“Banyak benda yang aku nak cerita ni” ujar Taufiq, birthday boy
ni excited satu macam bila jumpa aku hari ni. Mana tak excited. Kalau
kau aku bagi peluang nak makan apa pun mintak je. Aku belanja. Mesti
kau pun turut excited sama.
Mungkin
jugak kau peluk peluk aku erat erat tanda sayangnya kau pada aku.
Atau
mungkin juga setiap lawak yang aku buat kau akan ketawa macam tiada
lagi peluang untuk kau ketawa hari esok.
Tapi aku
tahu yang Taufiq ni bukan plastik. Lebih kepada tak pandai nak buat
plastik sebenarnya.
Selepas
memesan set Pizza Hawaian Chicken, aku memandang Taufiq seolah
memberi isyarat untuk memulakan bual bicara.
“So,
apa cerita Mary kau?” Taufiq bukak perbualan.
Aku diam.
Kemudian senyum buat buat.
“Macam tu la. Mana ada cerita apa apa. Nak macam mana lagi” Tak,
sebenarnya ada cerita dia. Panjang sikit. We’ll get into that.
Cerita 1.
(Selagi tak terluah)
“Hari tu aku date dengan Yan” ujar Taufiq
“Yan? Yan mana?”
“Yan. Crush aku masa Matrik. Yang aku minat sangat ke dia tu”
“Oh,
ingat. So, macam mana date?”
“Best. Dia pun boleh tahan jugak banyak bercakap.”
“Kalau dah minat, mintaklah couple dengan dia”
“Aku
takut dia tak suka aku”
“Perempuan ni, kalau dia tak tengok jam, dia tak asyik tengok
handphone dan jugak mata dia tak meliar masa kau tengah bercakap
membawa kepada dua maksud. Satu, dia respek kau. Dua, dia berminat
dengan kau”
“Berminat dengan aku?”
“Or
at least dengan benda yang kau cakap. Oh wait, siapa yang minta nak
balik dulu?”
“Sama-sama. But i think, aku yang cakap “Eh, dah pukul berapa dah
ni? Jom kita”. Ha, aku yang cakap dulu”
“Aku
rasa dia pun minat kau la. Try la minta couple dengan dia”
“Aku
takut kena reject la”
“Kalau kau takut, sampai bila bila kau tak tahu jawapan. Kau ingat
dengan pendam perasaan macam gitu perjalanan jadi mudah?”
“Biarlah. Dari aku terus hilang dia.”
“Lantak kau la. Jangan nanti bila umur kau dah 35, kau masih lagi
meratap sambil tengok gambar perkahwinan dia 10 tahun yang lalu.
Sebab bagi aku, kalau ada soalan perlu ditanyakan jawapan. Jika suka,
katakan suka. Jika tidak, katakan tidak. Kau kena tahu, cinta
sebenarnya mudah. Yang menyukarkannya hanya manusia.”
“Ah
kau. Bab nasihat orang cukup pandai”
“Mana ada tukang gunting yang pandai guntingkan rambut dia sendiri”
Kan.
Betul tak aku cakap?
Cerita 2.
(Kalau dah tak suka)
“Budak Soksek buat reunion”
Aku
angguk.
“Ha,
tahu. Kan kau dah chat aku tanya aku nak pergi ke tak. Malas la.
Kitakan budak batch baru. Mana boleh ngam dengan circle diorang.”
“Ye
tak ye. Tu la. Kalau kau ni dah dibenci, kau buat apa pun orang tak
suka”
“Yarr, i know that. Kau ingat lagi Si Pazlee masa kelas hari tu.
Kan dia tu orang tak suka sangat”
“Apsal entah orang tak suka dia?”
“Dia
kantoi melancap dalam tandas. Lepas tu tersebar la berita tu bagai.
Walhal aku rasa semua orang pernah melancap dalam tandas tu”
“Aku
tak pernah”
“Aku
pun”
Terdiam 5
saat.
“By
the way, after that kau ingat tak yang dia pernah offer diri nak
tolong masa hari sukan. Time tu memang AJK sukan tak cukup orang.
Punya tolak bantuan dia pasal dah benci kan. Padan muka jugak la
bebudak AJK sukan time tu tak cukup orang”
“Wait, takkan sebab tu je? Pasal melancap dalam tandas je?”
Aku kerut
dahi berfikir.
“Entahlah. Macam ada benda lain dia buat tapi tak ingat. Kisah
melancap tu je paling melekat”
“Oh.”
Aku hirup
Pepsi aku. Perlahan. Sungguh. Memang aku tak ingat kenapa dia betul
betul dibenci. Tapi yang pasti, aku dengan si Taufiq ni pun turut
benci dia jugak.
