Showing posts with label Sembang Malam. Show all posts
Showing posts with label Sembang Malam. Show all posts

Wednesday, 7 January 2015

Makhluk Halus Rumah Zam.


   "Terima kasih tau bro bagi aku tumpang tidur rumah kau ni." ujar aku sambil bawak masuk beg ke bilik.
   "Takde hal la. Kebetulan parent aku pun takde. Kau ada ni, malam ni boleh pillow talk."
  "Pillow talk takpe. Jangan pillow fight. Geli aku. Macam gay pulak gayanya. Hahaha. Eh tandas mana?”
   “Dekat bawah. Kau tu kalau nak turun ke bawah tu hati-hati tau.”
   “Apsal?”
   “Ada makhluk halus merayap dekat bawah tu.”
   Aku gelak besar tapi bila Zam tak gelak lansung, aku mula rasa takut. Fuck. Macamana aku nak berak ni?
   “Makhluk halus apa kau sembang ni?”
   “Makhluk halus la. Dah lama ada. Sejak aku pindah sini dulu lagi. Suka benar merayap dekat dapur tu. Aku ingatkan je. Takut nanti bila kau ternampak, kau terkejut pulak.”
   “Aku kalau benda tu tak kacau aku, aku steady je.” kata aku cuba buat-buat berani. Mana tau Zam ni saja nak uji aku je.
   “Masalahnya benda tu kalau merayap je takpe. Kadang-kadang benda tu terbang nak terkam tak menahan tu. Dia rasa terancam, dia terbang.”
   Sumpah aku dah seram sejuk ni.
   “Sial. Hantu jembalang apa sial kau bela dalam rumah ni. Seram pulak aku nak duduk. Pontianak ke?”
   "Tak ah. Lipas."








   Aku rasa kalau tenungan aku ni pisau, dua belas kali jugaklah si Zam ni dah mati.

Sunday, 22 June 2014

Zaimi dan Pekerjaan Yang Kena Dengan Jiwanya Yang Kaki Rebel.

"Kau tunggulah esok sok aku dah jadi Jutawan, semua orang melayu malas aku pijak kepala bagi rajin!" - Ujar Samad sambil baring dekat Surau ofis, mengular.



Aku ada sorang kawan memang kaki rebel tegar dekat sekolah. Habis SPM punyalah rebel taknak ikut jejak langkah orang lain, dia decide taknak sambung belajar dan terus nak kerja. Tapi, kau tahulah kaki rebel ni mana boleh pergi jauh kalau kurang ilmu.
Setelah diberhentikan kerja sebab rebel benda-benda merepek seperti “Kenapa aku kena angkat barang banyak banyak? Cina ni memang nak buli aku” sedangkan tugas dia “Pengangkat Barang Stor”, “Babi penat sial jaga jaga kaunter tiket ni. Seksa aku betul bos india ni” tapi nak gaji hours banyak dan “Kita ni orang Melayu Islam, kalau manager tak bagi kita pergi solat, aku memang betul punya mengamuk. Aku ada hak!” tapi tak pernah pun sekali solat, dia mengambil keputusan untuk berhenti dan start bisnes Burger. Ada la dalam 6 bulan, baru aku ada peluang lepak gerai burger dia.
“Best niaga burger?” tanya aku.
“Best nak mampos. Aku rasa bebas” cakap Zaimi sambil sapu peluh dengan tuala Goodmorning.
“Apa yang bebasnya?” sambil kunyah burger belanja.
“Kau tahulah jiwa aku ni macam mana kan. Rebel kuat. Aku mana suka orang arah arah aku buat kerja”
“Kiranya bila kau meniaga burger ni, kau takde terima arahan siapa-siapa la? Kau bebas buat apa yang kau nak buat? Macam tu?”
“Tepat sekali! Dan aku rasa, inilah satu-satunya kerja yang aku takde nak kena dengar arahan siapa-siapa!” ujar Zaimi, yakin campur angkuh seolah dia dah buat keputusan paling betul. Aku iyakan je. Sebab dia dah rasuah aku burger ayam double cheese, takkan nak betah dia pulak kan?

