Gambar Ihsan Google
Ada banyak faktor kenapa orang mula tulis blog.
Ada yang nak duit.
Ada yang nak tunjuk diri tu cantik.
Dan yang paling susah nak capai hajat apabila kau mula hendak menulis blog sebab nak jadi famous.
Jadi popular sampai Makcik Jenab sebelah rumah pun hari-hari datang rumah rayu sambil meleleh-leleh air liur suruh kau update blog sehari 3 kali. Tak keruan nak buang air besar katanya bila tak membaca blog kau kurang dari 3 kali sehari. Katanya.
Jadi popular sampai kau ada fan club kau sendiri. Ahli-ahli kelab semua pakat tulis tattoo nama kau dekat belakang badan siap tulis "Forever and evah bebeh" dan buat remake, movie, novel, based on true story, National Geography, lifestyle semua pasal kau. Hidup ini amat tidak bermakna seperti ikan emas balang tiada oksigen katanya saat tak menatap blog kau walaupun setengah jam empat puluh lima minit. Katanya
Percaya cakap aku, itu semua tak ke mana.
Aku.
Aku taknak semua tu.
Aku menulis sebab aku ada cerita yang aku hendak cerita. Cerita yang kalau aku cerita dekat blog lama, mesti ada hati yang terguris. Mesti ada hati yang terasa.
Ya, aku dulu ada blog. Ini blog lama aku.
Tapi dekat blog lama, ramai sangat yang kenal wajah. Ramai sangat yang kenal watak Susah nak bercerita secara bebas tanpa ada sekatan. Leceh, rimas dan lelah.
Aku menulis blog dah lama. Nak masuk 3 tahun. Bila aku sudah terlalu lama menulis, aku sedar yang kreativiti aku berkurang. Lebih kepada tersekat aku rasa. Ada cerita yang aku nak cerita, terpaksa aku padam, peram lama-lama dalam draft sebab kalau cerita tu terpublish, nanti ada yang kecik hati. Mahu kalau berjumpa di pijak-pijaknya perut aku tanda protes. Walhal, bukan cerita dia. Perasan sebab aku tulis dalam post tu "Manusia paling bajet kacak dalam kelas". Nampak sangat kau ni sama ada rasa diri tu kacak ataupun kau sedar kau paling bajet.
So, dengan adanya blog ni, aku boleh menulis cerita apa sahaja yang aku mahu, luahan apa sahaja yang aku mahu. Dan juga, cerita apa yang sedang berlaku.
Secara jujur tentang apa yang aku rasa.
Secara telus tentang apa yang aku fikir.
Dan sekarang ni yang sedang berlansung dalam hidup aku adalah,
168 Days without Mary
Juga antara faktor Mega kenapa aku menggelupor sangat sampai menggedik nak create blog baru. Siapa Mary? Dia perempuan istimewa yang kau harus tahu.
Cerita yang aku nak sampaikan ada bermacam. Ada cerita betul. Ada cerita separa betul. Kalau cerita tipu terus, aku bagitau.
Tapi percaya cakap aku, realiti sebenarnya menarik.
Kalau kau pandai pilih warna apa yang kau nak lakarkan.
Ini buku hitam, atau BlackBook dalam bahasa orang putih.
And the other stuff, itu buat dia berkaler dekat dalam.
Dan juga,
I'm the person that you will love and hate without you realized it.
Maka, jaga-jaga. *smiley nakal*
Sekian.
