Monday, 30 September 2013

Cerpen Yang Kalah Dalam Pertandingan Cerpen Anjuran FIXI Ep : 3.



#Seronok 2


     “Saya tak faham betul kenapa balik-balik muka awak semua je yang saya tangkap lewat.”

Izam, Roy, Leman dan ramai lagi yang aku tak kenal menundukkan kepala ke bawah. Termasuk la aku. Kau gila apa nak bertentang mata dengan Undertaker tu. Ya, kami panggil Cikgu Disiplin kami Undertaker. Dia punya garang dalam tenung sebijik macam Undertaker.

     “Sekarang ni saya nak dengar alasan masing-masing kenapa lambat. Dan tolong, alasan tu biar masuk akal. Mula dengan kamu Izam. Kenapa lambat?”

     “Sebab lupa kapur kasut cikgu”

Piap! Piap!

Dua das libasan rotan lekap dekat punggung Izam. Aku debar. Sebab lepas turn Izam, turn aku pulak.

     “Jawapan childish. Kebudak-budakan. Lambat datang sekolah sebab lupa kapur kasut. Ha, kamu Mikael. Sebab apa lambat?”

     “Sebab seronok cikgu” jawab aku yakin.

*******
Semenjak dari hari tu, aku diraikan bak pewira.Setiap tempat dalam sekolah yang aku pergi, aku disorak dan diberikan tepukan gemuruh. Setiap cikgu yang nampak aku akan berlumba-lumba hendak menegur aku. Ya, masih terngiang ngiang lagi kata-kata Undertaker minggu lepas,

     “Dah lama saya mencari budak yang berani. Betul-betul berani dan jujur. Akhirnya, saya berjumpa jugak” ujar Undertaker sambil menepuk tangan. Aku nampak air matanya mengalir sedikit. Terharu mungkin dalam pencarian rahsia yang diwujudkan olehnya.

Tak sangka, keberanian dan keyakinan  yang aku wujudkan membawa ke sebuah suasana yang lain. Kalau aku tahu, dari awal aku akan jujur. Aku kecap kemasyhuran ni secara perlahan dan mula membayangkan apa lagi yang aku boleh laksanakan dengan pengaruh yang aku baru miliki ini.

*******

Tak la. Aku tipu je. Seronok betul aku bermain dengan imaginasi ni. Kau gila nak jawab macam tu. Lepas  aku jawab dengan jawapan tipikal budak sekolah iaitu bas lambat, aku pun dirotan dua das dan amaran. Macam budak budak yang lain jugak. Ya, kadang-kadang kau perlu cari sedikit keseronokan dalam kesengsaraan kecil. Kalau tidak, kau bosan.

Habis Cerpen 3.

P/S : Sebenarnya, ini cerpen ketiga yang aku hantar dalam pertandingan cerpen anjuran FIXI untuk tema #Samar dan #Seronok tempoh hari. Sorry lambat. Emosi kurang stabil. Jadi mood nak menulis tarak walaupun sekadar copy paste balik je dari word. Ko pe tau?

P/S 2 : Sila jenguk page Cerpen jika suka baca cerpen.

P/S 3 : Sila jenguk saya jika suka saya.

P/S 4 : Kalau ada tak suka cerpen saya, sekurang-kurangnya suka lah saya. Kalau tidak, saya sumpah awak jadi gemuk.

P/S 5 : Tak la. Saya gurau je. Takkan la awak gemuk sebab saya sumpah awak pulak. Hek elleh betul la awak ni.

Thursday, 19 September 2013

Cerpen Yang Kalah Dalam Pertandingan Cerpen Anjuran FIXI. Ep : 2



#Seronok

Aku menjadi saksi sebuah kejadian yang aku sendiri tak boleh nak ungkap perasaan dia.

*******
     “Kalau ada siapa-siapa ada maklumat tentang kes rogol bunuh anak makcik Zariah, boleh terus bagitau saya. Mohon sesiapa beri kerjasama”
Aku terdengar pengumuman yang dibuat Tok Penghulu pagi itu di warung. Aku hirup perlahan kopi aku sambil tubuh aku halakan ke masyarakat yang sedang berbincang tentang isu itu.

     “Kesian Zainab tu. Dah la cantik orangnya”

     “Nak dekat seminggu hilangnya, kena rogol rupanya.”

     “Rogolnya ditepi semak tu je. Apa punya syaitan”

     “Dengar cerita budak kampung sebelah yang buat. Kan si Mat tu tergila si Zainab tu”

     “Dah la rogol, bunuh pulak. Kejam!”

