Tuesday, 17 September 2013

Cerpen Yang Kalah Dalam Pertandingan Cerpen Anjuran FIXI. Ep : 1





Kalau betul korang tegar membaca setiap bibit tweet yang dihasilkan oleh @BukuFixi, maka tak menjadi sebuah kisah yang pelik bila aku kata ada pertandingan cerpen.

Dulu Fixi ada buat jugak untuk tema #Asrama.

Dan masa tu, aku kalah.

Dan kali ni buat lagi. Dan temanya #Samar dan #Seronok.

Dan aku buat 3 cerpen untuk mencuba.

Dan aku tak menang. Jugak.

Tiga tiga cerpen tu.

Dan aku dengar ada quote orang keluarkan akibat daripada kekalahan masing masing;

"Tak menang dihati juri, menang publish dekat blog sendiri pun jadilah"

Dan tadaaa!






#Samar

Sebagai menyahut seruan kerajaan tentang agenda 1Malaysia, aku bergerak pantas ke rumah Teo. Dia buat rumah terbuka sempena Tahun Baru Cina ni.

Sampai-sampai je, aku disambut oleh tuan rumah itu sendiri, Teo.

     “Hello Teo, Gong Xi Fa Cai

     “Hello Mikael, Gong Xi Fa Cai! Masuk masuk. Makan sana ada. Kasi sampai licin”

Aku dengan Teo takdelah rapat mana. Rakan sekerja je. Baru kenal dalam sebulan. Dah dia jemput datang rumah. Dan kebetulan jugak, perut aku lapar dan nak berjimat makan tengahari.

Dengan pantas aku ke meja yang menghidangkan penuh makanan. Ada macam macam. Yang paling buat aku tertarik, mee goreng dia. Nampak enak dan menggugat selera. Aku pun capai pinggan dan mula mencedok mee tu sampai penuh pinggan. Sambil tu aku terjeling jugak sekeliling. Rupanya aku seorang je Melayu. Apa la kawan kawan Melayu aku yang lain ni. Tak urban. Tak matang. Tak menyahut seruan kerajaan tentang 1Malaysia.

Baru je aku nak menyuap mee ke mulut, aku perasan yang mee ni ada daging. Aku terdiam kejap.

     “Teo. Sini kejap”

     “Apa?”

     “Ni daging apa ni?”

     “Daging babi maa”

Aku telan air liur.

     “Ish, aku mana boleh makan Teo”

     “Haiya, tahu lah. Itu Babi saja haram kan? Itu mee halal maa. Itu daging babi you kalih tepi pinggan la. Mee boleh makan”

Aku terdiam.

     “Tak boleh la Teo. Haram”

     “Apsal haram? Yang haram Babi kan? Babi saja yang haram. Mee tu ada cop halal. Kenapa haram?”

     “Tak boleh Teo! Haram!” aku berkeras.

Aku berlalu keluar dari rumah tu. Aku nampak Teo terpinga-pinga keliru kena tengking dengan aku. Aku kena gerak dari tempat ni cepat. Takkan aku nak mengaku yang aku sendiri pun nak samar-samar dengan hukum agama aku sendiri. Malulah aku sebagai seorang umat Islam. 

Nampaknya balik ni aku kena start bukak youtube. Cari video penerangan dari Ustaz Azhar Idrus.




Habis Cerpen 1


P/S : Siapa yang cakap "He'elleh, cerpen entah menda menda patutlah kalah" tu ya korang power. Korang power. Komen membina pun superb jugak sebenarnya. Bagitau apa yang kurang.

P/S 2 : Kalau nak baca yang menang, klik sini. Ya, memang mereka lagi power, mindblow, mindfuck, senggama minda, dan apa apa sahaja kata yang mengujakan sama ada mencarut ataupun tidak. Tak rugi baca.

Untuk tema #Seronok, sini.
Untuk tema #Samar, sini.

P/S 3 : Kalau nak nak baca yang kalah, tak payah klik mana mana. Tunggu je aku post satu satu. Dan kan kau baru baca tadi salah sebuah yang kalah tu. Korang ni memang jenis tak fokus ke?

P/S 4 : Doakan saya tabah. Yang awak tau saya post je. Yang awak tak tahu tu mungkin ada menangis, kecewa, hentak kepala ke monitor, seret kepala atas tar jalan dan mengayat guna pickup line entah menda menda pada gadis gadis sama ada di dunia realiti atau laman sosial.

5 comments:

Unknown said...

peh power jugak yg menang tu. takpela mikael. cuba lagi

Mikael Sahaja said...

Terima kasih awak :')

hara said...

Aku bukan juri in fact xpandai menulis pn. tp sbgai pmbaca, komen aku:tak brapa nak mindblown,hehe..btw, bhasa ko mmg best, jln cerita je kureng sket. panjang punya komen, hehee. All the best yea

Mikael Sahaja said...

Hara : Thanks untuk komen awak. Sekarang saya jadi lebih bersemangat untuk menulis. Ini serius :')

tyqah said...

eh walaupun kalah, aku rasa ok ja. boleh buat aku ketawa. ada isi. jujur. usaha lagi la untuk jadi yang terbest. keep writing.

Disclaimer

This is a personal blog and everything written on this blog, based on own and personal thought.

The owner of this blog did not responsible for any comments that made in the comment sections. The owner is only responsible by his name as written by the sections.

This web blog does not store any file on its server. All movies, software, form of files, pictures and any types of graphic forms that are posted on this blog are indexed from personal purpose only. For download-able form of files/software/etc, it's just for demo and must be deleted within 24 hours. You are agreed with this term as clicking the download button.

Any pictures, video and graphic forms, are not copyrighted as the date taken from the search engines. As if its copyrighted, all credit goes to the owner and i did not own the copyrights.

All of the graphics forms are linked with the original source. All of those pictures, video and graphic forms are not for any commercial use, i gain nothing for those forms of files.

Light 18sx contents.