Kita lupakan sejenak kisah Tom yang tamak tu,
Ini kisah Tom masa nak pergi sebuah temasya
sukan anjuran pengguna Twitter di Kuala Lumpur. Dari Johor hendak ke Kuala
Lumpur, maka haruslah menaiki bas express bukan?
*******
Tom rasa bersalah.
Bila bas berhenti di R&R, Tom cuba hendak
keluar dari tempat duduk. Tom terasa menyesal sebab duduk kerusi yang belah ke
dalam. Dan orang ditepinya boleh tahan gergasi. Masa Tom hendak keluar, pahanya
tergesal pada beg yang tergantung pada belakang kerusi. Tom cuba rentap pahanya
dan begitu juga tali beg yang tergantung itu. Terentap.
Mungkin. Sebab dalam bas masa tu masih separa
gelap. Lampu masih tidak dibuka sepenuhnya lagi. Tapi Tom nampak yang tali tu
memang seolah sudah terputus dua. Dan juga orang berbadan besar di sebelah Tom
itu terjaga jugak dari tidur. Dalam mamai mamat tu, Tom nampak mamat tu
terbelek-belek beg yang “terentap” tu. Dalam gelap.
Tom turun dan menuju ke tandas untuk tujuan
asal. Kemudian, Tom pergi ke lori yang menjual makanan sambil menjeling
kalau-kalau ada beg plastik. Ada. Dan Tom mula memandang pada makanan di lori
tersebut. Apa yang hendak dibeli supaya dia boleh dapat beg plastik yang paling
besar fikir Tom. Tom capai sebungkus Cheezels dan menghulurkan pada penjual.
Walaupun usahanya hampir gagal sebab beg plastik yang ditarik oleh penjual
adalah kecil, namun Tom dapat jugak beg plastik besar. Itupun selepas kena
gelak dengan penjual sebab gunakan taktik seperti dinyatakan oleh penjual
sebagai “entahapapa” bagi mendapatkan plastik besar.
Tom naik ke atas bas semula dan mula risau.
Tom fikir ayat apa dia nak cakap dengan lelaki badan besar itu. Tom fikir,
takkan nak cakap sorry je dan hulur plastik macam gitu je. Seingat Tom tadi,
lelaki tu pakai baju melayu hitam berkain pelekat dan memakai serban. Tom fikir
ah sudah. Tom mana reti nak cakap arab.
Sampai saja Tom di kerusi, Tom tak nampak lagi
beg yang tersangkut di belakang kerusi tu. Kali ni lebih jelas sebab lampu
dalam bas sudah dibuka sepenuhnya. Beg tu pun lansung Tom tak nampak di
mana-mana. Tapi Tom nampak ada beg galas besar yang diletakkan di tepi kerusi.
Fikir Tom, mungkin sudah dimasukkan ke dalam beg galas.
Tapi sekarang, Tom lebih yakin yang beg itu
sudah terputus talinya.
Dan hakikat itu yang menguatkan lagi perasaan
Tom bahawa dia memang sudah bersalah.
Chapter 3
1 comment:
tom minta maaf?
Post a Comment