Showing posts with label Love Talk. Show all posts
Showing posts with label Love Talk. Show all posts

Thursday, 9 April 2015

Masalah paling ketara bila putus cinta.



   Masalah paling ketara bagi aku bila kau putus cinta ni adalah kau tak tahu kau boleh sayang orang lain sebagaimana kau sayang cinta kau yang lepas ke tak. Atau mungkin, kau tak pasti tahap kepercayaan yang kau nak bagi tu sebanyak mana. Nak bagi 1% pun kadang rasa goyah.

   Sebab mungkin sebelum ni kau rasa kau dah bagi all out. 100 and 10 percent. Everything yang dia nak, kau cuba bagi dalam keadaan sehabis baik. Kau ambil tahu pasal dia. Pantang ada masa lapang, masa itu digunakan untuk membayangkan masa depan yang bakal dibina. Perancangan hidup kalau berbual berdua dah banyak masuk soal kahwin, anak, rumah, kerjaya.

   Lelaki jarang nak serious dalam relationship. Tapi, bila dia dah serious, dia akan start cerita dan fikir benda benda macam tu.

   And, you start give up on certain things that you really like before. Sampai bila nak jadi budak kan?
   Games.
   Comic book.
   Action figure.
   Lepak borak kosong dengan kawan.
   Hang out at mall.

   Semua semua. Yang kau (atau dia. Mostly, dia) fikir tidak elok untuk masa depan yang bakal dibina, kau tinggalkan. For better future, you better start early.

   Bila kau dah buat semua semua tu, kau tetap harapkan something. At least dihargai. Didatangkan dengan ucapan terima kasih mungkin. Tak perlu sampai bagi sijil penghargaan. Tak perlu sampai bagi majlis penganugerahaan.Terima kasih, dan senyum yang kata semuanya ini sudah ok. Itu saja.

   Tapi, úntuk semua pengorbanan tu, yang kau dapat hanya satu dialog;

   Its just not enough.



   Dan pernyataan tu, terus terang buatkan hati kau,

   hancur.

Sunday, 13 April 2014

Kenapa kau dinasihatkan jangan putuskan hubungan buah hati kau dengan kawan-kawan dia.

Pegang bunga itu elok dan selamanya ianya akan kekal cantik dalam genggaman - Najib Tun Razak

Satu je aku nak nasihatkan bila kau bercouple dengan buah hati pengarang jantung seumur hidup kau tu. Kau janganlah putuskan hubungan dia dengan kawan-kawan dia dengan alasan kau nak dia beri tumpuan 120% dekat kau sorang sahaja dalam pelbagai segi.

Ada banyak sebab kenapa aku kata jangan. Tapi cukuplah aku bagi dua je.

     Pertama.

     Rimas.

Awalnya mungkin kau akan seronok. Well, mungkin kau selama ni forever alone. Hidup sorang selama ni berkelana. Dan ini merupakan hubungan manusia pertama kau dengan orang berlainan jantina (Ya, aku lansung tidak menyokong perhubungan berkasih sesama jantina). Tapi percayalah cakap aku, benda ni semua best masa 4-6 bulan pertama je. Bila dah selalu sangat attach, kau akan rimas.

Sebab?

Bila kau dah lepak, maka secara tak lansung semua benda pasal dia kau akan tahu. Sampai tahap berapa kali dia sedawa selepas makan pun kau akan hafal. Gelak mihmihmih dengan gelak hakhakhak tu maksud dia apa pun kau dah tahu. Jadi, apa lagi rahsia dia yang kau tak tahu? Apa lagi habit dia yang kau tak tahu? Bila cerita movie atau series pun kau boleh bosan sebab asyik ulang topik serupa, inikan pula manusia. Kau kena ingat, masa kahwin nanti ada banyak masa untuk kau tahu satu-satu habit dia yang kadangnya boleh buat kau rasa “Ya Allah dia ni. Macam mana lah aku boleh sayang dia pulak ni”. Macam tu.

