Wednesday 23 April 2014

Bersunat dan cinta Izam yang tak ke mana.

Kuajaq tangan kiri aku ni, pergi block muka aku pasaipa pun taktau. Bodoh macam tuan badan. - Syed Abdul Rizalman Suleiman Akhqil bin Sabtu (Dua dari kiri)


Sekolah Agama tidak lansung menghalang curiosity kau terhadap sesuatu perkara. Contoh macam lelaki, pasal bersunat.

“Eh, kau ingat tak Ustaz Awesome hari tu kata apa? Kalau tak sunat, tak boleh kahwin tau”

“Yeke? Habis tu, kalau sunat nanti, bukan potong semua ke? Habis dah takde “benda tu”, macam mana nak kencing? Keluar ikut bontot ke?”

“Ayo tak tak yok, kau sebut bontot. Dosa dosa”

“Habis tu kau sebut takpe pulak?”

“Aku takpe. Aku pagi tadi solat Subuh. Dosa dah cover”

Dalam perbualan penuh emosi dan bertukar-tukar pandangan oleh ke enam-enam kanak kanak comel cute kawai berkenaan sunat ni, aku nampak seorang je yang betul-betul take serious masa tu. Izam. Sebab Izam memang diketahui oleh semua rakan taulan bahawa beliau amat berminat tahap mahu berjalan berpimpin tangan di taman bunga sambil menghirup udara pagi nan segar dengan Nana. Oh wait, siapa Nana ni? We will get into that.

“Aku dah sunat” ujar Azim tiba-tiba yang sekaligus menarik minat semua enam-enam kanak-kanak comel berceloteh bercerita pasal sunat dekat tepi kantin.

“Betul ke weyh! Aku nak tengok! Nak tengok” jerit Rahman sambil berlari menarik sampin Azim.

“Eh tak boleh tengok la gila! Kakak aku kata tak boleh bagi tengok, nanti benda ni jadi besar. Tengok orang punya pun tak boleh nanti korang punya pun jadi lagi besar”

Bila difikirkan, boleh tahan jauh jugak permikiran kakak dia. Kakak dia baru sekolah menengah aku rasa masa tu. Dan jugak Kakak dia anak sulung. Satu-satunya adik beradik lelaki dalam keluarga adalah Azim.

“Jadi kiranya kau dah boleh kahwin la ni?”

Azim tak balas. Tapi dia depa tangan gaya angkuh. Memang Azim antara budak paling hensem (dalam judgment budak kecil) antara semua. Dan jugak ada khabar angin kata Nana pernah ditangkap menulis “Nana <3 Azim” dalam lebih kurang 1000 kali dekat dalam sebuah buku nota yang kemudian telah dicarik-carik oleh seorang lelaki misteri di kelas (aku tahu ini mesti kerja Izam ni). Maka, hakikat bagi kejadian itu ternyata membuatkan Izam, cemburu.

Kalau dah muka kerut, masa sambil macam memikirkan sesuatu, tangan genggam penuh azam dan mata bertekad seolah sudah mencapai kata putus itu kau tak kata cemburu, aku tak tahulah kau nak kata apa lagi. Takkan happy pulak. Aku nampak semua tu.

Kenyataan aku ini dikuatkan lagi dengan kejadian yang berlaku selepas itu dimana tepat jam 5.30 petang apabila bunyi loceng berbunyi, Izam berlari tak menyempat-nyempat nak sampai ke pagar sekolah walaupun mak dia masih belum sampai. Kau baying la, kitorang yang jalan slow-slow ni pun dah boleh tunggu sekali dengan dia.

“Mak! Izam nak sunat mak! Nak sunat!”

“Eh, tak boleh Izam. Kena tunggu cuti panjang nantilah”

“Izam tak kira! Izam nak sunat jugak! Izam nak sunat sekarang!”

“Kau ingat bersunat ni macam potong timun ke dik? Potong hari ni, esok dah baik?” ujar Kakak Izam yang turut sama ada masa tu.

Dan sekali lagi bila aku ingat balik, aku rasa macam nak tergelak. Aku assume yang kakak dia ni pun Super Gatal. Ataupun memang semua kakak dalam dunia yang masih sekolah Menengah memang macam ni ke? I mean Super Gatal dan tahu semua benda pasal tumbesaran secara tiba-tiba pada anggota badan lelaki itu? Tanya je tau. Bukan statement. Perempuan-perempuan dalam dunia ni mana ada yang gatal. Yang gatal tu semua orang lelaki. Orang lelaki je yang jahat dalam dunia ni. Orang perempuan semua maksum.