“Bang! Bagi saya Burger Ayam Special satu, mayo lebih extra cheese bang, sayur taknak tau”
“Orait siap!” ujar Zaimi sambil bangun untuk start masak burger.



Entah apsal aku rasa moment ni sangat ironi…dan kelakar.




“Bang, kan saya dah kata tadi sayur saya taknak”
“Oh, sorry sorry” kalih sayur
“Mayo lebih”
“Orait” tuang mayo
“Lagi”
“Ok” tuang lagi mayo.

Aku dah gelak macam orang gila.

Thursday, 24 October 2013

Penghujung yang aku mahu.



Berapa jauh lagi nak sampai tanya kau.

Aku tak tahu jawab aku.

Sedangkan aku tahu kita dah di penghujung sejak dulu.

Tapi jawab sepatah dan lebih banyak membisu.

Kerana aku takut ini bukannya penghujung yang aku mahu.


Ini cuma penghujung yang aku akan sesal dan kelu.

Sunday, 14 July 2013

"Despicable Me 2" Filem Berunsur Illuminati.



     “Kau dah tengok cerita Despicable Me 2 tak? Trailer macam best”

    “Taknak aku tengok cerita tu. Tu agenda Yahudi kau tahu. Freemason. Illuminati. Nanti kau mesti terpengaruh”

Aku kaget sekejap. Niat aku nak tengok cerita Despicable Me 2 jadi lagi membuak sebenarnya. Celah mananya yang Illuminatinya? Oh, mungkin Minion dia ada yang mata satu? Tak kukuh. Kalau macam tu, cerita melayu pun sebenarnya ada yang kau tak boleh tengok. Terang terang ajak remaja menghampiri Zina. Tak cukup yahudi ke?

     “Part mana yang kau cakap Illuminati tu? Kau dah tengok ke?”

     “Belum”

     “Dah tu, part mana yang Illuminatinya?”

    “Kau cuba tengok nama company yang buat filem tu”

     "Illumination Entertainment?"

     “Ha, tu tak cukup Illuminati ke? Siap sebut lagi tu!”

Aku garu kepala. Itu je?

     “Itu je?”

     “Ye la”

     “Dia nama je. Tak melambangkan apa-apa la”

     “Setiap perkara yang Yahudi buat, memang la nak bagi kita anggap takde apa-apa. Kau ingat saja saja ke dia bubuh nama tu?”

     “Ok, kalau air cap kaki tiga tu. Maknanya tokey dia tu ada kaki tiga la? Macam tu”

    “Ya!” jawab dia yakin.

Aku diam.

     “Tu la, aku cakap kau ni bodoh, kau tak percaya”

Sunday, 19 May 2013

Perbualan Aku Dan "Dia".




Aku tiba jugak dekat kedai mamak. Aku tengok jam, 11.45 pm. Aku tak boleh nak kata yang aku lewat sebab aku dengan dia takde pun berjanji masa. Aku cari sekeliling dan aku nampak dia. Aku senyum. Dia senyum balik.

     “Sorry lambat sikit. Tadi ada kerja.”

     “Takpe, kau dengan aku pun tak expect yang kita nak berjumpa dengan sini.”

Aku angkat tangan untuk memesan. Aku pesan secawan kopi suam.

     “Kau tak order minum?”

     “Takpe, aku tak haus pun.”

     “Aku tahu la kau tak sabar nak tahu pasal kisah hidup kau.”

     “Gila apa aku taknak tahu? Takkan aku saja saja nak datang sini pulak. Ok, so, tolong bagitau aku, apa yang best pasal hidup kau sekarang? Apa yang aku dah berubah?”

     “Well, for starter kau dah tak suka pesan Teh O Ais. Kau lagi refer kopi suam.”

     “Woah, dah macam gaya orang tua sikit nampak.”

     “Tolong sikit yek, aku masih lagi belia tahu, belia yang kacak.”