Nak attach lebih-lebih, biarlah masa dah kahwin. Masa tu, kalau kau geram pun, kau boleh gomol dia. Dapat pahala lagi. Gembira si Hafiz dengan Nana sebab bakal dapat adik baru. Gitu.

     Kedua,

     Keseorangan.

Kau kena fikir, pelayaran kau dengan dia bukan selalunya indah. Ada masa kau akan dilambung ombak badai dan kau dengan dia berkeras taknak berjumpa. Tipulah tak pernah gaduh kan? Alangkan baru seminggu kapel pun dah boleh gaduh pasal mesej lambat reply, pasal last seen dekat whatsapp, kata nak tidur ni apahal nampak online lagi ni? Awak whatsapp dengan betina mana babi???,  inikan pulak hubungan yang dah membawak ke 4-6 bulan. Itu dah berapa puluh ratus kali gaduh dah berlaku tu?
     
Saat kau berkeras taknak jumpa atau dia berkeras taknak bersua muka, cuba kau bayang dia nak mengadu ke siapa? Siapa yang nak bawak dia keluar dari kesedihan?

Atau mungkin, cuba kau bayang andaikata bila dah dalam setahun dua kapel, dan kau sedar hubungan tu kena berakhir sebab tak lagi sehaluan. Macam mana dia nak bawak diri dia? Kau sanggup biar dia terkapai sorang-sorang macam tu? What? Kenapa sorang? Kau jangan lupa dalam setahun kapel tu, dah berapa orang kawan dia decide untuk putuskan hubungan sebab kau halang. Kau sibuk nak kongkong dia teruk-teruk.

Jadi, dia sorang. Dah la kau pilih nak tinggalkan dia. Sekarang, kawan-kawan dia pun dah takde. Tak cukup kejam ke diri kau tu?

Jadi, janganlah halang dia berjumpa kawan. Kalau kau rasa terancam, contoh lelaki tu hensem nak mampus sekalipun dan boleh buat kau rasa ish, habis aku ni karang, kau bagitau dia apa yang kau rasa. Dan, kan lebih bagus kau tahu yang dia boleh berubah perasaan cintanya dengan kau sekarang dari sebelum kau dengan dia dah melangkah ke gerbang perkahwinan? At least sebelum kahwin dah tahu yang Ya Allah dia ni pantang jumpa lelaki hensem terus nak berpindah hati. Kan?




Tapi satu la aku nampak habit tak adil orang yang sibuk nak tutup perhubungan buah hati pengarang jantung dengan sahabat-sahabat diorang ni.

Buah hati kau nak berkawan dengan kawan-kawan dia kau tak bagi.



Yang kau ni pulak malam main futsal, malam lepak mamak, pagi rabu tengok wayang, pergi reunion budak sekolah tu semua kau buat sorang-sorang ke? Mesti dengan kawan kan? Yang tu kau boleh pulak buat?


Bangang.

Tuesday, 31 December 2013

Ambang Tahun Baru Saya.


Seharusnya sekarang aku ada dekat JB. Mungkin tengah berseronok dan gelak-gelak tengok macam mana orang melayu tengah terkial-kial buat maksiat sambil di rush oleh Pegawai Agama dekat tepi Danga Bay, atau aku mungkin tengah baru lepas makan dekat Chicken Chop hutan Bandar yang harga dia RM5 (which hampir 3 tahun lebih aku duduk dekat Batu Pahat, still tak rasa lagi) atau mungkin aku just pusing pusing naik kereta sambil tengok bunga api yang berlumba-lumba dibakar oleh rakyat malaysia yang kata Ya Allah besarnya impak kenaikan harga barang tapi still ada duit yang dispend untuk dibakar.

Tapi, aku tak.


Cerita dia 4 hari lepas.

     “So, kita dah pergi Singapore ni. Apa yang best sangat dengan JohHorBahRuh kau tu?” ujar aku angkuh kepada Zack yang selaku wakil kepada anak jati JohorBahru

Baru-baru aku pergi Singapore. Aku, Hadib dengan Zack. Suppose korang kenal Zack kan? Dan sepatutnya korang kenal Hadib siapa. Singapore menarik. But we will get into that.

