Showing posts with label Cerpen. Show all posts
Showing posts with label Cerpen. Show all posts

Sunday, 5 July 2015

Certot M: Yang gagal menang.




“Lelaki semua sama! Jahat!” jerit Nina kepada aku. Dicampaknya surat khabar pada aku bersama tajuk utamanya; “Seorang remaja perempuan, diperkosa 14 remaja lelaki.”
“Apa yang semua samanya?” Nina pandang seolahnya nak telan aku.
“Baca ke tak? Ke dah buta huruf?”
Aku capai surat khabar tu. Baca penuh.
“I like to highlight that 14 people yang perkosa dia tu, separuhnya adalah kawan-kawan dia sendiri! Kenapa lelaki ni tak reti nak behave diri dia?”
“Apsal lelaki? Perempuan tu la yang salah”
“Excuse me?”
“Percaya sangat ke “kawan lelaki” dia yang tu kenapa? Entah-entah, dia yang pergi berkawan dengan lelaki jahat. Siapa tahu?”
Aku keluarkan sepaket Skittles.
“Ada lagi lelaki yang baik. Ramai. Jadi, perempuan kenalah pandai pilih kawan. Jahat mungkin 10%. Ada lagi 90% lelaki yang baik. Choose wisely. And then, barulah kau tak kena perkosa. So, rilekslah. Faham tak?”
Nina rampas paket Skittles aku, dituangkan sebahagian ke tapak tangannya.
“10%.” ujarnya. Aku tengok saja bila Nina taburkan “10%” Skittles aku ke lantai, kemudian dimasukkan semula ke dalam paket. Digoncangnya paket Skittles tu dan ditolak semula pada aku.
“Makanlah Skittles tu dengan senang hati.”
“Jangan takut, cuma 10% je yang kotor. Ada 90% lagi Skittles bersih dekat dalam tu.”


Mmmmmmm…

Sunday, 28 June 2015

Sebelum tidur, maafkanlah semua orang.


Aku ada dengar seorang pakar motivasi ni. Dia kata kalau nak hidup tu rasa lebih tenang, setiap malam sebelum tidur tu, maafkanlah semua orang. Ampunkan semua dosa orang yang pernah buat dekat kita. Bila kita tidur malam tanpa ada rasa dendam pada sesiapa, kita takkan rasa tertekan sebab kita dah buang sifat negatif dalam diri. Automatik, perasaan jadi tenang dan tekanan pun hilang. Aku ambik nasihat tu bulat-bulat.
Lepas aku tutupkan lampu bilik, aku berbaring dalam selimut dan mula memandang siling.
Ok, aku nak maafkan semua orang. Semua orang yang pernah buat dosa dekat aku.
Kecuali si Faris tu,
Sebab aku sampai bila-bila pun takkan boleh maafkan dia yang senang-senang hati merampas gadis yang paling aku sayang dan kau tinggalkan dia dalam keadaan dia terkapai-kapai. Kau bayangkan, orang paling aku sayang tu di ayam-ayamkan je oleh manusia durjana. Dah la merampas dia dari tangan kau, tak dihargainya pulak. Kalau kau, kau tak berdendam ke?
Dan jugak si Masyitah tu,
Sebab dialah satu-satunya lecturer yang paling poyo aku kenal sepanjang hidup aku. Dia bajet dia hot agaknya. Sampaikan orang nak minta nombor phone dia atas dasar mudah la nanti nak tanya pasal kelas ke, kuliah ke, dia boleh bantai kata “Taknaklah, nanti awak ambik nombor saya, awak mengorat saya pulak. Saya dah ada suami tau” dan aku macam what the heck? Kau ingat orang suka kau ke? Sebab dia jugaklah pointer aku jatuh teruk sem tu. Binawe.
Dan jugak si Syahmin tu,
Sebab aku pernah minta tolong dia pegangkan handphone aku, tak sangka kau khianat aku dengan cara kau tukarkan bateri handphone aku yang original tu dengan bateri ciplak handphone kau. Untuk apa kau khianat aku macam tu? Dah la tu, kau malukan aku depan orang bila aku minta balik bateri tu. Memang sampai matilah aku tak ampunkan.
Heh.
Dalam keadaan hati aku yang macam ni pun aku masih lagi nak rasa pelik kenapa hati aku susah nak tenang.

*tutup mata*

Tuesday, 20 January 2015

Certot Monarki : Yang gagal menang. Bahagian 2.








“Aku berkuasa tak?”
“Berkuasa!”
“Aku kuat tak?”
“Kuat!”
“Aku handal tak?”
“Handal!”
“Eleh, kau ingat kau sudah berkuasa kau dah bagus sangat ke? Pergi matilah kau!” jerit seseorang yang memakai topi dari jauh.
Sir Jose terdiam. Begitu juga aku dan 14 orang yang lain. Sir Jose memandang tepat ke mata lelaki bertopi itu. Ternyata wajah lelaki bertopi itu begitu angkuh.

