Monday, 6 October 2014

Mary, Konvo Dan Perangai Aku Yang Kadangnya Entah Apa-Apa.




“U nak I pergi konvo u ke tak?” tanya Mary untuk kali yang akhir.
*******

14 hari sebelum itu.

22/9/2014

“I dah tahu dah tarikh konvo i” bbm aku ke Mary dengan penuh rasa excited tahap melampau.
“Bila?”
“12 oktober 2014”
“U nak I datang tak?”
Well, kekasih hati pengarang jantung, hadir pada hari paling bermakna dalam hidup, dianugerahkan dengan kejayaan yang penuh epik dan mampu mengundang tangis akibat daripada usaha 4 tahun. Orang gila je kata taknak.
“Nak la. Tapi ikutlah. Kalau u nak datang, boleh je nak datang”
Kenapa aku jawab macam tu. Semuanya diatas dua faktor. Jarak perjalanan dan kengkangan pergerakan. Aku konvo dekat Johor. Dan Mary berada di Puchong Selangor. Untuk perjalanan biasa yang bermula dari TBS, ianya akan mengambil masa selama 3 jam tepat. Tak lebih dan tak kurang. Kau bayangkan dia semata nak kena tempoh perjalanan selama 3 jam pergi dan balik hanya untuk datang lihat aku berkonvo. Tu belum lagi nak kena naik bas untuk datang dari Batu Pahat ke Parit Raja. Lebih kepada aku kesian. Aku risau jugak dia penat.
Dan sebenarnya, boleh je dia tumpang ibu aku yang turut sama hadir pada majlis konvo. Tapi, aku risau situasi jadi awkward. Ye la. Mary bukannya seseorang yang ada hubungan sah lagi dengan aku. Baru berpangkat kekasih. Kalau dah pangkat bertunang, aku dah wajibkan dia datang. Gila apa tak datang pada hari penting tunang dia. Karang aku buat perangai tak datang pada hari penting dia karang (Majlis Perkahwinan kami) ha baru gelupor dia.
Tapi tu la. Pangkat kami cuma pasangan kekasih.
“Ok, I apply cuti then masa hari tu”
Oh, dan yang pasal dua faktor tu, aku still tak terangkan dekat dia.
*******

28/9/2014

“U, nanti kiranya u nak I gerak dengan parent u ke macamana? How transport? U punya sesi dekat sesi ke berapa? Confirm ya Ahad?” BBM Mary kepada aku.
“U, we need to discuss about this. Let’s meet up”
Dan, pada saat keluar makan malam tu aku terangkan segala kegusaran yang ada dalam hati dan fikiran aku. Kebanyakkannya dia mengangguk. Faham mungkin.
“So how? Right now its about u my dear. U nak I datang tak?” tanya Mary sambil senyum.
Masa tu, aku lebih rasa tak perlu.
So, korang tahulah apa jawapan dia.
Pertemuan diakhiri dengan pemberian jawapan yang aku menyesal di kemudian hari.
Tapi malam tu, aku masih lagi tak tahu.
*******

30/9/2014

“Well, aku cakap tak perlulah datang sebab kau bayangkan lah. Baru bercouple. Karang awek aku tu buat gila dia nak bergambar sekali dalam gambar aku konvo. Kalau tunang lain cerita. Ni couple. Gambar yang diambik tu nanti nak tampal dekat dinding rumah. What if hubungan kitorang tak panjang. Tak ke mana pun. Terputus. Sampai mati orang tanya aku yang berdiri dalam gambar tu siapa? Penat weh nak jawab” terang aku panjang lebar kepada Hadib dan Zack. Oh ya, Hadib dan Zack merupakan antara kawan kelas aku yang sambung Master. Yang lain semua lebih gemar membina kerjaya.
“Kau tak boleh la assume dia macam tu” ujar Hadib
“Apsal?”
“Takde. Kalau dia matang, dia akan pilih untuk tak join dalam gambar. Tu je.”
Tepat masa perbualan nak jadi serius, bihun goreng daging aku sampai.
Well, dalam segala hal pun perut tetap akan mendahului.
*******

2/10/2014

“Bawaklah dia datang Mikael. Nanti boleh sekali pergi dengan Anis tengok korang konvo. Anis boleh je ambik dia dekat Bus Stop Batu Pahat tu” ujar Anis, kekasih Hadib. Excited dia satu macam betul.
“Beriya nak ambik dia ni apsal? Tu pakwe tu nanti naik pentas time konvo siapa nak tengok?”
“Ala, itu dia la. Orang berkejar la nanti. Sempat punya. Sesi pukul 12. Tu belum tentu pukul 12 pun startmya. Suruh ya nanti dia datang. Boleh temankan kita”
Dalam kepala aku fikir apa benda logiknya nak berteman pulak. Lepas dah ambik scroll, mesti keluarga aku dengan keluarga aku. Keluarga Hadib dengan keluarga Hadib. Berteman celah mana.
“Ajak tau!”
“Ha, yela. Nanti orang bagitau dia.”
*******

