yang Farah dengan Shah ni selalu balik sama tetiap petang. Dan juga dating dekat padang bola (yang masa tu aku ingat Farah datang padang sebab nak usha aku, Ya Allah, lubang dalam mana lubang dalam? Nak sembunyi kejap)

     Pelan-pelan, aku koyak buku Farah tu sampai hancur. Sama hancur macam cinta aku ke dia.


     Setan kau Farah.

6 comments:

Unknown said...

citer ni best. maikel, kau cubalah hantar cerita ni pada mana2 publisher. atau join ni;http://buasirotak.blogspot.com/2014/03/giveaway-contest-gila-5-artikel-pilihan_23.html

Mikael Sahaja said...

Alaaaaa, maikel mana pulak ni? :(

Unknown said...

T_T okeh, mikael.

Unknown said...

Mikael aku baru sedar aku nampak macam creepy bila komen satu persatu entry kau.

Tapi aku mula suka blog kau.
Ok dah. Sekali je aku cakap.

Kenapa pengalaman cinta selalu bermula di Tahun 4?
Kenaapa.

Mikael Sahaja said...

Mungkin masa tahun empat ni masa adrenain kita sudah naik sama memuncak dengan kadar hormon obrodis metaphora eligment di tahap aporodoros sphera mungkin.

Tapi bergantung jugak.

Kalau kau berusia 35 tahun ketika kau di darjah empat, itu lebih creepy.

hara said...

budak darjah 4 yang emo gila.hahaha. orang lain darjah 4 duk main lumba basikal lagi

Disclaimer

This is a personal blog and everything written on this blog, based on own and personal thought.

The owner of this blog did not responsible for any comments that made in the comment sections. The owner is only responsible by his name as written by the sections.

This web blog does not store any file on its server. All movies, software, form of files, pictures and any types of graphic forms that are posted on this blog are indexed from personal purpose only. For download-able form of files/software/etc, it's just for demo and must be deleted within 24 hours. You are agreed with this term as clicking the download button.

Any pictures, video and graphic forms, are not copyrighted as the date taken from the search engines. As if its copyrighted, all credit goes to the owner and i did not own the copyrights.

All of the graphics forms are linked with the original source. All of those pictures, video and graphic forms are not for any commercial use, i gain nothing for those forms of files.

Light 18sx contents.