*******

Aku pulang ke rumah dalam keadaan basah kuyup. Penat hari ni kerana perlu menyelesaikan masalah “kecil”. Masuk ke ruang tamu, aku sudah terbau masakan mewangi. Sedap. Tapi hari ni, aku tidak mahu makan ikan.
“Abang nak makan daging!” jerkah aku dari ruang tamu. Aku terdengar suara mendengus dan bunyi barangan dibuang ke tong sampah, kuat. Biadap. Aku hilang sabar dan capai tali pinggang menuju ke dapur.

*******

Esok pagi, aku kembali ke posisi aku setiap hari.
“Aku berkuasa tak?”
“Berkuasa!”
“Aku kuat tak?”
“Kuat!”
“Aku handal tak?”
“Handal!”
Aku perasan hari ni, lelaki bertopi dengan berwajah lebam kesan daripada pengajaran semalam antara yang paling kuat bersorak. Datang juga walaupun aku tengok jalan pun masih berdengkot-dengkot. Baguslah kalau dia dah faham.

Certot Monarki : Yang gagal menang. Bahagian 1.





Dengan tangan aku dan Zareena dipegang kemas oleh pengikut Tok Penghulu, aku nampak Tok Penghulu perlahan keluar dari semak belukar.
“Kau nak buat apa pada Zareena?” tanya Tok Penghulu sambil mengangkat kening.
Aku hanya tunduk. Tak menjawap apa-apa. Sebab dalam kepala aku masih lagi keliru kenapa Zareena pun turut dipegang sama. Untuk menjadi saksi ke?
Tok Penghulu hadir lebih dekat dan merentap botol minyak dagu yang aku pegang dari tadi. Diamati perlahan.
“Mana kau dapat benda ni?” tanya Tok Penghulu. Aku diam lagi.
Azman ambik peluang tumbuk perut aku. Kuat.
“Dekat Bomoh Hamid..uhuk..uhuk…kampung sebelah..uhuk..uhuk..”
Dalam samar malam, aku nampak Tok Penghulu tersenyum. Dibukanya penutup lalu dicampaknya cecair minyak dagu betul-betul ke muka Zareena. Satu botol.

*******
Sebulan selepas itu, dalam orang masih lagi tak percaya macamana Zareena, gadis paling cantik dalam kampung boleh terima pinangan Tok Penghulu tua ganyut tu, kenduri kahwin besar-besaran tetap juga diadakan.
Kalau tanya aku, memang aku tak puas hati. Tapi, orang berkuasa begitu kau memang tak boleh menang cara kasar.
Maka, bila aku dapat peluang curi-curi untuk datang ke tempat penyediaan makan berhidang kenduri, pada makanan bahagian Tok Penghulu tu, aku tuang racun. Satu botol.
 

Saturday, 17 January 2015

Certot Patung : Yang gagal menang. Bahagian 2.






"Kau cuba la mengorat dia. Mana tahu kan, jodoh."
Aku ketip bibir. Kumpul semangat, kononnya. Aku memang dah lama ada hati dengan si Amelia ni. Tapi tu la, orang secantik dia kau bukannya hanya perlukan dialog ayat pembuka bicara biasa. Kau perlukan jugak semangat dewa cinta dari seluruh pelusuk dunia. Supaya tak la dari nak keluar ayat-ayat cinta, kau termencarut. Bila dah tarik nafas tiga kali, aku pun melangkah ke Amelia yang sedang duduk di meja depan perpustakaan tu.
"Hai." ujar aku. Yakin.
"Hai." balas Amelia sambil senyum. Masya Allah kaki aku kenapa macam tak jejak tanah ni. Steady Rizal steady. Kau boleh.
"Emm, tengah baca Novel FIXI ke tu?"
"Ha'a, tajuk Patung. Awak minat baca novel FIXI jugak ke?"
Terbaik. Aku memang minat baca FIXI ni. Boleh la jadi modal borak. Aku tarik kerusi. Dan dia tak pandang aku pelik. Cantik, aku lulus.
"Suka jugak. Saya selalu baca novel. Buat masa ni, FIXI la yang terbaik."
"Tu la. Saya dengan Boyfriend saya blablablablablablabla."


Telinga aku masa tu dah berhenti dah berfungsi sebagai telinga.
Ada boyfriend pulak si Amelia ni.
Dan untuk 30 minit itu lah aku cuma diam dan menjadi patung pendengar yang baik.
Fuck.

Disclaimer

This is a personal blog and everything written on this blog, based on own and personal thought.

The owner of this blog did not responsible for any comments that made in the comment sections. The owner is only responsible by his name as written by the sections.

This web blog does not store any file on its server. All movies, software, form of files, pictures and any types of graphic forms that are posted on this blog are indexed from personal purpose only. For download-able form of files/software/etc, it's just for demo and must be deleted within 24 hours. You are agreed with this term as clicking the download button.

Any pictures, video and graphic forms, are not copyrighted as the date taken from the search engines. As if its copyrighted, all credit goes to the owner and i did not own the copyrights.

All of the graphics forms are linked with the original source. All of those pictures, video and graphic forms are not for any commercial use, i gain nothing for those forms of files.

Light 18sx contents.