     “Johor  serius takde apa-apa. Tapi kalau kau nak jalan-jalan, aku boleh bawak kau pergi”

     “Serius kau boleh bawak aa Zack? Kalau macam tu, aku nak pergi masa malam New Year nanti. Nak tengok orang JohHor..” sengaja aku buat gaya dalam kurungan.

     “...awesome. Tak macam cina Singapore yang kau benci sangat tu. Hahaha”

     “Ok, set. Takdehal la beb. Nanti kau roger la aku dekat sana”



Dan ini cerita pagi tadi

Bangun-bangun pagi, aku on desktop dan benda pertama aku buat adalah bukak facebook. Habit. Elok 5 minit aku bukak, masuk satu mesej inbox. Zack. Haha. Nak apa benda la pagi-pagi buta ni. Eh, pukul 9.

     “Korang serius ke nak datang?”

 Untuk pengetahuan, sekarang Zack dekat rumah dia di JohorBahru dan plannya nak pergi ke sana dari BatuPahat ini malam.

     “Serius la. Apsal?”

     “Ok, korang datang nak buat apa?”

     “Nak sambut New Year la. Kau kata JohHorBaHru kau tu best sangat. Nak la tengok malam New Year ada menda”

     “Serius takde apa”

     “Takkan takde apa lansung”

     “Ada la bunga api, konsert. Tapi kalau korang nak pergi, korang je la pergi. Aku taknak”

     “Pulak. Apsal?”

    “Aku malas sambut. Sebab aku pernah ada tragedi hampir meragut nyawa lepas sambut NewYear. Haha. So aku malas dah nak sambut”

Pulak. Aku datang rumah, tapi tuan rumah taknak lepak sama. Kau boleh faham tak perasaan aku sekarang? So, aku cancelkan. Nak tengok semua yang aku nyatakan tadi tu, 
Kapish.
Nehi.
Tiada.
No.
Wú.
Nicht.

    "Tak jadilah nak pergi. Dah kau malas sambut"

    "Hahaha, sorry sorry. So apa plan?"

    "Kau balik la dulu. Nanti cerita"

    "Ok, aku memang plan nak balik hari ni pun. Sebab tu tanya lagi sekali. Settle semua urusan aku dekat sini, aku balik"

Hati sudah kecewa.
Jiwa sudah lara.
Jadi apa guna kita bercerita?



Tapi,tapi..

Ini cerita pukul 1 petang tadi.

     “Hey, u ada kata u nak balik Dungun tomorrow kan? At 9pm? Any other plan?”

     “Mmm, no. Why u ask?”

     “U nak tak i hantar u ke bus station?”

1 jam berlalu. Dan aku separa kecewa. Dan nak mula masuk kereta danhentak-hentak kepala ke stering macam hari tu.

     “Nak! Nak! Nak!”

Ya, itu adalah Mary.


Malam Tahun Baru
     “Kau tengok apa tu Rash?”

     “Ambang Merdeka. Dekat Penang”

     “Siapa ada?” Ish Ustaz ni (Kitorang panggil dia Ustaz sebab dia orang paling alim dekat rumah. Pernah tutup lampu dengan tuang air sebaldi dekat aku pasal liat bangun Subuh). Tak pernah-pernah tengok Konsert. Ambang Tahun Baru tengok konsert. Tebiat?

     “Ustaz Azhar Idrus”

     “Ooo....”

Maka, masa aku di ambang tahun baru terisi dengan sedikit faedah.

Aku pakai earphone sebab tengah marathon movie. Masuk cerita Diary Of Wimpy Kid : Rodrick Rules (yang aku akan review kelak) dah masuk dekat 7 movie aku tengok. Dia duduk sebelah kiri aku.
Aku bukak earphone aku sebelah.

Aci tak?






Prolog.

     "Cancel la pergi rumah Zack" cakap aku pada Hadib.

     "Apsal?"

     "Dia kata dia malas nak sambut NewYear"

     "Oh, pasal kemalangan tu yek?"

