Thursday, 19 September 2013

Cerpen Yang Kalah Dalam Pertandingan Cerpen Anjuran FIXI. Ep : 2



#Seronok

Aku menjadi saksi sebuah kejadian yang aku sendiri tak boleh nak ungkap perasaan dia.

*******
     “Kalau ada siapa-siapa ada maklumat tentang kes rogol bunuh anak makcik Zariah, boleh terus bagitau saya. Mohon sesiapa beri kerjasama”
Aku terdengar pengumuman yang dibuat Tok Penghulu pagi itu di warung. Aku hirup perlahan kopi aku sambil tubuh aku halakan ke masyarakat yang sedang berbincang tentang isu itu.

     “Kesian Zainab tu. Dah la cantik orangnya”

     “Nak dekat seminggu hilangnya, kena rogol rupanya.”

     “Rogolnya ditepi semak tu je. Apa punya syaitan”

     “Dengar cerita budak kampung sebelah yang buat. Kan si Mat tu tergila si Zainab tu”

     “Dah la rogol, bunuh pulak. Kejam!”

     “Memang iblis budak yang buat tu”

     “Aku kalau dapat budaknya, aku cekik sampai mati”

Sorang-sorang aku dengar hujahnya.

Aku mula berpeluh. Nafas turun naik. Debar.

     “Kau tahu apa-apa tak pasal benda ni Zam? Kan kau selalu lalu jalan tu” tanya Tok Penghulu tiba-tiba pada aku.

Aku pandang Tok Penghulu. Semua pandang aku hampir serentak.

*******
Macam malam-malam biasa, aku balik ikut laluan yang sama. Aku nampak Mat pikul Zainab masuk semak. Puas Zainab merayu tapi apa yang Zainab dapat hanya tamparan diwajah dan ramasan dari Mat. Aku menyorok dalam semak. Menatap semua kejadian itu di depan mata. Lansung tiada niat nak membantu. Entah perasaan apa yang aku sedang hadapi, tapi aku berdebar. Nafas turun naik. Perasaan apa ni?

Teruja?

Seronok?

Ya, aku seronok.

Selesai Mat lunas hajat, dia cekik Zainab sampai mati dan cepat-cepat dia lari dari situ. Aku masih disitu. Aku menghampiri sesudah pasti Mat sudah pergi. Aku pandang mayat Zainab dan itu buat aku seronok untuk mengulang “drama” tadi. Cuma kali ni dengan mayat yang tak melawan.

*******
     “Tau, sebab aku pun salah seorang yang rogol dia”

Ya, aku sudah gila. Aku sudah seronok.


Seronok bermain dengan adrenaline.

Habis Cerpen 2

P/S : Teringin jugak nak join buat Zine. Lepas baru sedar sesuatu. Siapa je yang nak beli zine saya nanti. Maka saya kuburkan impian nak buat Zine tu betul betul tengah diantara impian nak menang pertandingan Cerpen FIXI dan juga impian nak menjadi suami yang sah kepada crush saya. Betul betul tengah.

P/S 2 : Ada lagi satu. Kalau nak baca yang pertama, sila klik sini.
Kalau kau taknak baca, kau gemuk.

7 comments:

4feet8 said...

err.. syarat dia berapa patah perkataan? kalau pjg sikit, at least kau boleh cuba hantar ke mana-mana majalah. jgn mengalah, tak de kejayaan tanpa usaha. selamat berjaya untuk karya akan dtg.. ;)
yakin boleh!

Anonymous said...

aku baca cerita kau ni...scary plak...mcm pervert jee..hehee.. =P

Mikael Sahaja said...

4feet8 : Syarat dia tak boleh lebih 300 patah perkataan. In Shaa Allah takkan mengalah!

Anon : Hahahha, jangan takut. Jangan takut.

hara said...

kbnykn cite yg fixi ambik mmg tema "semacam" eh..scaryyy. btw, suka cara pnceritaan. mybe ko ssuai buat genre lain kot. cuba lg ;)

Unknown said...

cerita kau ni kalau aku jadu juri aku kasik la menang. best ape

Mikael Sahaja said...

Hara : Genre macam mana tu? Please suggest me for the better me. Aicehwah!


Ezan Idma : Hang buat la pertandingan Cerpen jugak Ezan. :'(

Unknown said...

Aku suka.

Disclaimer

This is a personal blog and everything written on this blog, based on own and personal thought.

The owner of this blog did not responsible for any comments that made in the comment sections. The owner is only responsible by his name as written by the sections.

This web blog does not store any file on its server. All movies, software, form of files, pictures and any types of graphic forms that are posted on this blog are indexed from personal purpose only. For download-able form of files/software/etc, it's just for demo and must be deleted within 24 hours. You are agreed with this term as clicking the download button.

Any pictures, video and graphic forms, are not copyrighted as the date taken from the search engines. As if its copyrighted, all credit goes to the owner and i did not own the copyrights.

All of the graphics forms are linked with the original source. All of those pictures, video and graphic forms are not for any commercial use, i gain nothing for those forms of files.

Light 18sx contents.