     “Memang iblis budak yang buat tu”

     “Aku kalau dapat budaknya, aku cekik sampai mati”

Sorang-sorang aku dengar hujahnya.

Aku mula berpeluh. Nafas turun naik. Debar.

     “Kau tahu apa-apa tak pasal benda ni Zam? Kan kau selalu lalu jalan tu” tanya Tok Penghulu tiba-tiba pada aku.

Aku pandang Tok Penghulu. Semua pandang aku hampir serentak.

*******
Macam malam-malam biasa, aku balik ikut laluan yang sama. Aku nampak Mat pikul Zainab masuk semak. Puas Zainab merayu tapi apa yang Zainab dapat hanya tamparan diwajah dan ramasan dari Mat. Aku menyorok dalam semak. Menatap semua kejadian itu di depan mata. Lansung tiada niat nak membantu. Entah perasaan apa yang aku sedang hadapi, tapi aku berdebar. Nafas turun naik. Perasaan apa ni?

Teruja?

Seronok?

Ya, aku seronok.

Selesai Mat lunas hajat, dia cekik Zainab sampai mati dan cepat-cepat dia lari dari situ. Aku masih disitu. Aku menghampiri sesudah pasti Mat sudah pergi. Aku pandang mayat Zainab dan itu buat aku seronok untuk mengulang “drama” tadi. Cuma kali ni dengan mayat yang tak melawan.

*******
     “Tau, sebab aku pun salah seorang yang rogol dia”

Ya, aku sudah gila. Aku sudah seronok.


Seronok bermain dengan adrenaline.

Habis Cerpen 2

P/S : Teringin jugak nak join buat Zine. Lepas baru sedar sesuatu. Siapa je yang nak beli zine saya nanti. Maka saya kuburkan impian nak buat Zine tu betul betul tengah diantara impian nak menang pertandingan Cerpen FIXI dan juga impian nak menjadi suami yang sah kepada crush saya. Betul betul tengah.

P/S 2 : Ada lagi satu. Kalau nak baca yang pertama, sila klik sini.
Kalau kau taknak baca, kau gemuk.

Tuesday, 17 September 2013

Cerpen Yang Kalah Dalam Pertandingan Cerpen Anjuran FIXI. Ep : 1





Kalau betul korang tegar membaca setiap bibit tweet yang dihasilkan oleh @BukuFixi, maka tak menjadi sebuah kisah yang pelik bila aku kata ada pertandingan cerpen.

Dulu Fixi ada buat jugak untuk tema #Asrama.

Dan masa tu, aku kalah.

Dan kali ni buat lagi. Dan temanya #Samar dan #Seronok.

Dan aku buat 3 cerpen untuk mencuba.

Dan aku tak menang. Jugak.

Tiga tiga cerpen tu.

Dan aku dengar ada quote orang keluarkan akibat daripada kekalahan masing masing;

"Tak menang dihati juri, menang publish dekat blog sendiri pun jadilah"

Dan tadaaa!






#Samar

Sebagai menyahut seruan kerajaan tentang agenda 1Malaysia, aku bergerak pantas ke rumah Teo. Dia buat rumah terbuka sempena Tahun Baru Cina ni.

Sampai-sampai je, aku disambut oleh tuan rumah itu sendiri, Teo.

     “Hello Teo, Gong Xi Fa Cai

     “Hello Mikael, Gong Xi Fa Cai! Masuk masuk. Makan sana ada. Kasi sampai licin”

Aku dengan Teo takdelah rapat mana. Rakan sekerja je. Baru kenal dalam sebulan. Dah dia jemput datang rumah. Dan kebetulan jugak, perut aku lapar dan nak berjimat makan tengahari.

Dengan pantas aku ke meja yang menghidangkan penuh makanan. Ada macam macam. Yang paling buat aku tertarik, mee goreng dia. Nampak enak dan menggugat selera. Aku pun capai pinggan dan mula mencedok mee tu sampai penuh pinggan. Sambil tu aku terjeling jugak sekeliling. Rupanya aku seorang je Melayu. Apa la kawan kawan Melayu aku yang lain ni. Tak urban. Tak matang. Tak menyahut seruan kerajaan tentang 1Malaysia.

Baru je aku nak menyuap mee ke mulut, aku perasan yang mee ni ada daging. Aku terdiam kejap.

     “Teo. Sini kejap”

     “Apa?”

     “Ni daging apa ni?”

     “Daging babi maa”

Aku telan air liur.

     “Ish, aku mana boleh makan Teo”

     “Haiya, tahu lah. Itu Babi saja haram kan? Itu mee halal maa. Itu daging babi you kalih tepi pinggan la. Mee boleh makan”

Aku terdiam.