     "Dan kau tahu. Aku tak tahu ni. Kenapa?"

     "Oh, dia tak cerita dengan kau yek?"

     "Cerita la"

    "Ada sekali tu masa NewYear, dia baru balik checkout hotel dengan ex dia, elok je lepas hantar rumah, dia terlelap masa bawak kereta. Eksiden. Kereta terbalik pusing pusing. Dah berhenti pusing, baru dia terjaga dari tidur. Nasib tak mati. Lepas tu dia terus nekad takkan sambut NewYear dah"

     "Insaf sambut NewYear. Yang main dengan perempuan tu taknak insaf pulak?"

     "Entah"


Well, that irony. Aku tengok jam malam ni dah pukul 3 pagi. Si Zack ni tak balik balik lagi. 

Patut ke aku keliling JohorBahru tu sekejap agar terserempak Zack dengan Tunangnya sedang menggoncang dunia?

Saturday, 7 December 2013

Sebab UTAMA mengapa kita selalu dalam keadaan bersedih.



Macam biasa, bila masuk je tengahari, aku, Hadib dan Zack (kawan yang aku pernah cerita dulu tu) akan ke Medan Selera di lampu isyarat Parit Raja dan mencari makanan.

Bila duduk, kami akan bercerita dan lebih gelaknya sementara tunggu makanan sampai. Sampai la tiba Waktu Sunyi 3 Minit, tiba tiba Hadib bersuara,

     “Apa kisah hidup kau yang paling gembira yang kau boleh ingat?”

Aku dengan Zack berhek'elleh. Aku dah 22 tahun hidup (dan Zack 23 tahun), takkan la takde satu kisah hidup yang gembira untuk diceritakan. Mesti banyak. Mesti bersepah. Lagi-lagi pulak Zack. Dia dah dating beramai anak gadis kan. Tapi aku dengan Zack terkejut. Kami tak boleh nak cerita.

      “Aku ni kalau kau tanya kisah sedih, bersepah yang aku boleh ceritakan dekat kau. Hahaha”

Ya, Fatin, Nana, Mary dan lagi gadis gadis lain yang tak jadi untuk dicintakan. Kau ingat senang ke menjadi orang gemuk dan mengharapkan cinta pada gadis cantik?

     “Aku pun. Kan aku hari-hari cerita pasal ex aku tu. Senang,”

Ha'a si Zack ni. Bercerita psal ex hari-hari sampai aku lupa yang dia ni dah bertunang.

     “Kan? Kita terlalu kerap ingat cerita sedih sampai lupa sebenarnya kita pun ada kisah gembira”

Terdiam. Aku, Zack dan Hadib kembali ke Waktu Sunyi 3 Minit kami.

Kalau ini cerita kartun, aku dah jatuh terjelepok sambil ada satu cahaya lampu spotlight suluh direct ke aku. Tapi, sebabkan ini realiti, aku minum limau ais aku macam biasa sambil tertawa kecil.

Ya, kita terlupa. Selalu terlupa. Kita pun ada kisah gembira. Kita pun ada kisah suka. Tapi kenapa kita nak selalu diselubung dengan kisah sedih semata? Sampai nak bagi kesan kepada hidup kita untuk suatu tempoh yang lama? Kalau bahasa orang putih, benda ni dipanggil move on. Tapi dalam bahasa melayu, ianya tak dipanggil Berlalu Pergi tau. Nampak kelakar pulak jika dimelayukan secara direct macam tu.

Kisah yang sedih sedih kita nak ingat. Kisah yang suka, gembira, mengujakan tu kita simpan sekejap dan taknak ingat. Kenapa tak kisah suka gembira tu yang kita ingat sentiasa? Betul tak?

     “Kau pulak, apa kisah hidup kau yang paling gembuira?” tanya aku pada Hadib.

10 saat

15 saat

1 minit.

     “Kita sama. Hee”

Dan kami berdua brofist.

