Thursday, 9 April 2015

Masalah paling ketara bila putus cinta.



   Masalah paling ketara bagi aku bila kau putus cinta ni adalah kau tak tahu kau boleh sayang orang lain sebagaimana kau sayang cinta kau yang lepas ke tak. Atau mungkin, kau tak pasti tahap kepercayaan yang kau nak bagi tu sebanyak mana. Nak bagi 1% pun kadang rasa goyah.

   Sebab mungkin sebelum ni kau rasa kau dah bagi all out. 100 and 10 percent. Everything yang dia nak, kau cuba bagi dalam keadaan sehabis baik. Kau ambil tahu pasal dia. Pantang ada masa lapang, masa itu digunakan untuk membayangkan masa depan yang bakal dibina. Perancangan hidup kalau berbual berdua dah banyak masuk soal kahwin, anak, rumah, kerjaya.

   Lelaki jarang nak serious dalam relationship. Tapi, bila dia dah serious, dia akan start cerita dan fikir benda benda macam tu.

   And, you start give up on certain things that you really like before. Sampai bila nak jadi budak kan?
   Games.
   Comic book.
   Action figure.
   Lepak borak kosong dengan kawan.
   Hang out at mall.

   Semua semua. Yang kau (atau dia. Mostly, dia) fikir tidak elok untuk masa depan yang bakal dibina, kau tinggalkan. For better future, you better start early.

   Bila kau dah buat semua semua tu, kau tetap harapkan something. At least dihargai. Didatangkan dengan ucapan terima kasih mungkin. Tak perlu sampai bagi sijil penghargaan. Tak perlu sampai bagi majlis penganugerahaan.Terima kasih, dan senyum yang kata semuanya ini sudah ok. Itu saja.

   Tapi, Ășntuk semua pengorbanan tu, yang kau dapat hanya satu dialog;

   Its just not enough.



   Dan pernyataan tu, terus terang buatkan hati kau,

   hancur.

Sunday, 15 March 2015

Apa khabar Mary...sebenarnya?





This happen exactly 16 days ago.

*******

“Kau dengan Mary ni macamana sebenarnya?”

“Macamana macamana apa?” tanya aku balik. Sebenarnya agak kurang sopan sebab aku jawab dalam keadaan mulut penuh. Sedap kot roti kaya dekat Kluang Railway ni. Aku syak dia letak dadah. Ni kalau aku tengok diri aku sendiri ni, mahu aku pun geli.

“Memang nak cakap dengan mulut penuh ke? Tak reti nak telan dulu? Geli bodoh.” marah Hadib. See, I told you.

“Still tak contact.” jawab aku ringkas. Hati aku sakit nak jawab full length pun malas.

Untuk pengetahuan, last aku rasa ada whatsapp-whatsapp yang berbentuk hubungan cinta dalam bulan 11 hujung tahun lepas. Semenjak dari waktu itu, aku takde lagi terima mesej apa pun dari dia yang berbentuk perkhabaran. Sihat ke. Dah makan ke. Macamana kerja ok ke tak. Takde lansung. Dulu rajin la jugak kalau aku terlelap sebelum call waktu malam, dia akan call balik. Sekarang ni, No. Sunyi macam gitu. Dan ini sudah hampir masuk bulan 3 tahun 2015.

“Jadi, apa status kau dengan dia? Still couple ke tak?”

“Aku tak tahu.” jawab aku ringkas lagi. Sebenarnya aku dah start sakit hati balik tu. Kalau kau, saling tak contact sampai berbulan-bulan, hati kau tak merajuk ke?

“Kau kena clearkan benda ni Mikael. Contact la dia. Clearkan”

Aku buat muka pelik dengan cadangan Zack tu. Dan aku rasa, Zack dengan Hadib ni memang dah berbincang panjang pasal aku dengan Mary. Fuck buat pillowtalk tak ajak aku.

“Ok, sekarang ni bagi aku, Mary tu babi. Dia tak contact kau. Dia tak cuba nak reach kau lansung. Takde. Kau jadi macam, entah aku tak tau nak cakap. Teraniaya? Sebab kau dibiarkan macam tu. Dan benda ni buat kau fikir yang oh, Mary dah tak minat dengan hubungan ni dan aku nampak yang kalau kau dengan dia putus pun, kau takde masalah. Sebab kau dah ready dekat suface in case anything happen. So, Mary tu babi.” terang Hadib panjang lebar.

Aku angguk faham.

"Sekarang cuba imagine yang Mary masih belum lagi move on dari kau. Sampai saat ni,
 dia still anggap kau dengan dia adalah couple.
 Dia still lagi berharap kau nak masuk meminang dia.
Dia still lagi tengah berusaha kumpul duit untuk kahwin dan tengah tunggu kau masuk melamar dia. Dia still lagi berharap.
Tatkala kau macam dah anggap hubungan ni dah lama habis so kau tak declare apa-apa, in the same time, dia masih lagi berharap pada kau. Kalau benda tu yang jadi, sorry to say Mikael, kau tu yang babi.”

