Sate Kajang yang overrated. Bukan sedap mana tapi mahal nokhorrom mintaq penampaq.
“Kau tahu tak pasal Pilihanraya Kajang tu?”
tanya salah seorang pekerja dekat tempat aku praktikal. Jujur cakap sebenarnya
aku ada la sikit muak dengan politik yang diperbentangkan ni especially dekat
Kajang tu. Tapi dah orang nak ajak berbual kan.
“Tahulah jugak sikit”
“Tu la. Aku harap orang Kajang pilih la dengan
betul. Dah ada dah calon yang berkaliber tu. Nampak ciri dia mampu memimpin dan
melaksanakan janji dia betul tak?”
Dan jugak aku taknak tersalah cakap. Aku tak
kisah calon cina ke calon melayu. Tapi sekarang ni aku kena pilih satu calon
supaya nak meneruskan perbualan dan aku tak boleh tersalah pilih sebab nanti
awkward. Kau tahu la kan orang lelaki berbual kalau bercanggah politik,
automatik kau kena pulau. Dituduh macai. Dtuduh pembangkang. Walaupun tak sebut
dekat mulut, kau tahulah hati diorang macam Konsert ASOT dok seru-seru perkataan
tu.
“Tu lah. Aku pun rasa Chew Mei Fun berkaliber.”
Dan tiba-tiba dia terdiam dan kami pun
berpandangan.
Sial aku salah pilih.
4 comments:
Tu sebab bila aku nak sembang politik kena tahu dulu orang tu di pihak mana. Sana ke sini atau atas pagar. Takut ada yg terasa hati.
haha.. aku pun sama mcm arai. aku kena ikut rentak dia dulu, supaya aku tahu dia berat ke arah mana.. haha.. mostly, kalau aku dah tau dia memang penyokong kuat, aku memang elak bersembang politik..sembang saja isu semasa kalau taknak gado.. bhahaha... nice try, buddy.
Arai : Aku mana la tau masa tu. Hahaha. Sebab dia memang macam tengah tunggu aku point sorang calon
Ha Md : Tu la. Haihhh
kahkah tu la hingus pon belum kering lalalala
Post a Comment