Zack pulak, dia tak brofist sebab dia masih lagi sibuk usha dada awek yang ambik order tadi. Besar nak mampus. Simpan belon dalam baju ke apa awek ni.



Oh, aku tak bagitau lagi yek kenapa kitorang suka benar makan dekat kedai ni?

Monday, 28 October 2013

Kalau bercinta itu macam install Anti-Virus.



Kan bagus kalau install Anti-virus itu sama macam bercinta,
Sebab kita perlu jumpa trial sebelum kata kita suka,
Dalam 30 hari itu kita akan cuba,
Kalau lepas install dan berlayar bersama,
Komputer jadi lag macam gila,
Virus masuk ikut suka,
Anti-virus banyak kaku tak buat apa,
Kau boleh uninstall dan cari semula,
Yang sesuai, yang kau fikir serasi tatkala bersama.
Sampailah kau jumpa Anti-virus yang kau suka.

Dan bila kau jumpa Anti-virus itu,
Yang  mampu buat komputer kau tak kaku,
Yang mampu buat komputer kau makin laju,
Yang virusnya belum sempat masuk dah diberitahu,
Yang buat kau betul-betul jatuh cinta dan mahu bersama selalu,
Kau senang hati dan biarkan ianya terus berlaku,
Sehingga timbul pula masalah lagi satu,
Sebab bila cukup 30 hari dia akan tanya kau sesuatu,

“Bila awak nak masuk meminang saya ni?”
Dan dia akan tanyakan soalan yang sama berulang kali,
Berulang dan berulang sampai kau terpaksa tutup hati.





Sebab Anti-virus bukannya murah kalau nak beli yang Ori.

Tuesday, 8 October 2013

Antara Cinta, Suka Dan Lagi Satu...

Kalau kau lansung tak suka bila orang hadiahkan kau bunga, sama ada kau alergik atau kau freak lonely bajet cool.


Kau nampak dia tapi rasa jauh.

Kau nak sapa dia tapi mulut kebas.

Kau nak menghampiri dia tapi kaki kaku.

Adakah itu cinta tanya kau.

Kalau kau tanya aku, jawapan aku lain.

Itu suka. Kalau dah dekat 3 tahun pun kau masih ada rasa serupa, itu crush.

Dan kalau kau mula hendak approach, itu baru mungkin cinta.

Mungkin cinta.

Mungkin hanya nafsu.

Sebab kebanyakkan percintaan ni bermula dengan nafsu.


Jujur cakap.

Monday, 26 August 2013

5 Langkah Tentang Bagaimana Mengelakkan Diri Anda Daripada DIkecewakan Oleh Lelaki Kerana CInta.

Walaupun tajuk macam panjang, entry ini adalah pendek.
Serius, ini post pendek malah bergambar lagi you.

Atas faktor dua post aku yang sebelum ni panjang dia macam nokhorrom, tapi sebenarnya bila baca bukan main best, maka post kali ni pendek je.

Post minggu depan mungkin lagi pendek.

Ehem.

So, disini aku ada sediakan 5 langkah yang mungkin boleh diaplikasikan kalau mulut asyiklah cakap fedap bercinta fedap bercinta. Dekat laman sosial, balik balik muka anda lah yang update status/tweet pasal kecewa bercinta, rabak kecewa, lelaki jahat nak mampus dan lelaki setan. Ya, semua lelaki yang salah. Perempuan mana pernah buat salah. Mereka maksum. Jadi, jika andal ah orang orang ini, post ini memang untuk anda sangat sangat.


Enjoice.






Selamat mencuba awak awak semua. *kenyit mata*

Friday, 16 August 2013

Kenapa Anda Begitu Susah Sangat Hendak Move On?



Hai awak yang acah acah tabah tapi balik balik kalau update tweet sedu sedan “MasyaAllah syusyahnya nak move on!” ataupun “Kenapew awaa tinggalkan saia. Saia taa kuad awaa” mesti muka awak tu, still tak move on lagi ke?

Padan muka. Siapa suruh bercinta sebelum kahwin?

Move on. Satu isu yang takkan mati. Selagi ada lelaki, ada perempuan ianya takkan mati.