     “Yang itu, aku tak boleh nak nafikan.”

Terbelahak aku ketawa. Dia pun lebih kurang sama. Alhamdulillah perasaan “perasan” tu masih tak hilang lagi walau dah 5 tahun berlalu.

     “Next, kau nak tahu apa?”

     “Aku dapat tak Fatin?”

Aku geleng kepala sambil senyum senget.

     “Sorry bro. Jodoh dia dengan pakwe dia panjang sangat”

     “Owh, still dengan Faris ke?”

     “Tak, ni mamat lain. Dengan Faris dia dah kapish dah”

     “Bagus! Mamat serupa buaya tu mana boleh dapat awek baik baik macam tu! Buat rosak anak gadis je!”

     “Well, a good news is kau akan dapat awek yang lagi awesome dari si Fatin tu”

     “Serius ke? Nama dia siapa?”

     “Mary”

     “Heh, nama dengar pun dah tak best. Fatin aku lagi best.”

     “Kau belum kena penangan dia lagi la mangkuk hayun. Boleh la cakap.”

     “Aku rasa cuma Fatin je gadis yang dalam dunia ni boleh buat aku menangis.”

Aku geleng kepala lagi.

     “Babilah! Siapa pulak sial mengecewakan aku?”

Aku jeling garang. Nak dicubit karang, diri sendiri yang sakit.

     “Mulut tu cuba jangan mencarut benda benda yang tak elok. Ingat cool sangat la sebut babi? Acah acah Hipster la tu?”

     “Hipster tu apa pulak?”

Aku lupa pulak dia ni masih jauh lagi nak mengenali semua benda tu. Aku hirup kembali kopi suam aku sambil biarkan dia tertanya-tanya.

     “Esok esok nanti, kau tahu lah” tambah aku lagi.

Perbualan berterusan lagi tentang bermacam-macam topik. Tentang bagaimana aku kenal Mary, macam mana padunya Mary sampai seharusnya dia dah boleh lupakan Fatin. Universiti mana aku masuk, bagaimana aku menjadi seorang student yang separa success dan ya, aku cuma ceritakan part part yang gembira sahaja. Bab bab sebak aku taknak cerita.

     “Oh by the way,” ujar dia sambil matanya kerling ke arah jam.

     “Its already 12.00am. Happy Birthday bro. Selamat hari jadi yang ke 22”

     “Hahaha, thanks. Terima kasih kerana menjadi orang yang pertama wish ke aku.”

     “Hope masa depan aku makin terang sebab aku rasa aku nampak sinar harapan dari kau sekarang ni. Badan pun makin kurus”

     “Ini bahana Herbalife la bro”

     “Herbalife ke, aku ingat kau frust tahap gaban sampai jadi kurus. Hahaha”

     “Eleh, dah standby mental dengan fizikal ke nak hadap?”

     “Aku tengok kau ok je. Boleh je jumpa aku lagi. Jari tangan semua elok tak putus. Aku rasa aku boleh hadap.”

Aku senyum.

Dia senyum balik.

     “Aku dah nak kena gerak dah ni. Lewat dah” sambil dia mula bangkit dari kerusi.

     “Sekarang ke? Tak habis lagi kot cerita ni”

     “Sudah sudah la tu. Nanti cerita semua, tak surprise la untuk aku ye tak?”

Terbit rasa rindu aku pada dia. Dia semangat. Dia sukakan cabaran. Dia aku rasa just happy go lucky enjoy hidup. Aku? Aku tak kata aku teruk. Tapi aku harap jugak apa yang dia ada, aku masih lagi ada. Iaitu semangat.

     “Aku sekarang rasa nak peluk pulak kau sekarang ni sebelum kau gerak,”

     “Jangan, cukup la orang cakap kita gila cakap sorang sorang. Karang orang nampak kita berpeluk, lagi kelakar pergi dia”

Aku senyum. Ada logik jugak dia ni. Walaupun usia lagi muda dari aku, pemikiran boleh tahan matang. Ah, kau tak kenal lagi erti rabak bercinta. Kau tak kenal lagi erti gagal total. Aku harap kau masih kuat seperti ini tatkala bila kau dah lalui semua tu.