Ni kalau drama melayu, aku dah tersembur air. Effect terkejut. Tapi ye la, tak cukup dengan bercakap sambil mulut penuh takkan aku nak tambah dengan sembur air pulak ye tak?

“So, kalau aku just Whatsapp dia ok kan?”

“Up to you. Asalkan, antara korang boleh kasi clear.”

*******

Aku capai Note 4 aku buat kali yang ketiga. Tarik nafas dah banyak kali dah ni. Tapi, tak tertekan send lagi whatsapp ni. Ok, kali ni lah!

“Hi, sorry ganggu. I nak tanya. Apa status hubungan kita ni ya?”
Send.

Aku letakkan Note 4 aku ketepi.

Pling!

Notification Whatsapp sudah masuk.

*******

“Bro, breaking news!” jerit aku pada Zack yang tengah mengadap laptop.
“Apa dia?”









“Aku adalah babi!”

Wednesday, 11 February 2015

Doa yang dimakbulkan.



   Bodoh tau Nizam ni. Bodoh.
   Kenapa aku cakap dia bodoh? Ok macam ni.
   Aku dekat mamak, pukul 9 malam. Kalau kau biasa lepak mamak, kau taulah waktu tu memang waktu puncak untuk mamak ramai. Dan oh, hari ni hari Sabtu. EPL game baby. Dah boleh bayang tak ramainya macamana?
   Dan si Nizam ni boleh bantai menangis, tersendu-sendu.
   Apa la orang fikir ni karang. Aku yang jantan menipu jantan yang lain? Fuhh. Jangan la ada yang report ke ibu aku ni karang.
   "Kau tak faham Mikael"
   "Tak kisah la aku faham ke tak, tapi boleh tak nangis kau tu perlahan sikit? Babi, orang pandang la bodoh!"
   Nizam cuba la kesat sikit air mata dia. Cuba ya. Sebab aku tengok macam nak taknak je ngesatnya tu.
   "Tak, kau tak faham. Cuba kau bayangkan ya Mikael" Laaa pulak suruh bayangkan. Hmm susah ni.
   "Aku bercinta dengan dia dah berapa lama? Bukan sekajap tau. 3 tahun! 3 tahun tau tak!"
   "Slow suara tu babi. Slow"
   "3 tahun tau tak. Tup-tup, bila dah masuk belajar dekat UUM, entah kenal dengan jantan kaya mana entah, straight tinggalkan aku. Apa, tak bernilai ke cinta aku ni pada dia?" ujar Nizam macam berbisik.
   "Well, orang mestilah pilih yang lagi elok kan? Eh.." aku tau aku salah cakap ni. Sebab Nizam sambung nangis lagi. Bodohnya lelaki sendu teruk depan orang ramai sebab perempuan.
   "Dah takde jodoh. Nak buat macamana. Kau pun satu, kalau dah 3 tahun bercinta kenapa tak minta doa kepada Allah? Ada berdoa mintak?"
   Fuhh Nizam muka dia masa aku cakap pasal doa, ada tertulis dialog "Eh tolong sikit ek, aku buat hokayh!"
   "Eh, tolong sikit eh, Aku buat tau tak!"
   Kahkahkah. Betul sial.
   "Aku setiap kali aku solat, aku berdoa tau tak!"
   "Kau doa apa?" tanya aku pada Nizam.
   "Aku doa "Ya Allah, kalau dia bukan jodohku, kau jauhkanlah dia dariku. Namun kalau betul dia jodohku, kau permudahkanlah segala urusan. Janganlah kau sulitkan segala usaha kami untuk menghalalkan perkara yang dulunya haram." Aku doa macam tu! Aku siap hafal lagi tau tak!"
   "Serius? Kau doa macam tu?"
   "Ye la!"
   Aku tersenyun.
   "Kau rasa, Allah dah jawab belum doa kau tu?"
   Nizam terdiam sekejap. Berfikir.
   Lepas tu straight aku panggil mamak suruh kira.





   Sebab Nizam bodoh ni dah start hentak-hentak kepala atas meja macam orang gila.

Disclaimer

This is a personal blog and everything written on this blog, based on own and personal thought.

The owner of this blog did not responsible for any comments that made in the comment sections. The owner is only responsible by his name as written by the sections.

This web blog does not store any file on its server. All movies, software, form of files, pictures and any types of graphic forms that are posted on this blog are indexed from personal purpose only. For download-able form of files/software/etc, it's just for demo and must be deleted within 24 hours. You are agreed with this term as clicking the download button.

Any pictures, video and graphic forms, are not copyrighted as the date taken from the search engines. As if its copyrighted, all credit goes to the owner and i did not own the copyrights.

All of the graphics forms are linked with the original source. All of those pictures, video and graphic forms are not for any commercial use, i gain nothing for those forms of files.

Light 18sx contents.