Jadi, cuti orang lain masa bulan 12 sebelum Darjah Enam diisi dengan main bola, main basikal, main gasing dan pelbagai lagi jenis main yang difikirkan masa tu tidak berdosa dan tak melibatkan perempuan, Izam hanya terbaring sambil menunggu luka sunatnya kering.

“Aku nekad Mikael, bukak je sekolah ni, aku nak lamar Nana”

Air oren yang aku minum tadi sedikit tersembur dalam cawan.

“Kau gila ke? Habis nanti kau nak bagi Nana makan apa? Pasir? Batu?” ini pengaruh drama melayu yang aku selalu tengok Pukul 10 malam hari Sabtu.

“Sedangkan ulat dalam batu pun boleh hidup, inikan kita manusia” ini juga pengaruh drama melayu Pukul 10 malam hari Sabtu.

“Kalau Nana taknak?”

“Aku akan pujuk. Aku suka dia Mikael. Betul betul betul suka”

“Kalau mak kau tak setuju?”

Izam diam. Pelan-pelan dia tengok jendela. Pandang jauh. Ya Allah rasa macam Izam ni banyak sangat tengok drama La Usur Padora pulak rasa. Bila difikirkan, baru darjah enam la setan.

“Dia kena setuju”


Aku tahu benda ni memang mustahil. Mustahil total. Tambahan pulak aku tahu satu  info ni, lagilah mustahil nak jadi lansung. Tapi, aku dan rakan-rakan perlukan hiburan di hari pertama persekolahan agama. Maka, terus aku simpankan sahaja berita yang Nana dan keluarga dah seminggu berpindah ke Perak sebab Ayah Nana kena transfer tempat kerja. Niat melawat yang mulanya sekadar pemberitahuan berita sedih ditukarkan kepada sebuah cerita separa kelakar yang bakal disampaikan kepada sahabat handai lain di padang bola petang karang.




P/S : Ini adalah sebahagian daripada cerpen yang aku buat bersempena nak hantar ke satu publisher ni atas tema Sekolah Agama. Aku gembira sangat bila dah siap sampailah aku tengok balik tarikh tutup dia rupanya adalah pada 13 April 2013. Ya, hidup ni kan memang pundek.

P/S 2 : Of coz la cerita ni real.

P/S 3 : Aku tulis total semua ada 3000 patah perkataan. Ni sebahagian.

P/S 4 : Dah la berhentilah ketawa pasal kecuaian aku tu :'(

4 comments:

Unknown said...

Sayangnya, aku suka cerita ni. Dan Izam. Dan Kakak Izam yang gatal. Dan lelaki misteri yang koyakkan buku nota(Juga Izam).

Hidup kadang kadang ada bibit-bibit kebabian yang tersendiri.

Bersabarlah.

To make you feel better, aku rasa kau menang kalau kau sempat masuk.

Mikael Sahaja said...

Hahaha, terima kasih seorang Juno Rocket (yang semalam hanya dikenali sebagai Juno).

Aku bukan apa. Aku punya la gigih kejar deadline sampai tak tidur, tak nyenyak kalau terlelap.

Aleh aleh, ah setan.

hara said...

ur writing really made my day..haha

fadh leyanie said...

jalan cerita kelakar, tarikh tutp tu tarikh hr jd aku.hahaa.blh cuba hntar next tarikh terbuka

Disclaimer

This is a personal blog and everything written on this blog, based on own and personal thought.

The owner of this blog did not responsible for any comments that made in the comment sections. The owner is only responsible by his name as written by the sections.

This web blog does not store any file on its server. All movies, software, form of files, pictures and any types of graphic forms that are posted on this blog are indexed from personal purpose only. For download-able form of files/software/etc, it's just for demo and must be deleted within 24 hours. You are agreed with this term as clicking the download button.

Any pictures, video and graphic forms, are not copyrighted as the date taken from the search engines. As if its copyrighted, all credit goes to the owner and i did not own the copyrights.

All of the graphics forms are linked with the original source. All of those pictures, video and graphic forms are not for any commercial use, i gain nothing for those forms of files.

Light 18sx contents.