     “Agak-agak aku boleh jumpa kau lagi ke?”

     “Ikut lah. Sebenarnya, tak semestinya masa hari jadi je kau jumpa aku. Waktu kau tengah frust kan kau ada jugak jumpa aku”

     “Tahun depan macam mana?”

     “Kalau umur kita panjang, kita jumpa lagi.”

Aku senyum. Dia pun senyum. Dalam kepala kami, kami bro fist. Kopi atas meja aku ambil dan aku hirup. 
Bila aku pandang depan, dia dah takde.

Sumpah aku rindu aku yang dulu.

Harap aku yang lagi lima tahun akan datang boleh lagi power.






Epilogue

     “Hey”

     “Ha, apa?”

     “Mary yang kau sayang sangat tu, ada wish birthday kau tak?”

Aku jeling sedikit blackberry aku. Hampa.

     “Tak”

Sambil mengangkat kedua-dua tangan dan berlalu perlahan, aku terdengar sayup sayup,

     “Fatin aku jugak yang terbaik! Fatin aku jugak yang terbaik!”

Aku senyum je. Ye la, dia tak tahu lagi tentang Fatin tu. Biarkanlah dia. Lambat laun nanti tahu lah dia.

Wednesday, 24 April 2013

Harapan Cinta Palsu.






Perbualan berlaku melalui WeChat. Sebelah kiri adalah aku, dan kanan adalah gadis itu. Gadis yang aku kenal.


(Aku)
(Gadis itu)     
     “Apsal kau buat sampai dua account Twitter kau?”
“Sebab aku nak meroyan" 
"Aku tengah heartbroken ni”

     “Alololo" 
     "Awatnya ni? 
     "Habaq mai dekat cek pasai apa?”

“Cintaku bertepuk sebelah tangan”
" : ( "

     “Eh, tak silap hari tu kau bukan couple ke?”

“Sebenarnya”
“Tak pernah couple pun”
“Bulan 9 hari tu dah break up”
“Tapi kitorang baik. Dia cuma nak jaga hati aku je pun”
“Aku yang lebih-lebih mengharap”


     “Yeke”
     “Sebelum break up tu, berapa lama couple?”

“Dua tahun”





Dan perbualan selebihnya itu lebih kepada aku nasihat dia. Macam biasa.

Sabar.

Tabah.

Jangan nangis


Sedangkan aku rasa aku tahu apa yang lelaki tu rasa. Kenapa lelaki tu berikan harapan palsu kepada gadis ni. Kenapa lelaki tu tak berterus terang. Kenapa dia biarkan gadis ini diawangan.









Sebab, 4 tahun dulu, aku pernah buat benda yang serupa dekat perempuan lain.

Jahat?

Kau duduk tempat aku dulu, baru kau boleh decide sama ada aku jahat ataupun perbuatan aku tu perbuatan paling mulia yang kau sendiri pun tak mampu buat.

Friday, 19 April 2013

Kawan Kawan Facebook.




Ada satu ketika tu, aku gila addict game Tetris Battle dekat facebook. Beberapa kali jugak la meja aku jadi mangsa aku hentak-hentak sebab geram sebab kalah. Bila dah nak dekat lebih separuh kali aku kalah, aku decided it time to stop. Separuh tu, cuba bayangkan aku main dah lebih 2000 kali. Aku menang pun tak sampai 1000. Plus, facebook bukan untuk game. Facebook untuk reconnect balik kawan-kawan yang dah lama tak contact. Eh, selambanya kata aku tak terror lantas mengatakan reconnect rakan-rakan facebook itu sebagai sebuah alasan. Eh, selambanya.

Tapi budak rumah aku ni ada masa kurang ajar dia.

Sedar-sedar, aku dah addict pulak game Baseball Heroes.

