Sunday, 3 May 2015

Bila si Ayah mula bersuara.




     24/4/2015 (Jumaat)

   “Jom minum kejap dekat kedai tu” ujar Ayah tatkala baru keluar dari Kedai membeli sekotak rokok.
   Kau taulah lepas Solat Jumaat, dengan panas berdeting, bahang serupa api ada dekat tepi muka, benda yang tercatat dalam To Do List selepas ni seharusnya “Balik, bukak baju dan baring malas depan kipas.”
   “Malas la. Takpe kot”
   “Eh jomla minum. Taknak ke?”
   “Taknak la. Takpe kot”
   “Eh minum minum. Jom. Parking dekat tepi gerai tu. Minum. Kejap je”
   Hmmm.

   *******

   “Mikael dengan Mary tu apa cerita? Still kawan lagi ke?”
   Oh, I really didn’t see that coming.
   Ye la, empat tahun ke hulu ke hilir sama-sama. Setiap kali raya datang rumah beraya sama-sama. Siap bawak datang masa ada saudara datang rumah siap perkenalkan dekat Makngah Makteh apa semua, tup tup hilang tak berjumpa. Ayah mana yang tak pelik yedak?
   “Kitorang kawan je Ayah”
   “Ye la. Ayah tahulah kawan”
   “Kawan je. Takde apa apa dah.”
   Ayah aku tarik nafas dalam-dalam.
   “Takpelah kan,Nak buat macamana tak berjodoh yedak?” ujar Ayah. Datang pelayan letak Nescafe suam depan Ayah dan limau ais depan aku. Cepat-cepat aku capai nak minum. Haus. Bahang gila kot petang ni apsal entah. Karang kalau air limau ni tak masuk, mahu air yang keluar (Ha'a. Air mata. Dah diam)
   “Ayah, takdelah menyokong pun tak, menghalang pun tak benda ni. Ye la, dalam saudara kita mana ada yang kahwin dengan orang Negeri Sembilan”
   “Mary orang Melaka la ayah”
   “Sama la tu. Negeri Sembilan, Melaka ni adat pepatih dia kuat”
   Kau tahu, aku sebenarnya tengah separa terkejut ni. Memang dulu Ayah ada cakap kalau boleh jangan kahwin dengan orang Negeri Sembilan. Tak sangka pulak dia betul-betul serius masa cakap benda tu. Ish, rugi benar rasanya. Gadis Negeri Sembilan ni dah la ramai comel comel.
   “Ayah punya ayah, punya sepupu. Kahwin dengan orang Negeri Sembilan. Bukannya anak sulung pun. Tapi, bila kakak kakak dia dah meninggal, last last jadi dia yang paling sulung. Dah dia kena balik sebab nak jaga rumah apa semua. Pasal yang perempuan ni dia macam jadi ketua. Padahal tinggal dekat KL elok je bertahun-tahun. Terus balik Negeri Sembilan. Tu ada yang cakap, kalau kahwin dengan orang Negeri Sembilan ni, memang sehelai sepinggang la pergi dia. Semua dia angkut bawak balik. Garang pulak tu”
   Aku telan air liur. Seram jugak ni cerita ni.
   Tapi, kalau ikut pengalaman lampau aku, memang orang Negeri Sembilan ni semua garang. Macam singa lapar.

   *******

   “Satulah Ayah nak pesan, jangan bagi orang harapan. Tak baik”
   “Takdelah. Mikael dah cakap dah kawan je”
   “Siapa yang cakap?” Tanya Ayah sambal tersenyum. Jahatnya senyum tu. Senyum nak korek rahsia.
   “Mikael yang cakap”

   *******
   “Ayah dulu sebelum dengan ibu, banyak jugak sejarah. Tapi, ibu dah sayang Ayah” kata Ayah sambil gelak-gelak kecil. Hmm, apsal la perangai power ayat perempuan yang ayah aku ada tu taknak pulak turun ke aku ni?
   “Cuma tu la, jangan bagi harapan dekat orang. Tak baik. Nanti orang sakit hati, tu yang sampai kena bomoh, kena khianat tu sebab sakit hati la tu”

   Aku angguk. Faham.
   Pelan-pelan dalam hati, aku berdoa agar aku dapat benda yang baik-baik.






   Dapat ilmu power dalam mengayat gadis pilihan misalnya.
   Hihu.

Disclaimer

This is a personal blog and everything written on this blog, based on own and personal thought.

The owner of this blog did not responsible for any comments that made in the comment sections. The owner is only responsible by his name as written by the sections.

This web blog does not store any file on its server. All movies, software, form of files, pictures and any types of graphic forms that are posted on this blog are indexed from personal purpose only. For download-able form of files/software/etc, it's just for demo and must be deleted within 24 hours. You are agreed with this term as clicking the download button.

Any pictures, video and graphic forms, are not copyrighted as the date taken from the search engines. As if its copyrighted, all credit goes to the owner and i did not own the copyrights.

All of the graphics forms are linked with the original source. All of those pictures, video and graphic forms are not for any commercial use, i gain nothing for those forms of files.

Light 18sx contents.