Friday, 2 January 2015

Aku kan manusia lemah. Lupa?




   Aku kan manusia lemah. Lupa?


   *******
   Sepatutnya esok adalah tarikh untuk aku ke kursus kahwin di Putrajaya. Pembetulan. "Kita" ke kursus kahwin. Sepatutnya dua minggu lepas tapi keberangkatan kedua ibu bapa aku ke Umrah menyebabkan aku menangguh dulu kursus itu. Kursus kahwin ada banyak kali. Penceramah ada ramai orang. Ibu bapa, aku cuma ada sorang (Ye la. Sorang ibu. Sorang ayah. Jangan nak oh em gee kenapa seorang ibu bapa sangat lah).

    Jadi, nak taknak (Nak!) aku kena call kau jugak. Bukan apa. Masa penangguhan hari tu, kau ada kata buat tempahan baru. Aku call ini in case la kalau kalau kau batalkan (janganlah) secara rahsia pendaftaran aku itu.

   Aku tengok keliling. Takde orang. Tapi, risau jugak kena menganjing dengan rakan-rakan. Aku capai telefon, aku melangkah ke luar rumah. Panggilan telefon dibuat. Berdering panjang. Tak berangkat. Begitu juga untuk kali yang kedua. Ok. Kau busy. Ok. Aku positif.

     Nampak gayanya, terbatal lah hasrat aku untuk ke kursus kahwin awal tahun ni.

********

    Maharajalawak boleh tahan buat aku penat. Aku wonder jugak aku tengah tengok Maharajalawak atau Maharajapenat. Jam tunjuk pukul 12.20am. Masa untuk tidur. Esok mahu bangun awal. Azam baru u. Sebagai seorang bakal suami (walaupun kelihatan agak lama lagi nak jadi. But hey, kena berlatih dari sekarang la kan?) aku kenalah bangun awal bagi ditunjukkan kepada bakal-bakal isteri aku yang mendatang bahawa aku sa-orang calon Suami yang bagus. Dok gitu?

     Tiba-tiba.

     Telefon berdering.

     Kau boleh agak kan dari siapa.

     Tak perlu aku sebut nama.

    Dan kali ni memang aku sedang pegang telefon (berbanding semalam, telefon ada dalam laci). Lama. Aku biarkan tak berangkat. Telefon berhenti berdering.

    Aku nekad. Lagi sekali telefon ini berdering, aku akan angkat. Berbual tentang apa saja benda yang kau mahu bualkan. Bertanya tentang khabar kau yang aku sentiasa tertanyakan.


     Sayang, deringannya cuma sekali.
     Maafkan aku sayang.







     Aku kan manusia lemah. Lupa?

Thursday, 1 January 2015

Wrap it up for 2014.



   Masih ingat lagi lagu yang kau minat betul betul minat masa awal Januari 2014 hari tu?
   Ya, aku pun tak ingat jugak.
   Hmm, takpelah dulu.

*Publish*
   Selesai taipkan entry untuk blog yang lagi satu. Sempat juga brag about it dekat akaun Twitter.
  Oh sekadar untuk recap, aku dah buat dua akaun Twitter dan blog. Kalau nak faham, baca sini kenapa.

   Lepas tu, aku pun mula la nak taip ni ni entry ni. Tapi, belum apa-apa aku dah malas. Tak cukup malas tulis azam baru dekat blog lama sampai tak habis, buat perangai taknak habiskan entry ni pulak.
   Tapikan, siap awal awal pun buat apa. Bukan ada orang baca pun apa yang aku tulis. Ni kalau aku mengaku aku crush ke siapa dekat Twitter pun takde siapa perasan ni. Asyik la tanya umur berapa la, apa la. Membaca la sikit. Semua benda aku dah tulis kot dekat sini.
   Done siapkan bahagian sentap. Kita ke part seterusnya.

