Tom ada kekasih.
Rose namanya. Rose ni cantik. Dia putih. Tidak terlalu kurus dan tidak gemuk.
Boleh kata kalau Tom bawak Rose keluar berjumpa kawan-kawan Tom, semua kawan
dia akan gigit meja sambil tangkap jeles dengan Tom sebab berjaya menambat hati
Rose.
Tapi, Tom masih tak
faham. Bila Rose ajak Tom untuk berkahwin, Tom taknak. Berbelah bagi dan resah.
Puas Tom fikir kenapa dia kena ada perasaan macam tu. Keresahan itu. Bukankah
sepatutnya bila orang yang kita cinta ajak kita untuk hidup bersama, kita akan
senyum lebar dan menerima dengan rela? Dan bukannya seolah-olah menerima sebuah
beban yang tak boleh nak diterima. Dan ketika itulah, Tom mendapat satu teori.
Mungkin sebab Tom
tak dapat perempuan yang dia betul-betul nak.
Sebab apa Tom fikir
macam tu? Sebab semua perempuan yang Tom minat, mesti dia takkan dapat dan itu
membuat dia tersangkut dalam perasaan.
Dan dia juga risau seandainya dia terus jugak berkahwin, dia akan kahwin dengan
keadaan penuh penyesalan. Mungkin.
Tom dulu pernah
minat Atin. Atin baik. Kalau Tom bawak Atin ke rumah untuk ditunjukkan kepada
kedua ibu bapanya, soalan seterusnya yang perlu dijawab Tom adalah tarikh
perkahwinan mereka berdua. Tapi Atin lebih suka Aris. Dan bila Aris buat palat,
dia kini dengan Ismail. Dah 5 tahun masih
bersama. Itu bukti yang Atin juga setia orangnya.
Tom dulu pernah
minat Hana. Hana lebih tua 4 tahun dari Tom. Dari segi selesa, Tom cukup selesa
dengan Hana. Tapi Tom dengan Hana pernah bergaduh mulut dan mula tak bertegur
sapa. Bila Tom menyesal dan mahu minta maaf semula, Tom dengar khabar yang Hana
dah nak berkahwin dengan lelaki yang menjadi punca gaduh antara Tom dengan
Hana. Sekarang Hana sudah ada seorang anak perempuan yang comel.
Tom dulu pernah
minat Fara. Fara ni biasa-biasa. Tapi sifat Fara yang biasa-biasa tu yang buat
Tom jatuh cinta. Tom dan Fara tak pernah berbual panjang ataupun keluar
bersama. Lebih kepada secret admired. Itupun sebab Fara ni senior Tom. Dan, Tom
jugak gemuk orangnya. Tom jadi segan dan tak pernah nak tegur panjang. Habis
kuat pun cuma senyum bila mata bertentang. Itupun dah boleh buat Tom senyum
panjang. Segan Tom sampai Fara sudah habis belajar dan Tom masih lagi di
Universiti yang sama. Hubungan “tak rasmi” itu pun terpisah secara sendirinya.
Tom pernah minat
Nisa. Nisa ni cantik. Tahap Tom kenal Nisa dari Nisa seorang Freehair, kepada
gadis acah-acah bertudung sehingga kini menjadi seorang muslimah. Kira sebelum
Nisa jadi baik alim pun Tom sudah kenal dengan Nisa. Tapi Nisa tak pernah
respon dengan cinta Tom, LANSUNG. Tom tak pernah cakap direct. Dia pemalu. Tapi
hint dari Nisa pun Tom tahu yang Tom takkan mungkin ada peluang. Masa tu jugak,
Tom tahu yang kekasih Nisa adalah seorang pemain ragbi. Tom makin down bila Tom
ternampak badan sendiri dekat cermin.
“Habis tu, Rose tu dulu masa kau mula-mula
nak couple, kau tak minat dia ke?” tanya Rizal. Tom tak boleh jawab.
Jadi sebabkan teori
Tom tu, Tom cuba jugak nak apply tempat
praktikal yang sama dengan tempat Sara kerja. Supaya dia boleh tahu adakah
teorinya itu benar. Dengan pengesahan teori itu, bolehlah dia kahwin kelak
dengan senang hati tanpa penyesalan. Fikirnya.
Tom mungkin sudah
makin kacak. Mungkin sudah makin hensem. Sebab baru lepas dua bulan Tom
praktikal, Tom sudah dapat tambat hati Sara. Kesian Rose. Masa Tom katakan yang
hubungan cinta mereka sudah berakhir, Rose menangis seolah tiada hari esok. Tom
tahu tangisan Rose masa tu bukannya tangisan meminta simpati. Tangisan Rose
lebih kepada kecewa kerana berkecai harapannya untuk menjadi seorang isteri. 5
tahun mereka dah pernah bersama, takkan la Tom tak boleh cam tangisan bekas kekasih
sendiri.
Dan terus, Tom dan
Sara bersama. 3 tahun berlayar cinta. Tom bahagia. Sangat bahagia. Mulanya.
Sehingga masuk tahun ke 4, Tom mula rasa lain. Tom jadi gementar bila Sara ajak
Tom berkahwin. Sara kata usia mereka bukan makin muda. Tom akur. Tapi dalam
akur tu, Tom tetap macam tak rela.
Masa Tom baring
memikirkan adakah ini hubungan yang dia mahukan, berkahwin dan menjadi bapa
kepada anak-anaknya bersama Sara nanti, dia terfikirkan semula akan teori
bangangnya tentang perasaan cinta yang tersangkut.
Terus, Tom
teringatkan kembali dosanya pada Rose.
Sesungguhnya Tom cuma
seorang lelaki yang tamak.
Chapter 2
9 comments:
ouh...
tom kawen je dgn sara.
atau mgkin rose.
kejam...
Tak, Tom bukan tamak. Tapi LOSER.
Sekian :)
Rapunzel : Bukan. Dia cuma tamak.
Anon : Tak. Dia tamak.
kesimpulannya? tom hanya dpt dari jauh jelah? sbb mmg tak pernah dpt pun..? kikiki..
Tak tak.........
Tom...seme pompuan ko nak?
Tolong jangan lalu depan aku...
agagaggaa.....
i know who u are tom...
long time no see :)
Cik Muda : *elak dari lalu depan*
Anon : Tak mungkin awak boleh kenal Tom tu siapa. :)
Cik Muda : *elak dari lalu depan*
Anon : Tak mungkin awak boleh kenal Tom tu siapa. :)
Post a Comment