Cerita 3.
(Memori zaman kegemilangan)
“Kau
tahukan sebenarnya bila orang upload gambar, diorang rindukan situasi
tu. Dan kalau boleh, diorang nak kembali semula ke zaman di mana
diorang disitu. Mungkin ada kesilapan yang diorang buat Ataupun zaman
tu zaman yang dia nak ulang semula.”
“Kau
cakap pasal siapa siak? Aku ke? Aku mana pakai gambar lama!” aku
terasa pasal aku memang
susah nak mati untuk move on. Ah kau.
Jangan nak ketawakan orang sangatlah.
“Bukanlah. Aku cerita pasal bebudak yang aku stalk profile dia
la”
“Uuu, Stalker”
“Ah
kau, macam tak pernah stalk orang.”
“Kau
stalk siapa?”
“Megat. Kau jangan cakap aku gay. Memula aku stalk Tasha, lepas tu
aku nampak dia comment gambar Nadrah. Aku stalk Nadrah. Lepas tu aku
nampak dia like status Omeng, aku bukaklah profile Omeng. Lepas tu
aku nampak Omeng kena tag dalam gambar. Gambar tu Megat punya. Megat
pakai gambar masa dia Matrik tu. Masa tengah slim. Gila apa pakai
gambar 4 tahun lepas.”
Cycle of Stalk. Sedar sedar kau dah stalk benda bukan bukan.
“Oh,
macam si Megat tu kau tengok la balik masa dia dekat Matrik. Tu kan
zaman kegemilangan dia. Punya playboy. Semua orang cop dia budak
pandai dan hensem. Kau sebut la satu nama perempuan yang tak cair
dengan dia”
“Lisa tu”
“Lisa tu Lesbian, bodoh. Dah la kantoi dengan aku tengah cium Zana
dekat belakang makmal”
“Kau
buat apa dekat belakang makmal?”
“Kan
kalau nak pergi date dengan Yanti dekat Kelas Tutor, kena lalu
belakang Makmal”
“Tak
payah pun takpe. Kau ni yang nak lalu jalan sembunyi sembunyi. Nampak
sangat nak beringan-ringan tanpa diketahui khalayak”
“Diamlah. The point is macam kau cakap tadilah. Kalau pakai gambar
gambar lama ni, tanpa sedar kau rasa nak kembali semula ke masa
kegemilangan kau.”
“Aku
tahu point aku berasas” ujar Taufiq bangga sambil mengambil
potongan Pizza yang kedua.
Cerita
dia memang aku takde niat pun nak beringan dengan Yanti dekat kelas
Tutor. Aku memang suka nak jalan ikut situ. Masa aku nampak Lisa
dengan Zana tengah cium tu, memang Taufiq la orang pertama aku cari
nak bercerita. Semua aku cerita detail. Cuma yang aku tak cerita dua
hari lepas aku nampak diorang cium, Lisa offer nak cium aku pulak
supaya aku tutup rahsia dia. Aku tolak. Sebab time tu aku dah ada
makwe. Eh, tolak bukan sebab berdosa yek. Jahanam betul aku.
Cerita 4.
(Bukan kau sorang)
“Kau
tahu tak..” kata Taufiq sambil mengeluarkan Iphonenya
“Apa?”
“Kau
la orang pertama ucapkan untuk aku selamat hari jadi through message.
Sedih sial sebenarnya hidup seorang ni. Rasa lonely”
“Aku
pun sama”
“Tipulah. Kau ada awek kot. At least akan ada seorang ucapkan untuk
kau”
“Rilek la. Kau nak berapa ramai ucapkan happy birthday untuk kau.
Aku pun tak ramai orang ucap”
“Tipu la. Aku rasa cara kau meraikan harijadi kau mesti superb dan
fun”
*******
“Nak
lepak lagi ke?” ujar aku lepas habis bayarkan bil Pizza Hut dekat
kaunter.
“Macam menarik”
“Kau
baliklah. Kan adik kau nak surprisekan kau dengan Sushi.”
“Tapi tak puas siak berborak dengan kau”
“There still tomorrow. Agak agak nak lepak, Whatsapp la gua”
Taufiq
akur. Lepas shake lebih kurang dari atas motor, aku biarkan motor
Taufiq mendahului aku.
Kelakarnya
bila kadangnya kau rasa hidup kau dah habis lonely,
Sedangkan
ada orangnya yang takde pun kekasih lagi.
Macam aku
ni lain pula kisahnya.
Kadang
kadang aku pun confuse sama ada aku ada kekasih ke tidak ni
sebenarnya.
Jahanam.
Sunway
Pyramid