"Yeay! Aku dah kurus!" - Man Gelabah, 2012. Kawan yang aku tengok takde berubah pun berat badannya tapi rasa diri kurus.
Masa rehat aku
hari tu berakhir dengan rasa yang paling manis sampai tahap aku tak boleh nak
explain. Aku jumpa surat bawah laci meja aku. Dan surat itu ditujukan pada aku.
Tak cukup teruja? Surat itu daripada Nana. Apa? Belum boleh mengklimakskan
segala isi adrenalin kau untuk turut sama berteruja dengan aku? Dalam surat tu,
dia tulis ini,
“Awak, terima
kasih sebab tolong saya siapkan kerja sekolah Tajwid hari tu. Saya nak jumpa
awak lepas sekolah dekat pokok besar belakang kelas boleh? Datang seorang tau.
Saya tunggu situ. – Nur Farhana Bt Sazali <3”
Aku punya happy
masa aku mula baca surat tu kau jangan cakap. Kalau aku sudah pun mengenali
erti hiburan luar batasan aku rasa ada la dalam sebulan aku buat party liar
sambil berbogel dekat dalam bilik aku tu.
Nur Farhana bt
Sazali. Nana. The girl most wanted in
school. The girl who everybody in school like so much. Gadis yang buat kau
rasa ada cina main gendang tarian naga depan kelas. Nak jumpa kau,. Sorang.
Dekat belakang sekolah. Lepas habis kelas. Kau. Dia. Berdua. Apa lagi alasan
kau untuk tidak happy aku tanya kau? Apa lagi alasan?
Plus, surat tu ada love lagi dekat hujung nama dia. Kalau kau tak teruja, kau sewel.
Masalah paling besar aku sekarang
adalah macam mana aku nak sembunyikan perkara ni dari rakan-rakan kelas aku
yang lain. Untuk pengetahuan, dalam pemikiran diorang, aku amat membenci Nana.
Tahap benci dia macam tiap-tiap hari aku doakan Nana bila balik dari sekolah,
dia akan terpijak tahi anjing sekurang-kurangnya dua kali. Sampai tahap tu
diorang fikir. Walhal, aku nak sembunyikan rasa suka aku pada dia. Kau tahulah
kan, orang gemuk dekat sekolah ni mana boleh nak gembira-gembira suka orang.
Nanti orang perdajal.
Maka, aku pun mulakan lakonan aku
sebaik sahaja loceng balik berbunyi. Jam tunjuk 5.45 petang. Aku acah-acah
kemas beg lambat-lambat. Buat-buat betulkan meja la. Susun buku dalam beg lah.
Aku nampak Azim, Zaid, Man Gelabah semua dah standby nak cabut. Cuma tunggu Izam
dengan aku agaknya. Tu yang ada lagi dekat depan pintu tu.
“Mikael, kau
taknak balik ke?”
Aku dengar Izam
tanya tu, tapi aku acah-acah busy. Busy aku yang tadi, aku dua kali gandakan.
Acting beb. Biar nampak real.
“Wei, Mikael!”
Ok, dia dah
jerit. Kira macam dia dah berjaya ambik perhatian aku la tu. Dengan muka buat
penat, aku pandang Izam balik.
“Ha, apa?”
“Taknak balik
ke?”
“Korang balik
dulu, aku ada hal la. Nak kemas-kemas buku bawak balik”
Dan tanpa tanya panjang,
diorang pun balik. Aku tergelak kagum pada kepandaian aku dalam berlakon sampai
diorang tak tanya soalan tambahan lansung dan aku tergelak mengejek kepada
kebodohan mereka. Apa kena nak kemas buku pulak kan? Macam la banyak. Haih
kawan aku ni. Aku tengok muka diorang tadi, bau ikan pun takde (smell fishy)
tentang tindakan aku untuk tidak pulang awal. Apakah mereka lupa kebiasaannya
kalau waktu pulang adalah 5.30 petang, aku 5.10 petang sudah pun 95% bersedia
untuk pulang dan akan cabut seandainya tiada Ustaz di dalam kelas? Ya, manusia
mudah lupa.
Selepas itu, aku
berlari ke bawah pokok besar belakang kelas dengan harapan yang berbunga. Nana
ni nak apa? Nak cium aku ke? Nak pelok aku ke? Nak say I Love you very very
much ke? Debor.
