Sunday, 28 June 2015

Sebelum tidur, maafkanlah semua orang.


Aku ada dengar seorang pakar motivasi ni. Dia kata kalau nak hidup tu rasa lebih tenang, setiap malam sebelum tidur tu, maafkanlah semua orang. Ampunkan semua dosa orang yang pernah buat dekat kita. Bila kita tidur malam tanpa ada rasa dendam pada sesiapa, kita takkan rasa tertekan sebab kita dah buang sifat negatif dalam diri. Automatik, perasaan jadi tenang dan tekanan pun hilang. Aku ambik nasihat tu bulat-bulat.
Lepas aku tutupkan lampu bilik, aku berbaring dalam selimut dan mula memandang siling.
Ok, aku nak maafkan semua orang. Semua orang yang pernah buat dosa dekat aku.
Kecuali si Faris tu,
Sebab aku sampai bila-bila pun takkan boleh maafkan dia yang senang-senang hati merampas gadis yang paling aku sayang dan kau tinggalkan dia dalam keadaan dia terkapai-kapai. Kau bayangkan, orang paling aku sayang tu di ayam-ayamkan je oleh manusia durjana. Dah la merampas dia dari tangan kau, tak dihargainya pulak. Kalau kau, kau tak berdendam ke?
Dan jugak si Masyitah tu,
Sebab dialah satu-satunya lecturer yang paling poyo aku kenal sepanjang hidup aku. Dia bajet dia hot agaknya. Sampaikan orang nak minta nombor phone dia atas dasar mudah la nanti nak tanya pasal kelas ke, kuliah ke, dia boleh bantai kata “Taknaklah, nanti awak ambik nombor saya, awak mengorat saya pulak. Saya dah ada suami tau” dan aku macam what the heck? Kau ingat orang suka kau ke? Sebab dia jugaklah pointer aku jatuh teruk sem tu. Binawe.
Dan jugak si Syahmin tu,
Sebab aku pernah minta tolong dia pegangkan handphone aku, tak sangka kau khianat aku dengan cara kau tukarkan bateri handphone aku yang original tu dengan bateri ciplak handphone kau. Untuk apa kau khianat aku macam tu? Dah la tu, kau malukan aku depan orang bila aku minta balik bateri tu. Memang sampai matilah aku tak ampunkan.
Heh.
Dalam keadaan hati aku yang macam ni pun aku masih lagi nak rasa pelik kenapa hati aku susah nak tenang.

*tutup mata*

Friday, 26 June 2015

Sembang Pelir.



   “Paling pantang aku benda ni la. Benda lebihkan awek dari kawan sendiri ni.” ujar Azim marah marah. Kami nak main badminton. Sebabkan kawan kawan kami yang jenisnya masih lagi nak bersukan walaupun umur dah 24 tahun dan ke atas ni tak ramai, maka kalau ada yang hilang-hilang ni memang betul punya boleh buat impaknya terasa.
   “Kan Naim dah cakap hari tu, dia tak confirm. Dia dah janji dengan awek dia dah berapa lama dah dia kata hari tu,” cakap Faiz cuba backup Naim.
   “Heh, jadi lelaki kalau tak berguna macam tu la. Awek cakap semua nak ikut. Bodoh. Esok suruhlah awek dia tu usung dia pergi kubur bila dah meninggal esok!”
   “Wah,marah betul kau Azim. Chill la. Macamlah kau takde awek.” betah aku. Saja je acah acah back up Naim. Takde kerja kan.
   “Minta maaf. Aku memang takkanlah nak mungkir janji sebab awek. Benda kita dah plan lama kot benda ni. Aku pegang ideologi bahawa Bros before hoes. Aku takkan lebihkan makwe dari kawan kawan aku sendiri. Ini penting. Lelaki yang bagus adalah lelaki yang kuat pendirian dan tak tunduk pada kehendak makwe dia semata!”
   Mungkin sebab bila Azim bercakap, semua malas ambik port sambil masing masing start acah-acah pukul shuttle, Azim pun stop.
   Sudahnya hari tu, kami main dari pukul  9 sampai 10 setengah tu 5 orang sambil berganti penat. Naim ada jugak datang last last tu nak main. Dapatlah dia main satu set macam tu. Tu pun main sambil pedih telinga menahan perlian Azim yang tak habis habis ungkit kejadian tadi.
   “Rabu depan, kita main lagi. Dan kali ni, tolong jangan buat perangai nak akur sangat dengan awek tu. Tolong. Kita dah bagitau awal ni.”
   Arahan Azim tu diambil endah tak endah oleh semua. Dah aku confirm confirm lah boleh datang. Bukan kata awek, habuk awek pun aku takde. Eh tiba-tiba rasa nak menangis pulak.

Rabu depan.
   “Azim mana? Bukan dia beriya yang plan ke?” tanya aku pada Faiz
   “Azim kena teman awek dia tengok wayang. Pitch Perfect 2. Awek dah beli tiket. Terpaksa.” jawab Faiz bersahaja.

   Pelirlah kau Azim. Sembang macam ponen. Pergi mereputlah sana dengan ideologi bro before hoes apa jadah bangang kau tu.