And, even dalam semua game dekat facebook, there are  a section which you can invite all of your facebook friend to join together berlagha with you. To make your team become stronger. Kononnya. And yeah, sebabkan addict aku tahap mabuk, aku pun terinvite.

Tapi, aku tak invite semua, aku invite certain people. To search certain people, you need to refresh several time and look all over your facebook friend.

*refresh

     “Eh, bangsat apa? Dulu dekat sekolah mamat ni gemuk gila la sial! Ni sekarang kurus smart pulak! Damn la! Damn! Sekarang ni mesti si Nora yang reject dia dulu meratap atas kesilapan lampau sebab koyak surat cinta dia in public dan campak dekat muka dia. Mesti meratap. Hahaha!”

*refresh

*refresh

     “Eh, ni Ziana ni. Dah kahwin ke? Bapak la! Bila sial dia kahwin? Sebaya aku ni. Patutlah. Suami bukan main smart. Eh, ooo, anak dato’. Ok. Ok.”

*refresh

     “Hahahaha, dah gemuk la sial ex aku yang sorang ni! Tu la. Dulu berlagak, aku gempal sikit, terus nak kejar pakwe sport. Sekarang? Kahkahkah! “Hensem” pakwe baru. Hahahaha”

*refresh

*refresh

     “Masya Allah, cantik gila awek ni, siapa ni? Friend dengan aku? Sejak bila siak? Siapa add siapa ni? Perghh, aku ada friend fb cun la rupanya! Perghh! Perghh!”

*refresh

*refresh

*refresh

     “Eh, bila pulak aku friend dengan mamat ni? Eleh, habis ganas la tu gambar dp sambil pegang duit bentuk kipas. Habis ganas la tu”

*refresh

     “Ha, jumpa pun mamat ni. Punya susah”

*send notification






Kamu ada game facebook yang kamu suka?

Dan, adakah kamu seperti aku juga?


Kalau sama, nah brofist ke screen.

*brofist.












Kalau anda gadis, kita sep sep sep tom tom tom. Hiks.

Sunday, 31 March 2013

Sengaja Atau Sahaja.





Kalau kau seorang student Universiti, kau mesti dapat faham kelas pagi pukul 8 tu pergi dia macam mana.

Mengantuk. Sangat sangat mengantuk. Jahanam.


Ini kelas Etika. Cakap semata. Kalau dekat sekolah, ini macam kelas sejarah. Nampak mengantuk dia macam mana padu?


    “Baiklah, dalam salah satu daripada ciri utama perbuatan meniup wisel seperti tindakan mendedahkan. 
Maksudnya sengaja menyampaikan maklumat kepada pihak tertentu di luar organisasi” ujar pensyarah aku lagi. Lagi sebab dah sejam berlalu, takkan la itu je yang baru dia cakap kan?


     “Macam kalau kamu sebahyang la. Kamu kan niat kan “Sengaja aku sembahyang” ha sama la dengan benda ni. Ada niat”


Aku diam.

Aku nak tanya orang sebelah benda yang aku dengar tu betul ke tidak, tapi aku takut elok-elok orang lain tak dengar jadi dengar pulak. Tapi, aku yakin aku tak pekak. Bukan kerasionalan contoh yang diberikan tu. Tapi cara niat dia sembahyang tu aku musykil. Aku yakin sepanjang 16 tahun aku sembahyang, aku sebut SAHAJA dan bukannya SENGAJA.



















Cis korang selamba je tuduh lecturer aku jarang solat! Cis kau!
Eh, ketawa pulak kau sambil geleng-geleng kepala kata mana ada mana ada.


Saturday, 30 March 2013

Bila Sepatutnya Cinta Itu Berhenti?



Sepanjang aku hidup sampai umur aku sekarang 22 tahun, tak silap dah 7 kali aku bercouple. Tiada apa yang nak dibanggakan pun sebenarnya sebab dalam tujuh-tujuh tu, aku rasa aku cuma bercinta hanya tiga kali.