Debor yang
membawak dari pukul 5.30 sampai pukul 6.00
Dan lepas tu
pukul 6.30.
Dan lepas tu
pukul 7.00
Aku cuba
rasionalkan secara perlahan tindakan aku ni. Kalau tadi pukul 6.00 mungkin aku
anggap dia juga turut debor dan nebes. Orang perempuan kan. Nebes dia mampu nak
mengalahkan lelaki kalau bab soal cinta. Mungkin dia sedang berjoging 2
pusingan tapak perhimpunan bagi menghilangkan debar. Sekali bila dah joging,
mesti berpeluh kan? Dan mereka rasa mereka busuk maka haruslah pergi mandi dulu
(walhal aku tau yang peluh perempuan cantik semua wangi. Saja je wujudkan mitos
yang peluh perempuan cantik ke tak cantik sama
lebih busuk berbanding lelaki supaya nak nampak korang lebih normal kan.
Pandai)
Tapi bila dah
pukul 7.00 ni, apa jenis rasionaliti yang kau nak rasionalkan betul?
Kemudian, aku
teringat pada kejadian tadi masa balik dekat kelas. Kejadian yang Izam tak
banyak soal tadi tu.
Perlahan, ingatan
aku menjelmakan sebuah ingatan yang bakal merobekkan separuh dari hati aku
kepada lapan paruh.
*******
“Ustaz, April
Fool ni apa?” tanya Man Gelabah dalam kelas Tauhid tempoh hari.
“April Fool ni
sebenarnya agenda orang Yahudi. Yahudi ni dia ada satu harinya dimana kalau dia
nak kenakan, dia akan kenakan dan walau macam mana teruk pun orang tu kena, dia
tak boleh nak marah”
“Maksud dia
Ustaz, masa April Fool ni kalau kita kenakan orang cukup-cukup pun dia tak
boleh nak marah la kan? Sebab hari tu April Fool” ok nampaknya Ajib dah tak nampak
point penting penyampaian Ustaz Awesome.
“Betul. Tapi
kita sebagai umat Islam dilarang sama sekali untuk menyambut Hari April Fools
sebab dalam Islam, mana ada hari-hari berkecuali yang membolehkan kita nak
mengenakan orang. Ia tetap berdosa hukumnya. Takde hari berkecuali”
Dan aku rasa
masa ni aku dan beberapa orang budak perempuan sahaja yang mengangguk faham
sebab sebahagian besar budak kelas lelaki dah excited lebih dalam kepala nak
planning prank yang bakal digunakan masa hari April Fool nanti. Nasib baik
syaitan yang menjaga aku hari tu mungkin off duty. Sebab tu telinga aku tak
ditutup untuk mendengar akan bahananya menyambut Hari April Fool ini.
*******
Aku tarik nafas.
Panjang. Kemudian, aku hembus supaya aku kuat.
Perlahan, aku
tengok jam aku yang ada tuliskan tarikh.
1 April.
Dan macam drama
melayu biasa, lepas aku tengok jam baru aku ternampak sekeping kertas yang
tertampal elok pada sisi pokok yang tertulis ,
“Selamat
Menyambut Hari April Fool Mikael
Dari :
Rakan-rakan”
Aku masa tu baru
darjah berapa. Nak mencarut fuck pun tak reti lagi. Cakap bodoh pun dah rasa
berdosa ya amat. Tapi dah perkataan carut itu je yang aku tahu, maka aku ulang
perkataan bodoh bodoh bodoh sampailah aku sampai ke rumah.
Sampai je rumah,
aku cepat-cepat bukak sampin, bukak stokin, bukak baju melayu.
Aku masuk bilik
air, aku bukak shower.
Dan dibawah
shower, aku menangis.
Bodoh punya
Yahudi.
6 comments:
Aku terus berubah mood sedih bila baca soalan Man Gelabah Tetek. Hmm.
Aku tergelak bila kau tambah tetek dalam nama Man Gelabah. Dan dan, awalnya kau sampai ofis.
wahahaha.. aku nak tolong tumbukkan perut kawan kau tu..
haha. jahat.
hahaha...tabah betol ko time tu..
Ha Md : Please tumbuk dia please :(
Aku : Saya mana jahat :(
Aroziatul Aroz : Bawah shower tu bukan air mata tau. Air shower. :')
Post a Comment