Saturday, 15 March 2014

Bila Kau Tersalah Pilih. KajangElection.


Sate Kajang yang overrated. Bukan sedap mana tapi mahal nokhorrom mintaq penampaq.


     “Kau tahu tak pasal Pilihanraya Kajang tu?” tanya salah seorang pekerja dekat tempat aku praktikal. Jujur cakap sebenarnya aku ada la sikit muak dengan politik yang diperbentangkan ni especially dekat Kajang tu. Tapi dah orang nak ajak berbual kan.
     “Tahulah jugak sikit”
     “Tu la. Aku harap orang Kajang pilih la dengan betul. Dah ada dah calon yang berkaliber tu. Nampak ciri dia mampu memimpin dan melaksanakan janji dia betul tak?”
     Dan jugak aku taknak tersalah cakap. Aku tak kisah calon cina ke calon melayu. Tapi sekarang ni aku kena pilih satu calon supaya nak meneruskan perbualan dan aku tak boleh tersalah pilih sebab nanti awkward. Kau tahu la kan orang lelaki berbual kalau bercanggah politik, automatik kau kena pulau. Dituduh macai. Dtuduh pembangkang. Walaupun tak sebut dekat mulut, kau tahulah hati diorang macam Konsert ASOT dok seru-seru perkataan tu.

     “Tu lah. Aku pun rasa Chew Mei Fun berkaliber.”
     Dan tiba-tiba dia terdiam dan kami pun berpandangan.





Sial aku salah pilih.

Saturday, 22 February 2014

Hati luka.



Aku berlari memanjat bukit,
Dia atas bukit aku menjerit,
Menjerit kuat sampai telinga aku bingit,
Menjerit kuat sampai tekak aku perit,
Masih tak berkurang hati yang sakit.

Adakah aku perlu berjalan ke bandar dan berteriak,
Berjumpa dan bersalam dengan khalayak,
Yang kadangnya lebih plastik dan tak koyak,
Tapi aku sedar bercakap pun aku tak layak.

Pergi pergi,
Makin jauh aku lari,

Mahu saja aku robek hati yang terasa luka,
Agar boleh aku ubati dengan apa yang ada,
Agar aku boleh perhati kau pulih semula,
Tapi aku tahu aku masih rasa sama,

Adakah aku perlu gantikan hati yang luka,
Kepada sesuatu yang baru dan yang aku suka,

Ataupun aku perlu berlari memanjat ke bukit dan hanya menjerit semula

Wednesday, 12 February 2014

My biggest fear.


Jujur cakap, you memang memenuhi hampir semua ciri gadis idaman i.
You tak tinggi suara. Tak pernah.
You tak berkira. Tak pernah.
You tak pernah lagi kantoi curang. Tak pernah.
You mendengar kata. Selalu.
You boleh ngam dengan ibu . Selalu.

Cuma ada satu, satu je perangai you yang i tak boleh nak hadam.
You punya sikap selfish.
Dalam bercinta, perlu ada give and take. You banyak take.
You yang sendiri kata you banyak take. You jarang give
I korban banyak benda, you tak hargai pun.

Jadi, boleh kiranya I cakap,
My biggest fear is you.
I takut untuk kehilangan you.
Tapi i juga takut,
Kalau dengan bersama you,
Rupanya perangai you yang satu tu i tak tahan sampai bila-bila.
5 tahun 10 tahun.
Sampai akhirnya i terpaksa berpisah dengan you.

Kesian anak anak kita nanti.
Sebabkan sifat “selfish” i jugak yang tetap nak memiliki you,
Orang lain pulak yang bakal sakit lagi nanti.


Dan ya,

“You” itu dibaca Mary.

Disclaimer

This is a personal blog and everything written on this blog, based on own and personal thought.

The owner of this blog did not responsible for any comments that made in the comment sections. The owner is only responsible by his name as written by the sections.

This web blog does not store any file on its server. All movies, software, form of files, pictures and any types of graphic forms that are posted on this blog are indexed from personal purpose only. For download-able form of files/software/etc, it's just for demo and must be deleted within 24 hours. You are agreed with this term as clicking the download button.

Any pictures, video and graphic forms, are not copyrighted as the date taken from the search engines. As if its copyrighted, all credit goes to the owner and i did not own the copyrights.

All of the graphics forms are linked with the original source. All of those pictures, video and graphic forms are not for any commercial use, i gain nothing for those forms of files.

Light 18sx contents.