Sebab yang dua kali tu, aku menangis bila dah putus, dan yang terlatest ni macam dah nak ke arah itu. Dan aku mula sebak sedikit demi sedikit.

Eh, beraninya kau ketawakan aku sebab aku menangis. Beraninya.




Saat orang yang kau dah mula bayangkan menjadi insan yang kau peluk tatkala pulang dari kerja dah tolak cinta kau, kau tak rasa sedih ke?

Saat orang yang kau dah bayangkan sedang membebel-bebel dekat dapur sebab korang malas nak gerak pergi Tesco awal pagi sebab Tesco pagi Ahad tu sesak dia mendatangkan carut tapi lepas tu endup kau pergi jugak sebab siapa tak sayang bini kan dah tolak sayang kau jauh-jauh, kau tak rasa sedih ke?

Saat orang yang kau dah bayangkan akan dibandingkan wajah dengan anak kau sama ada iras dengan maknya ke atau dengan bapaknya, korang jawab kalau hensem ikut iras bapaknya. Kalau comel pun ikut iras bapaknya. Iras maknya? Kalau dia kuat bebel bila besar esok, itu ikut iras maknya la tu jawab korang dan dia telah padamkan nama korang dalam hati dia, kau tak rasa sedih ke?

Jujur cakap kalau aku, aku sedih.





Bila bercouple, tak semestinya apa yang kau rasa saat itu adalah cinta. Sebab kebiasaanya apa yang dirasakan itu adalah nafsu. Cinta ni wujud bila ada rasa sayang. Ada rasa rindu kalau tak dengar suara. Ada rasa angau kalau tak nampak muka. Ada rasa cemburu kalau nampak dia puji lelaki lain hensem. Ada rasa impian nak bina rumahtangga bersama. Itu biasanya ada cinta. Ada sayang.

Dan, bila terputus cinta itu, persoalan dia patutkan kau menunggu seandainya peluang kedua datang menjelma?



Dalam dua orang ex yang pernah dicintai itu, jujur cakap aku rasa terkilan gila dengan ex yang pertama. 

Cuba bayangkan macam ni. Anda tunggu sampai 4 tahun, baru anda betul-betul berani proposed pada dia untuk jadi ratu hati anda. Tambah pulak, anda dah nak gerak ke Sekolah Berasrama Penuh, maka nak taknak, kena propose jugak. Kalau tak, melepas. Baru sehari berlalu lepas dia terima cinta anda, dia minta putus atas alasan dia tak boleh nak fokus study. Tapi lepas seminggu putus dengan korang, dia couple pulak dengan mamat yang jauh lebih kacak dari anda. Dan perkara ini anda tahu 4 bulan selepas anda putus dengan dia. Kiranya, anda hidup 4 bulan dalam penipuan bahawasanya dia masih single dan betul-betul nak pulun study.


Dan pelbagai lagi benda-benda neraka yang telah berlaku. Tapi entah apsal, aku masih lagi tak boleh lupa dia. Dah 6 tahun berlalu pun masih lagi tak boleh lupa dia. Masih lagi perlahan-lahan, stalk profile dia. Masih lagi perlahan-lahan Google dia mana tahu kot-kot dia ada Twitter. Masih lagi perlahan-lahan tanya khabar dia masa borak dengan akan dia dan mengaku, aku tak cinta dia lagi sampai bila-bila. Walaupun sekarang dia sudah makin bahagia dengan kekasih baru dia (kantoi stalk lagi), rasanya cinta aku dekat dia tak berhenti lagi ni. Masih padu lagi ni pergi dia.






Jadi persoalan dia, bilanya cinta aku pada dia nak berhenti ni?

Bila dia dah berkahwin. Aku sumpah cinta aku pada dia berhenti. Automatik. Orang dah berkahwin. Terang-terang dalam jiwa dia nama kau takde. Takkan tak faham. Dah tak reti-reti nak move on ke?

-Tammat-


Friday, 22 March 2013

Kawan Aku Punya Kawan Masuk Rajalawak.




