Kuajaq tangan kiri aku ni, pergi block muka aku pasaipa pun taktau. Bodoh macam tuan badan. - Syed Abdul Rizalman Suleiman Akhqil bin Sabtu (Dua dari kiri)
Sekolah Agama
tidak lansung menghalang curiosity kau
terhadap sesuatu perkara. Contoh macam lelaki, pasal bersunat.
“Eh, kau ingat
tak Ustaz Awesome hari tu kata apa?
Kalau tak sunat, tak boleh kahwin tau”
“Yeke? Habis tu,
kalau sunat nanti, bukan potong semua ke? Habis dah takde “benda tu”, macam
mana nak kencing? Keluar ikut bontot ke?”
“Ayo tak tak
yok, kau sebut bontot. Dosa dosa”
“Habis tu kau
sebut takpe pulak?”
“Aku takpe. Aku
pagi tadi solat Subuh. Dosa dah cover”
Dalam perbualan
penuh emosi dan bertukar-tukar pandangan oleh ke enam-enam kanak kanak comel cute kawai berkenaan sunat ni, aku nampak seorang
je yang betul-betul take serious masa
tu. Izam. Sebab Izam memang diketahui oleh semua rakan taulan bahawa beliau
amat berminat tahap mahu berjalan berpimpin tangan di taman bunga sambil
menghirup udara pagi nan segar dengan Nana. Oh wait, siapa Nana ni? We will get into that.
“Aku dah sunat”
ujar Azim tiba-tiba yang sekaligus menarik minat semua enam-enam kanak-kanak
comel berceloteh bercerita pasal sunat dekat tepi kantin.
“Betul ke weyh!
Aku nak tengok! Nak tengok” jerit Rahman sambil berlari menarik sampin Azim.
“Eh tak boleh
tengok la gila! Kakak aku kata tak boleh bagi tengok, nanti benda ni jadi
besar. Tengok orang punya pun tak boleh nanti korang punya pun jadi lagi besar”
Bila difikirkan,
boleh tahan jauh jugak permikiran kakak dia. Kakak dia baru sekolah menengah
aku rasa masa tu. Dan jugak Kakak dia anak sulung. Satu-satunya adik beradik
lelaki dalam keluarga adalah Azim.
“Jadi kiranya
kau dah boleh kahwin la ni?”
Azim tak balas.
Tapi dia depa tangan gaya angkuh. Memang Azim antara budak paling hensem (dalam
judgment budak kecil) antara semua. Dan jugak ada khabar angin kata Nana pernah
ditangkap menulis “Nana <3 Azim” dalam lebih kurang 1000 kali dekat dalam
sebuah buku nota yang kemudian telah dicarik-carik oleh seorang lelaki misteri
di kelas (aku tahu ini mesti kerja Izam ni). Maka, hakikat bagi kejadian itu
ternyata membuatkan Izam, cemburu.
Kalau dah muka
kerut, masa sambil macam memikirkan sesuatu, tangan genggam penuh azam dan mata
bertekad seolah sudah mencapai kata putus itu kau tak kata cemburu, aku tak
tahulah kau nak kata apa lagi. Takkan happy pulak. Aku nampak semua tu.
Kenyataan aku
ini dikuatkan lagi dengan kejadian yang berlaku selepas itu dimana tepat jam
5.30 petang apabila bunyi loceng berbunyi, Izam berlari tak menyempat-nyempat
nak sampai ke pagar sekolah walaupun mak dia masih belum sampai. Kau baying la,
kitorang yang jalan slow-slow ni pun dah boleh tunggu sekali dengan dia.
“Mak! Izam nak
sunat mak! Nak sunat!”
“Eh, tak boleh
Izam. Kena tunggu cuti panjang nantilah”
“Izam tak kira!
Izam nak sunat jugak! Izam nak sunat sekarang!”
“Kau ingat
bersunat ni macam potong timun ke dik? Potong hari ni, esok dah baik?” ujar Kakak
Izam yang turut sama ada masa tu.
Dan sekali lagi bila
aku ingat balik, aku rasa macam nak tergelak. Aku assume yang kakak dia ni pun
Super Gatal. Ataupun memang semua kakak dalam dunia yang masih sekolah Menengah
memang macam ni ke? I mean Super Gatal dan tahu semua benda pasal tumbesaran
secara tiba-tiba pada anggota badan lelaki itu? Tanya je tau. Bukan statement.
Perempuan-perempuan dalam dunia ni mana ada yang gatal. Yang gatal tu semua
orang lelaki. Orang lelaki je yang jahat dalam dunia ni. Orang perempuan semua
maksum.
Jadi, cuti orang
lain masa bulan 12 sebelum Darjah Enam diisi dengan main bola, main basikal,
main gasing dan pelbagai lagi jenis main yang difikirkan masa tu tidak berdosa
dan tak melibatkan perempuan, Izam hanya terbaring sambil menunggu luka
sunatnya kering.
“Aku nekad Mikael, bukak je sekolah ni, aku nak lamar Nana”
Air oren yang
aku minum tadi sedikit tersembur dalam cawan.
“Kau gila ke?
Habis nanti kau nak bagi Nana makan apa? Pasir? Batu?” ini pengaruh drama
melayu yang aku selalu tengok Pukul 10 malam hari Sabtu.
“Sedangkan ulat
dalam batu pun boleh hidup, inikan kita manusia” ini juga pengaruh drama melayu
Pukul 10 malam hari Sabtu.
“Kalau Nana
taknak?”
“Aku akan pujuk.
Aku suka dia Mikael. Betul betul betul suka”
“Kalau mak kau tak
setuju?”
Izam diam.
Pelan-pelan dia tengok jendela. Pandang jauh. Ya Allah rasa macam Izam ni
banyak sangat tengok drama La Usur Padora pulak rasa. Bila difikirkan, baru
darjah enam la setan.
“Dia kena
setuju”
Aku tahu benda
ni memang mustahil. Mustahil total. Tambahan pulak aku tahu satu info ni, lagilah mustahil nak jadi lansung.
Tapi, aku dan rakan-rakan perlukan hiburan di hari pertama persekolahan agama.
Maka, terus aku simpankan sahaja berita yang Nana dan keluarga dah seminggu
berpindah ke Perak sebab Ayah Nana kena transfer tempat kerja. Niat melawat
yang mulanya sekadar pemberitahuan berita sedih ditukarkan kepada sebuah cerita
separa kelakar yang bakal disampaikan kepada sahabat handai lain di padang bola
petang karang.
P/S : Ini adalah sebahagian daripada cerpen yang aku buat bersempena nak hantar ke satu publisher ni atas tema Sekolah Agama. Aku gembira sangat bila dah siap sampailah aku tengok balik tarikh tutup dia rupanya adalah pada 13 April 2013. Ya, hidup ni kan memang pundek.
P/S 2 : Of coz la cerita ni real.
P/S 3 : Aku tulis total semua ada 3000 patah perkataan. Ni sebahagian.
P/S 4 : Dah la berhentilah ketawa pasal kecuaian aku tu :'(