Dekat blog lama pun aku cerita banyak pasal move on. Dan tak sangka jugak isu move on ni jugak akan dijadikan topik untuk diceritakan dekat sini.



Well, bila ditanya semua orang akan cakap dia dah move on. Bila ditanya dengan penuh angkuh akan berkata, 

     “Siapa? (Nama bekas kekasih. Zack atau Suzana misalnya)? Heh! Ingat aku lapaq sangat ka dengan dia? Pi mampuih kat dia la”. 

Cakap “Pi mampuih kat dia” memang mati betul betul dekat riba dia la maksud dia kan? Handal korang ni kalau bab bab nak berselindung perasaan ni. Betul ke dah move on?



Baiklah macam mana nak tahu yang anda ni sebenarnya dah move on ke belum.

Selagi ada satu nama bekas kekasih dia yang tak kisah dah berapa lama berpisah tapi still kalau ada peluang untuk dia dan bekas kekasih itu untuk bersama semula, dia akan berusaha separuh meninggal ke arah itu bagi merealisasikan fantasi sengal tersebut, maknanya anda masih belum move on.

Selagi ada satu nama bekas kekasih yang anda tak boleh dengar, pantang dengar je menangis, sedu sedu, masuk tandas supaya air mata lagi padu keluar, lepas tu update status “Ya Allah, berikanlah aku kekuatan untuk melupakan dia. Saia taa kuadd :’(” sambil retweet setiap gambar yang ada kena mengena dengan isu susah move on seminggu selepas itu, maknanya anda masih belum move on.


Bagi aku, ada dua sebab kenapa anda bukan main susah lagi nak move on.



1. Anda masih menyimpan terlalu banyak benda atau perkara yang mampu mengingatkan anda dengan dia.

Macam mana nak move on kalau,

Key-Chain rumah anda tu yang kekasih anda bagi sempena Ulang Tahun Seminggu bersama. Ya adik adik. Dulu-dulu kalau kami berjaya couple seminggu, cukuplah sekadar bagi key-chain kenangan. Bukan buat video lepas tu update dekat Youtube.

Atas meja anda masih lagi ada dua buah mug yang anda terima sepanjang pengenalan dengan si bekas kekasih. Satu tu anda terima sebab masa tengah dating, korang mengada-mengada saja cakap tak boleh minum air dari botol. Biasanya pakai mug. Berlari pakwe korang cari kedai mug dekat Mall tu. Lama jugak dia cari sebab kau tahulah pakwe kau boleh tahan jugak pokai dia sampaikan masa nak bayar popcorn tadi, habis buat bodoh dah dia pura pura usha poster wayang. Cantik kata dia. Taknak keluar duit punya pasal. Dan dalam Mall, mana ada kedai RM2.00. Mug satu lagi tu korang terima sebabkan obsesi korang dengan karekter Spongebob. Asalnya dia nak hadiahkan panties gambar spongebob. Tapi sebabkan perangai bebal pakwe korang ajak masuk dressing room sebab nak tengok korang punya size apa, dan jugak dua pelempang yang kau baru bagi tu boleh tahan jugak sakit dia. Maka, dia belikanlah mug tu untuk korang walaupun korang boleh nampak boleh tahan masam jugak muka pakwe korang.

Dan pelbagai lagi pemberian seperti T-Shirt, tiket wayang, buku diari bersama, cincin couple, rantai couple dan sebagainya yang anda masih simpan sebab setiap satu ada memori dia yang anda taknak tinggal.

Kalau sampai macam tu, macam mana anda nak move on?





2. Anda masih hidup dalam memori manis yang anda sendiri cipta.

Ok, cuba bayang. Macam mana anda nak move on kalau hidup anda macam ni.

Anda bangun pagi. Bukak je mata nampak gambar bekas kekasih anda yang anda print A4 dekat siling. Selama 7 tahun dah sampai jadi habit anda ucap selamat pagi dulu dekat gambar acah acah sweet, lepas tu anda pandang kanan pulak untuk ucap selamat pagi dengan 7 lagi gambar bekas kekasih anda yang anda sudah frame elok. Setiap satu tu ucap selamat pagi dan kucup 5 saat. Tak kurang, lebih tak mengapa.

