#Seronok 2
“Saya tak faham betul kenapa balik-balik
muka awak semua je yang saya tangkap lewat.”
Izam, Roy, Leman
dan ramai lagi yang aku tak kenal menundukkan kepala ke bawah. Termasuk la aku.
Kau gila apa nak bertentang mata dengan Undertaker tu. Ya, kami panggil Cikgu
Disiplin kami Undertaker. Dia punya
garang dalam tenung sebijik macam Undertaker.
“Sekarang ni saya nak dengar alasan
masing-masing kenapa lambat. Dan tolong, alasan tu biar masuk akal. Mula dengan
kamu Izam. Kenapa lambat?”
“Sebab
lupa kapur kasut cikgu”
Piap! Piap!
Dua das libasan
rotan lekap dekat punggung Izam. Aku debar. Sebab lepas turn Izam, turn aku
pulak.
“Jawapan childish. Kebudak-budakan. Lambat
datang sekolah sebab lupa kapur kasut. Ha, kamu Mikael. Sebab apa lambat?”
“Sebab seronok cikgu” jawab aku yakin.
*******
Semenjak dari hari
tu, aku diraikan bak pewira.Setiap tempat dalam sekolah yang aku pergi, aku
disorak dan diberikan tepukan gemuruh. Setiap cikgu yang nampak aku akan
berlumba-lumba hendak menegur aku. Ya, masih terngiang ngiang lagi kata-kata
Undertaker minggu lepas,
“Dah lama saya mencari budak yang berani. Betul-betul
berani dan jujur. Akhirnya, saya berjumpa jugak” ujar Undertaker sambil menepuk
tangan. Aku nampak air matanya mengalir sedikit. Terharu mungkin dalam
pencarian rahsia yang diwujudkan olehnya.
Tak sangka,
keberanian dan keyakinan yang aku
wujudkan membawa ke sebuah suasana yang lain. Kalau aku tahu, dari awal aku
akan jujur. Aku kecap kemasyhuran ni secara perlahan dan mula membayangkan apa
lagi yang aku boleh laksanakan dengan pengaruh yang aku baru miliki ini.
*******
Tak la. Aku tipu
je. Seronok betul aku bermain dengan imaginasi ni. Kau gila nak jawab macam tu.
Lepas aku jawab dengan jawapan tipikal
budak sekolah iaitu bas lambat, aku pun dirotan dua das dan amaran. Macam budak
budak yang lain jugak. Ya, kadang-kadang kau perlu cari sedikit keseronokan
dalam kesengsaraan kecil. Kalau tidak, kau bosan.
Habis Cerpen 3.
P/S : Sebenarnya, ini cerpen ketiga yang aku hantar dalam pertandingan cerpen anjuran FIXI untuk tema #Samar dan #Seronok tempoh hari. Sorry lambat. Emosi kurang stabil. Jadi mood nak menulis tarak walaupun sekadar copy paste balik je dari word. Ko pe tau?
P/S 2 : Sila jenguk page Cerpen jika suka baca cerpen.
P/S 3 : Sila jenguk saya jika suka saya.
P/S 4 : Kalau ada tak suka cerpen saya, sekurang-kurangnya suka lah saya. Kalau tidak, saya sumpah awak jadi gemuk.
P/S 5 : Tak la. Saya gurau je. Takkan la awak gemuk sebab saya sumpah awak pulak. Hek elleh betul la awak ni.
1 comment:
Komen ni xde kene ngene dengan cerita, sebab saya dah jadi gemuk.... Adakah sumpahan menjadi??
Post a Comment