   Apa azam tahun baru aku?
   Well, ayuhlah kita tuliskan disini untuk rujukan Mikael yang kini dan bahan ketawa untuk Mikael yang akan datang.

1. Mula kumpul duit dan ada simpanan tetap
2. Nak kuruskan badan (Kau gelak amende setan?)
3. Nak fokus menulis sehari atleast satu page

   Tu je la dulu kot.
   Fuck perangai malas membuak-buak macam apa nak menulis azam pun malas alahai macam mana nak capai azamnya setan?

   Kenapa aku buat azam ni? Oh ya sebab tahun baru.
   Aku masih tak faham kenapa kita meraikan tahun baru dengan begitu asyik. Usia makin meningkat. Kalau kau loser, maknanya sudah kesekian-sekian tahun, kau adalah loser. New year sambut bagai nak rak tapi lilin pada kek harijadi pun kau sembunyikan jumlahnya. Jadi, apa inzalnya sambut new year ni?
   Done meroyan deep deep like people baca dan oh my Mikael sungguh betul apa yang awak tuliskan ini ya pun. Saya bagi awak, 4 bintang.
   Wow! Empat bintang untuk Mikael! 

   Blergh.
   Dapat bintang buat apa.
   Lain la kalau dapat awak yedak? Hihu.

   Oh,
   Cakap pasal “awak" ni.
   Tadi Mary call.
   Lebih kepada misscall.
   Sekali.
   Aku tak balas balik sebab sekali kan.
  Risiko kalau sekali je ni mungkin dia tertekan nombor aku. Ye la, nak tekan nombor lelaki baru, tertekan nombor aku tak sengaja.









   Ya, aku paranoid.

   Oh, aku dah jumpa pun folder lagu favourite aku masa awal tahun 2014.
   Loveable - Kim Jong kook
   Dun jash.

Monday, 15 December 2014

Mary, sms yang tak berbalas dan panggilan telefon.



   Setelah whatsapp tak berbalas, mesej tak berbalas, aku decide untuk call. Berdering dalam 30 saat dan ianya berangkat.

   "Hello" sapa aku dengan segera.
   "Hello.."
   "Tengah buat apa?"
   "Aaaa, keluar makan dengan semua staff staff saujana tadi. Kuew Teow"
   Ada kaget dalam suaranya. Aku dapat rasa.
   "Oh...ok..i keluar tau. Dengan Azwad"
   "Oh ok. I pun on the way balik ni" dan aku dapat bayangkan masa dia sebut dialog ni, pelan-pelan dia sebut fuck. Sebab?
   "Oh, belum balik lagi. Ni dekat mana?"
   "Aaa, dalam kereta. On the way balik. Hmm ha'a."
   "Dengan siapa?"
   "Ni la staff-staff Saujana"
   Aku diam sebentar.
   "Siapa dalam kereta?"
  "Staff saujana"
   "Nama?"
   Mengeluh perlahan.
   "Aie. Staff saujana"


  Oh, sekarang dah ada Aie.



   Ok.

   "Bang, mintak lagu Bahagiamu Deritamu nyanyian Hafiz satu bungkus ikat tepi. Sedih lebih ya."

Disclaimer

This is a personal blog and everything written on this blog, based on own and personal thought.

The owner of this blog did not responsible for any comments that made in the comment sections. The owner is only responsible by his name as written by the sections.

This web blog does not store any file on its server. All movies, software, form of files, pictures and any types of graphic forms that are posted on this blog are indexed from personal purpose only. For download-able form of files/software/etc, it's just for demo and must be deleted within 24 hours. You are agreed with this term as clicking the download button.

Any pictures, video and graphic forms, are not copyrighted as the date taken from the search engines. As if its copyrighted, all credit goes to the owner and i did not own the copyrights.

All of the graphics forms are linked with the original source. All of those pictures, video and graphic forms are not for any commercial use, i gain nothing for those forms of files.

Light 18sx contents.