     “Tak boleh la Teo. Haram”

     “Apsal haram? Yang haram Babi kan? Babi saja yang haram. Mee tu ada cop halal. Kenapa haram?”

     “Tak boleh Teo! Haram!” aku berkeras.

Aku berlalu keluar dari rumah tu. Aku nampak Teo terpinga-pinga keliru kena tengking dengan aku. Aku kena gerak dari tempat ni cepat. Takkan aku nak mengaku yang aku sendiri pun nak samar-samar dengan hukum agama aku sendiri. Malulah aku sebagai seorang umat Islam. 

Nampaknya balik ni aku kena start bukak youtube. Cari video penerangan dari Ustaz Azhar Idrus.




Habis Cerpen 1


P/S : Siapa yang cakap "He'elleh, cerpen entah menda menda patutlah kalah" tu ya korang power. Korang power. Komen membina pun superb jugak sebenarnya. Bagitau apa yang kurang.

P/S 2 : Kalau nak baca yang menang, klik sini. Ya, memang mereka lagi power, mindblow, mindfuck, senggama minda, dan apa apa sahaja kata yang mengujakan sama ada mencarut ataupun tidak. Tak rugi baca.

Untuk tema #Seronok, sini.
Untuk tema #Samar, sini.

P/S 3 : Kalau nak nak baca yang kalah, tak payah klik mana mana. Tunggu je aku post satu satu. Dan kan kau baru baca tadi salah sebuah yang kalah tu. Korang ni memang jenis tak fokus ke?

P/S 4 : Doakan saya tabah. Yang awak tau saya post je. Yang awak tak tahu tu mungkin ada menangis, kecewa, hentak kepala ke monitor, seret kepala atas tar jalan dan mengayat guna pickup line entah menda menda pada gadis gadis sama ada di dunia realiti atau laman sosial.

Tuesday, 10 September 2013

Soalan Matematik Mudah.

Ini Lamb Chop. Bapok je tak pernah makan. Allergic boleh ampun.


     "Mikael, kau power matematik kan?"

     "Nganjing ke? Ni nak bahan aku la ni"

     "Tak tak. Aku serius. Ok, aku uji dulu. Kalau satu campur satu jawapan dia berapa?"

     "Dua"

     "Ok, kau lulus. Soalan menguji. Satu Lamb Chop campur satu Lamb Chop jawapan dia apa?"

     "Dua Lamb Chop"

     "Salah"

     "Apsal salah? Habis tu jawapan dia apa?"

     "Jawapan dia Seekor Mikael yang gemuk. Kahkahkah! Apa ke bodoh malam malam henyak dua Lamb Chop"

     "Babi apa Ijam! Ok, aku pun ada Matematik jugak. Soalan dia Dua Lamb Chop yang aku makan ni, satu jus epal dan segelas ais kosong. Campur, agak agak berapa yang aku kena bayar?"

     "Lamb Chop satu RM10. Epal jus sama Ais Kosong. Jawapan dia dalam RM24. Aku konfiden. Tapi apa kena mengena?"

     "Sebab dengan jawapan yang kau bagi tu, kita boleh tau siapa yang paling rugi dan bodoh. Kau sekarang makan Nasi Goreng biasa kan dengan air suam"

     "Sebab aku nak save duit bengong. Ini kos makanan aku cuma dalam RM5 je. Takkan baru mula sem dah nak habis duit pulak"

     "Ok, ok." kata aku sambil mengesat mulut dengan tisu.


20 minit lepas tu aku senyum tengok Ijam tangan genggam kuat kuat sebab lecture yang lepak sekali dengan aku decide nak belanja makan satu table.










Biar gemuk tapi bila ada potensi mahu makan percuma, kita tibai dua Lamb Chop.


#SembangOrangLelaki
BP Chop, Bus Stand Lama Batu Pahat.
10 September 2013
10.45PM 



Disclaimer

This is a personal blog and everything written on this blog, based on own and personal thought.

The owner of this blog did not responsible for any comments that made in the comment sections. The owner is only responsible by his name as written by the sections.

This web blog does not store any file on its server. All movies, software, form of files, pictures and any types of graphic forms that are posted on this blog are indexed from personal purpose only. For download-able form of files/software/etc, it's just for demo and must be deleted within 24 hours. You are agreed with this term as clicking the download button.

Any pictures, video and graphic forms, are not copyrighted as the date taken from the search engines. As if its copyrighted, all credit goes to the owner and i did not own the copyrights.

All of the graphics forms are linked with the original source. All of those pictures, video and graphic forms are not for any commercial use, i gain nothing for those forms of files.

Light 18sx contents.