Aku tiba jugak dekat kedai mamak. Aku tengok
jam, 11.45 pm. Aku tak boleh nak kata yang aku lewat sebab aku dengan dia takde
pun berjanji masa. Aku cari sekeliling dan aku nampak dia. Aku senyum. Dia
senyum balik.
“Sorry lambat sikit. Tadi ada kerja.”
“Takpe, kau dengan aku pun tak expect yang
kita nak berjumpa dengan sini.”
Aku angkat tangan untuk memesan. Aku pesan
secawan kopi suam.
“Kau tak order minum?”
“Takpe, aku tak haus pun.”
“Aku tahu la kau tak sabar nak tahu pasal kisah hidup kau.”
“Gila apa aku taknak tahu? Takkan aku saja
saja nak datang sini pulak. Ok, so, tolong bagitau aku, apa yang best pasal hidup
kau sekarang? Apa yang aku dah berubah?”
“Well, for starter kau dah tak suka pesan Teh
O Ais. Kau lagi refer kopi suam.”
“Woah, dah macam gaya orang tua sikit nampak.”
“Tolong sikit yek, aku masih lagi belia tahu,
belia yang kacak.”
“Yang itu, aku tak boleh nak nafikan.”
Terbelahak aku ketawa. Dia pun lebih kurang
sama. Alhamdulillah perasaan “perasan” tu masih tak hilang lagi walau dah 5
tahun berlalu.
“Next, kau nak tahu apa?”
“Aku dapat tak Fatin?”
Aku geleng kepala sambil senyum senget.
“Sorry bro. Jodoh dia dengan pakwe dia panjang
sangat”
“Owh, still dengan Faris ke?”
“Tak, ni mamat lain. Dengan Faris dia dah
kapish dah”
“Bagus! Mamat serupa buaya tu mana boleh dapat
awek baik baik macam tu! Buat rosak anak gadis je!”
“Well, a good news is kau akan dapat awek yang
lagi awesome dari si Fatin tu”
“Serius ke? Nama dia siapa?”
“Mary”
“Heh, nama dengar pun dah tak best. Fatin aku
lagi best.”
“Kau belum kena penangan dia lagi la mangkuk
hayun. Boleh la cakap.”
“Aku rasa cuma Fatin je gadis yang dalam dunia
ni boleh buat aku menangis.”
Aku geleng kepala lagi.
“Babilah! Siapa pulak sial mengecewakan aku?”
Aku jeling garang. Nak dicubit karang, diri
sendiri yang sakit.
“Mulut tu cuba jangan mencarut benda benda
yang tak elok. Ingat cool sangat la sebut babi? Acah acah Hipster la tu?”
“Hipster tu apa pulak?”
Aku lupa pulak dia ni masih jauh lagi nak
mengenali semua benda tu. Aku hirup kembali kopi suam aku sambil biarkan dia
tertanya-tanya.
“Esok esok nanti, kau tahu lah” tambah aku
lagi.
Perbualan berterusan lagi tentang
bermacam-macam topik. Tentang bagaimana aku kenal Mary, macam mana padunya Mary
sampai seharusnya dia dah boleh lupakan Fatin. Universiti mana aku masuk,
bagaimana aku menjadi seorang student yang separa success dan ya, aku cuma ceritakan
part part yang gembira sahaja. Bab bab sebak aku taknak cerita.
“Oh by the way,” ujar dia sambil matanya
kerling ke arah jam.
“Its already 12.00am. Happy Birthday bro.
Selamat hari jadi yang ke 22”
“Hahaha, thanks. Terima kasih kerana menjadi
orang yang pertama wish ke aku.”
“Hope masa depan aku makin terang sebab aku
rasa aku nampak sinar harapan dari kau sekarang ni. Badan pun makin kurus”
“Ini bahana Herbalife la bro”
“Herbalife ke, aku ingat kau frust tahap gaban
sampai jadi kurus. Hahaha”
“Eleh, dah standby mental dengan fizikal ke
nak hadap?”
“Aku tengok kau ok je. Boleh je jumpa aku
lagi. Jari tangan semua elok tak putus. Aku rasa aku boleh hadap.”
Aku senyum.
Dia senyum balik.