Sarapan pagi anda makan Roti canai telur dua keping. Anda takdelah kuat makan mana pun. Plus, anda benci sangat dengan Roti canai sebab satu, kalori dia banyak dan anda makin gemuk. Kedua, anda memang tak suka makanan India. Benci sejak kecil. Tapi sebab itu yang sering bekas kekasih anda order, maka anda pun order benda yang serupa.

Bukak laptop, screensaver muka dia. Ringtone pun pakai ringtone yang sama dengan bekas kekasih. Dalam walkman semua lagu yang anda dengar sama-sama dengan bekas kekasih sepanjang pengenalan bersama. Terutamanya lagu “Colbie Callilat - Bubly” yang bukan main suka lagi korang dengar masa dia nyanyikan untuk korang pada malam ulang tahun pertama. Jangan ditanya aku kesudahan dia macam mana bila kau. Dia. Gitar. Nyanyian merdu. Sunyi. Berdua. Romantiknya. Rasa nak peluknya. Rasa nak pegang tangannya. Mata makin kuyu saling memandang. Kepala sudah lentuk ke bahu. Jangan ditanya aku kesudahannya bagaimana sebab aku tak tahu pun.

Balik ke rumah. Baring. Sebelum menutup mata, mesti nak mengimbas kenangan bersama-sama dengan bekas kekasih sambil meratapi kesilapan korang (kalau ada perkara yang kononnya korang buat sampai jadi punca breakup.) Dan anda pun tidur.

Berulang la hari anda macam ni sampai anda tua, tak larat, dan mati.

Kalau dah macam ni, macam mana anda nak move on? Bagitau aku.








Move on adalah satu anugerah terhebat,

Dan tidak move on bukanlah satu dosa.

Tapi kalau dengan tidak move on itu menyebabkan produktiviti anda terjejas, belajar entah ke mana, muka makin serabut untuk apa?





Mahukan belas ihsan dari bekas kekasih supaya menerima anda kembali?

Dia rasa bangga lagi ada kalau dia tahu betapa pentingnya dia dalam hidup anda. Akibat, lagi degil dia nak kembali. Plus, dah la anda makin comot dan gemuk. Kekasih baru dia hot stuff.




Mahukan kenangan manis anda tidak mati?

Nak hidup dalam kenangan sampai bila? Sampai graduate? Sampai sudah kerja dan berkejaya? Sampai dah tua dekat kerusi malas sambil bergoyang perlahan dan mengenang kenangan manis yang pernah anda tempuh bersama? Entah entah time tu, bekas kekasih anda tu nama anda pun dia dah tak ingat. Baik cuba ingatkan nama bini nombor 4 dia.



Kalau ya pun, kesiankanlah diri anda.

Kalau ya pun anda tak peduli, biar diri ini mati dalam kenangan aku kau peduli apa natang kateko,

Kesiankanlah jodoh anda yang sedang menanti anda move on. Dia tunggu je bila agaknya hati awak ada ruang untuk dia tumpang berteduh, selamanya. *smiles







*

Disclaimer

This is a personal blog and everything written on this blog, based on own and personal thought.

The owner of this blog did not responsible for any comments that made in the comment sections. The owner is only responsible by his name as written by the sections.

This web blog does not store any file on its server. All movies, software, form of files, pictures and any types of graphic forms that are posted on this blog are indexed from personal purpose only. For download-able form of files/software/etc, it's just for demo and must be deleted within 24 hours. You are agreed with this term as clicking the download button.

Any pictures, video and graphic forms, are not copyrighted as the date taken from the search engines. As if its copyrighted, all credit goes to the owner and i did not own the copyrights.

All of the graphics forms are linked with the original source. All of those pictures, video and graphic forms are not for any commercial use, i gain nothing for those forms of files.

Light 18sx contents.