Kau pernah tengok gaya kucing berjalan?
Aku suka tengok gaya mereka.
Begitu elegen. Langkah tersusun atur.
Terutama bila dia datang menghampiri mahu bermanja,
Rasa sekejap seolah kau berkuasa,
Boleh membelai,
Boleh mengusap,
Dari gaya jalan dia datang pun kau dah dapat rasa dia
gembira,
Tapi,
Aku boleh jadi benci jugak pada kucing atas sebab yang sama.
Gaya jalan.
Lagi-lagi bila dia berlalu dari kau kerana ada sesuatu yang lain menarik perhatian dia,
Begitu bergayanya kau berjalan tinggalkan aku,
Apa happy sangat ke kau sebab dapat tinggalkan aku dulu
sebelum aku buat begitu?
Setan.
2 comments:
kahkah emo gn kucing
Abandonment Issues.
Post a Comment