“Aku dah nak kena gerak dah ni. Lewat dah” sambil dia mula bangkit dari kerusi.
“Sekarang ke? Tak habis lagi kot cerita ni”
“Sudah sudah la tu. Nanti cerita semua, tak
surprise la untuk aku ye tak?”
Terbit rasa rindu aku pada dia. Dia semangat.
Dia sukakan cabaran. Dia aku rasa just happy go lucky enjoy hidup. Aku? Aku tak
kata aku teruk. Tapi aku harap jugak apa yang dia ada, aku masih lagi ada.
Iaitu semangat.
“Aku sekarang rasa nak peluk pulak kau sekarang ni sebelum kau gerak,”
“Jangan, cukup la orang cakap kita gila cakap
sorang sorang. Karang orang nampak kita berpeluk, lagi kelakar pergi dia”
Aku senyum. Ada logik jugak dia ni. Walaupun
usia lagi muda dari aku, pemikiran boleh tahan matang. Ah, kau tak kenal lagi
erti rabak bercinta. Kau tak kenal lagi erti gagal total. Aku harap kau masih kuat
seperti ini tatkala bila kau dah lalui semua tu.
“Agak-agak aku boleh jumpa kau lagi ke?”
“Ikut lah. Sebenarnya, tak semestinya masa
hari jadi je kau jumpa aku. Waktu kau tengah frust kan kau ada jugak jumpa aku”
“Tahun depan macam mana?”
“Kalau umur kita panjang, kita jumpa lagi.”
Aku senyum. Dia pun senyum. Dalam kepala kami,
kami bro fist. Kopi atas meja aku ambil dan aku hirup.
Bila aku pandang depan, dia
dah takde.
Sumpah aku rindu aku yang dulu.
Harap aku yang lagi lima tahun akan datang boleh lagi power.
Epilogue
“Hey”
“Ha, apa?”
“Mary yang kau sayang sangat tu, ada wish
birthday kau tak?”
Aku jeling sedikit blackberry aku. Hampa.
“Tak”
Sambil mengangkat kedua-dua tangan dan berlalu
perlahan, aku terdengar sayup sayup,
“Fatin aku jugak yang terbaik! Fatin aku jugak
yang terbaik!”
Aku senyum je. Ye la, dia tak tahu lagi
tentang Fatin tu. Biarkanlah dia. Lambat laun nanti tahu lah dia.
13 comments:
tak pernah minum kopi walaupun aku rasa aku lebih tua dari kau. jadi aku bukan kategori makcik/pakcik lagi sebab tak minum kopi.. bhahaha.. lariik..
perkara pertama yg aku belajar bila aku ditinggalkan ialah, jgn sebut tentangnya lagi. dan itulah aku sedang usahakan.. Doakan aku berjaya dan aku doakan kau juga berjaya samada dalam study kau mahupun, karier kau..
Move On.
4feet8 : Gaya mengomel tu pun dah melambangkan kau orang tua. Hahaha.
Terima kasih. Terima kasih dan terima kasih.
Saya cuba.
Happy besday...ko dah tua...aku tak tua dari ko..aku matang je...
Happy besday...ko dah tua...aku tak tua dari ko..aku matang je...
Konon matang lettew post sampai dua kali. Hakhakhak!
ehh...ak post skali...google ni pening...huk!huk!
Ok la. Demi kau, aku tutup mata sebelah. Amacam? Nampak tak kematangan disitu?
dsebbkn besday ko...ak ye kan je laa..kang ko nangis...ssah lak kan...huhuk..
The real problem is, people always associate moving on with forgetting. And that is why you will always remember :)
Oh btw is it really your birthday? Happy belated ! :D
pening sikit baca entry kau yang ni.
anyway, Happy Birthday bro!
ye lah. Fatin kau je yang best -,-
Aroziatul : Eleh eleh eleh eleh eleh eleh
Zaffe : Sebenarnya mengingati itu salah satu daripada proses move on, tapi bila setiap kali mengingat, mesti jadi down. Darn it.
Thanks btw :3
Laserquest : Bagi "Dia" la Fatin tu terbaik. Bagi aku tak dah. Thanks btw:3
bile ko nk buat entry baru ni..
Sekarang
Post a Comment