   “Kawan aku masuk Rajalawak”

   “Jadi peserta ke apa?” tanya aku sambil tangan masih memegang stering.

   “Jadi top 20 ke top 16 entah tak silap kata dia. Dia sekarang ni nak kena pergi KL. Stage dia, kalau kau lepas, terus masuk Minggu pertama Rajalawak la“

   ”Dia lawak ke?”

   “Tak tahu la. Boleh la.”

   “Apa lawak dia pernah buat?”

   “Ada sekali tu, kitorang camping dekat tepi pantai. Yang dia ni duduk-duduk dekat pasir lepas tu masuk khemah. Yang kawan perempuan aku marah la, “Habislah pasir!”. Lepas tu member aku balas la”

   “Apa?”

   







“Bising apa pasir nak habis! Dekat luar tu berlambak pasir lagi! Ambik je la!”


Terbelahak aku ketawa.

Thursday, 21 March 2013

Tukar Gambar Di Twitter.




Aku rasa nak tukar pulak gambar dekat Twitter ni. Memandangkan aku pun macam nak Single je, maka terpaksalah aku memarketkan diri aku balik. Sumpah payah. Selama ni kau dah takkan fikir dah pasal teman hidup kau sebab kau dah tahu dah siapa dia orangnya. Siapa yang akan kejutkan kau dengan suara lembut "Abang, abang bangun bang. Jom senggama" pagi-pagi buta lepas celik mata. Siapa yang kau nak imamkan masa sembahyang Subuh nanti. Siapa yang kau nak cubit pinggulnya yang kiut tatkala tetiba datang nafsu dia. Siapa yang kau nak usap kepala bila dia menangis sebab kau taknak belikan TV besar 42 inci letak dekat ruang tamu. Kau gila. Ikut sangat la jiran tu. Jiran beli TV besar, dia pun nak ada TV besar. Walhal, baru je ritu belikan TV 56 Inci. Cakap besar sangat pulak. Nasib sayang. Sekali tu, bala apa entah datang. Ni mesti doa orang-orang yang aku kutuk dia tak hensem. Doa orang teraniaya kan makbul. Walhal, memang tak hensem. Takkan nak tipu dia. Itu dah jatuh hukum berdosa pasal menipu tu.

   Aku bukak folder. Cantik, gambar aku banyak rupanya yang aku pernah tangkap sepanjang hidup aku. Aku tengok satu persatu. Aku amati. Yang memang sah-sah tak market seperti gambar ala-ala nak bersin dengan gambar tak bersedia lansung laju aku tolak tepi. Itu elok-elok orang ada niat nak follow pasal nak kenal, terus delete Twitter, insaf dan bertudung kalau free hair. Bukan sebab ada gaya ustaz. Nak jaga diri takut dapat suami macam aku.

   Dari gambar berpindah gambar, dari folder berpindah folder. Masih lagi takde gambar menyegat.

   Dan sejam pun berlalu. Gambar yang menunjukkan aku hensem, kacak bergaya ala-ala suami paling terbaik abad ini, tiada.













Cilakak. Punya tak hensem aku rupanya.



Pelan-pelan, aku google gambar Zac Efron.

Disclaimer

This is a personal blog and everything written on this blog, based on own and personal thought.

The owner of this blog did not responsible for any comments that made in the comment sections. The owner is only responsible by his name as written by the sections.

This web blog does not store any file on its server. All movies, software, form of files, pictures and any types of graphic forms that are posted on this blog are indexed from personal purpose only. For download-able form of files/software/etc, it's just for demo and must be deleted within 24 hours. You are agreed with this term as clicking the download button.

Any pictures, video and graphic forms, are not copyrighted as the date taken from the search engines. As if its copyrighted, all credit goes to the owner and i did not own the copyrights.

All of the graphics forms are linked with the original source. All of those pictures, video and graphic forms are not for any commercial use, i gain nothing for those forms of files.

Light 18sx contents.