3/10/2014

“What? Awek Hadib beriya nak I datang?”
“Yes”
“Apsal pulak?”
“Saja nak suruh teman dia sekali. Nanti boleh jugak u teman I time konvo I tu” ujar aku tiba-tiba dengan penuh harapan menggunung nak dia datang.
“U nak I pergi konvo u ke tak?” tanya Mary untuk kali yang akhir.
“Boleh je kalau u nak datang”
“Hmmm, ok. Tengok la nanti cuti I macamana”
*******

4/10/2014

“Kau bawaklah awek kau time konvo. Sumpah tak menyesal. Aku serius” ujar Ifwat bersungguh.
Ifwat ni baru je habis konvo minggu lepas dekat UTeM. Dan, aku boleh nampak jugak kekecewaan dia masa dia bergambar pakai jubah dengan awek orang. Apakan daya, diri sendiri takde makwe. Memang jawabnya berkonvo lebih kepada bersama keluarga dan kekasih orang.
“Apsal kena bawak pulak?”
“Kau bayangkan. Semua orang bawak awek. Semua orang ada awek datang bagi bunga. Yang aku, mak aku yang belikan bunga. Tak sedih ke tu?”
“Ok la ada mak nak bagi” sambil cakap sambil jelling.
“Tak, tak. Kau tak faham. Bukan tak bersyukur. Cuma, kau bayangkan, setiap awek ada peranan dia masa pakwe konvo. Bagi bunga. Temankan dia. Best aku tak tipu. Kau pun, bukan ada banyak kali konvo pun. Aku risau kalau awek kau tak datang, kau berbulu je tengok orang lain ada awek bagi bunga dekat diorang. Tu je”
Pantas, sambil aku dengar dia bercakap, sambil aku capai Blackberry aku.
“U kalau nak datang konvo I, ok je. Heuheu”
“Mmm, ok ok. In Shaa Allah”
Dan bila aku hantar BBM tu, aku berharap ni. Aku berharap dia datang.
“12 Oktober tu, I cuti J
Kegembiraan yang aku rasa time tu, priceless.
*******

6/10/2014

Pulang dari gym, ini malam pertama aku balik jalan kaki. Gym dengan rumah, ada la berjarak dalam 5km. Terpaksa. Kereta dah aku serahkan kepada keluarga bagi memudahkan mereka untuk datang ke majlis konvo aku.
Gila jalan 5km sesorang. Aku pun telefon Mary.
“Hai, temankan I boleh? U tengah buat apa?”
“I baring” jawab Mary dalam suara paling mengantuk.
“Temankan i. I jalan kaki sorang. Takut. Hee”
“Sorang? U dari mana?”
“I dari gym. Sorang la. Teman boleh?”
“Boleh je”
“Hmm, macamana kerja hari ni? Ok? Ada cerita menarik apa-apa yang berlaku?”
“Takde apa-apa pun. Besok I cuti tau. Tak kerja”
“Oh, ok ok”
“Lepas tu Rabu depan I cuti. So, Ahad tu I kerja”
“Wait what? Ahad tu u kerja?”
“Ha’a”
“Kenapa?”
“Ada orang dia request. Jadi Ahad tu I kerja la. Rabu depan baru cuti”
Masa tu, kalau korang tekapkan telinga ke dada aku, korang boleh dengar yang hati aku tengah pecah berderai. Ahad tu, sama dengan 12 Oktober, sama dengan hari aku konvo.
“Oh, ok. Takpe. I faham.”
*Senyap 4 minit*
“U jauh lagi ke nak jalan tu? Lama lagi tak?”
Aku faham.
“Takpelah. Takpe. Sorry ganggu. Nanti I dah sampai rumah, I bagitau. Lama lagi ni nak sampai.”
“Ok”
Dan telefon diletakkan.
Aku?
Itulah 5km paling sayu yang aku pernah jalan dalam sepanjang 23 tahun aku hidup.

4 comments:

Unknown said...

mm.. aku dah komen kat twitter.
untung sabut timbul. untung batu tenggelam.

Unknown said...

har har har har. itulah hang mikael. kejap nak bagi dtg kejap taknak. kalau kata takdek jodoh hang photoshop jela gambaq tu wkakakaa

Mikael Sahaja said...

Ha Md : Keputusannya, untung mereput...

Ezan Idma : Kejam kejam nak ke mana sis Ezan? :')

PemilikCahaya said...

Kau cerita mcm aku sndiri sedang alaminya..haha sadis

Disclaimer

This is a personal blog and everything written on this blog, based on own and personal thought.

The owner of this blog did not responsible for any comments that made in the comment sections. The owner is only responsible by his name as written by the sections.

This web blog does not store any file on its server. All movies, software, form of files, pictures and any types of graphic forms that are posted on this blog are indexed from personal purpose only. For download-able form of files/software/etc, it's just for demo and must be deleted within 24 hours. You are agreed with this term as clicking the download button.

Any pictures, video and graphic forms, are not copyrighted as the date taken from the search engines. As if its copyrighted, all credit goes to the owner and i did not own the copyrights.

All of the graphics forms are linked with the original source. All of those pictures, video and graphic forms are not for any commercial use, i gain nothing for those forms of files.

Light 18sx contents.