Sunday, 3 May 2015

Bila si Ayah mula bersuara.




     24/4/2015 (Jumaat)

   “Jom minum kejap dekat kedai tu” ujar Ayah tatkala baru keluar dari Kedai membeli sekotak rokok.
   Kau taulah lepas Solat Jumaat, dengan panas berdeting, bahang serupa api ada dekat tepi muka, benda yang tercatat dalam To Do List selepas ni seharusnya “Balik, bukak baju dan baring malas depan kipas.”
   “Malas la. Takpe kot”
   “Eh jomla minum. Taknak ke?”
   “Taknak la. Takpe kot”
   “Eh minum minum. Jom. Parking dekat tepi gerai tu. Minum. Kejap je”
   Hmmm.

   *******

   “Mikael dengan Mary tu apa cerita? Still kawan lagi ke?”
   Oh, I really didn’t see that coming.
   Ye la, empat tahun ke hulu ke hilir sama-sama. Setiap kali raya datang rumah beraya sama-sama. Siap bawak datang masa ada saudara datang rumah siap perkenalkan dekat Makngah Makteh apa semua, tup tup hilang tak berjumpa. Ayah mana yang tak pelik yedak?
   “Kitorang kawan je Ayah”
   “Ye la. Ayah tahulah kawan”
   “Kawan je. Takde apa apa dah.”
   Ayah aku tarik nafas dalam-dalam.
   “Takpelah kan,Nak buat macamana tak berjodoh yedak?” ujar Ayah. Datang pelayan letak Nescafe suam depan Ayah dan limau ais depan aku. Cepat-cepat aku capai nak minum. Haus. Bahang gila kot petang ni apsal entah. Karang kalau air limau ni tak masuk, mahu air yang keluar (Ha'a. Air mata. Dah diam)
   “Ayah, takdelah menyokong pun tak, menghalang pun tak benda ni. Ye la, dalam saudara kita mana ada yang kahwin dengan orang Negeri Sembilan”
   “Mary orang Melaka la ayah”
   “Sama la tu. Negeri Sembilan, Melaka ni adat pepatih dia kuat”
   Kau tahu, aku sebenarnya tengah separa terkejut ni. Memang dulu Ayah ada cakap kalau boleh jangan kahwin dengan orang Negeri Sembilan. Tak sangka pulak dia betul-betul serius masa cakap benda tu. Ish, rugi benar rasanya. Gadis Negeri Sembilan ni dah la ramai comel comel.
   “Ayah punya ayah, punya sepupu. Kahwin dengan orang Negeri Sembilan. Bukannya anak sulung pun. Tapi, bila kakak kakak dia dah meninggal, last last jadi dia yang paling sulung. Dah dia kena balik sebab nak jaga rumah apa semua. Pasal yang perempuan ni dia macam jadi ketua. Padahal tinggal dekat KL elok je bertahun-tahun. Terus balik Negeri Sembilan. Tu ada yang cakap, kalau kahwin dengan orang Negeri Sembilan ni, memang sehelai sepinggang la pergi dia. Semua dia angkut bawak balik. Garang pulak tu”
   Aku telan air liur. Seram jugak ni cerita ni.
   Tapi, kalau ikut pengalaman lampau aku, memang orang Negeri Sembilan ni semua garang. Macam singa lapar.

   *******

   “Satulah Ayah nak pesan, jangan bagi orang harapan. Tak baik”
   “Takdelah. Mikael dah cakap dah kawan je”
   “Siapa yang cakap?” Tanya Ayah sambal tersenyum. Jahatnya senyum tu. Senyum nak korek rahsia.
   “Mikael yang cakap”

   *******
   “Ayah dulu sebelum dengan ibu, banyak jugak sejarah. Tapi, ibu dah sayang Ayah” kata Ayah sambil gelak-gelak kecil. Hmm, apsal la perangai power ayat perempuan yang ayah aku ada tu taknak pulak turun ke aku ni?
   “Cuma tu la, jangan bagi harapan dekat orang. Tak baik. Nanti orang sakit hati, tu yang sampai kena bomoh, kena khianat tu sebab sakit hati la tu”

   Aku angguk. Faham.
   Pelan-pelan dalam hati, aku berdoa agar aku dapat benda yang baik-baik.






   Dapat ilmu power dalam mengayat gadis pilihan misalnya.
   Hihu.

Disclaimer

This is a personal blog and everything written on this blog, based on own and personal thought.

The owner of this blog did not responsible for any comments that made in the comment sections. The owner is only responsible by his name as written by the sections.

This web blog does not store any file on its server. All movies, software, form of files, pictures and any types of graphic forms that are posted on this blog are indexed from personal purpose only. For download-able form of files/software/etc, it's just for demo and must be deleted within 24 hours. You are agreed with this term as clicking the download button.

Any pictures, video and graphic forms, are not copyrighted as the date taken from the search engines. As if its copyrighted, all credit goes to the owner and i did not own the copyrights.

All of the graphics forms are linked with the original source. All of those pictures, video and graphic forms are not for any commercial use, i gain nothing for those forms of files.

Light 18sx contents.