Monday 15 December 2014

Mary, sms yang tak berbalas dan panggilan telefon.



   Setelah whatsapp tak berbalas, mesej tak berbalas, aku decide untuk call. Berdering dalam 30 saat dan ianya berangkat.

   "Hello" sapa aku dengan segera.
   "Hello.."
   "Tengah buat apa?"
   "Aaaa, keluar makan dengan semua staff staff saujana tadi. Kuew Teow"
   Ada kaget dalam suaranya. Aku dapat rasa.
   "Oh...ok..i keluar tau. Dengan Azwad"
   "Oh ok. I pun on the way balik ni" dan aku dapat bayangkan masa dia sebut dialog ni, pelan-pelan dia sebut fuck. Sebab?
   "Oh, belum balik lagi. Ni dekat mana?"
   "Aaa, dalam kereta. On the way balik. Hmm ha'a."
   "Dengan siapa?"
   "Ni la staff-staff Saujana"
   Aku diam sebentar.
   "Siapa dalam kereta?"
  "Staff saujana"
   "Nama?"
   Mengeluh perlahan.
   "Aie. Staff saujana"


  Oh, sekarang dah ada Aie.



   Ok.

   "Bang, mintak lagu Bahagiamu Deritamu nyanyian Hafiz satu bungkus ikat tepi. Sedih lebih ya."

Wednesday 10 December 2014

Mary dan Hari Graduasinya.

   Aku sampai untuk kali ketiga (pertama bersama Zack pukul 8.00 pagi dan 5.00 petang hari yang sama.) ke BigBadWolf tepat jam 1140 pm. 20 minit sebelum penjualan buku FIXI "Malam" bermula. Sampai-sampai, aku lihat kawasan depan meja kosong. Cantik. Walaupun sebenarnya kejadian yang berlaku ni memang tak logik, tetapi aku ambil sebagai hadiah sebab usaha jugak nak datang berkali-kali semata nak rebut buku tu.





   Dan ternyata, aku naif.

   Selepas bercakap "Wau, wau" sebanyak 18 kali, akhirnya aku sampai ke barisan paling belakang untuk membeli buku Malam. Betul aku cakap. Tak masuk akal. Walaupun benda ni aku dah agak, tapi janji palsu pada awal sampai tadi betul-betul buat aku teruja.

   Masa tu la, ianya berlaku.

   Telefon berdering.
   Lambat.
   "1 Missed Call"
   "Mary"

   Shit.
   Aku tenang.
   Taknak gelabah.
   Taknak gelupur.
   Dan telefon berdering lagi.

   Berlakulah perbualan yang paling aku rindu nak dengar tapi aku taknak bagitau dia.
   Sumpah malam tu, senyum sampai telinga.

*******
   Esoknya,
   Panggilan telefon berlaku lagi.
   Peringatan lagi tentang isu semalam.
   Oh, Mary ajak aku pergi Kursus Kahwin. Aku setuju. Apa? Why i agree? Why not?
   Jadi, dia suruh aku bagi nombor IC dan nama penuh.

   Untuk pengetahuan anda semua juga, Mary akan bergraduasi pada Hari Selasa 9/12/2014

   "So, bila gerak Dungun?"
   "Malam esok. Lepas kerja tu malam terus gerak sana"
   "Tidur sana?"
   "Maybe. Satu malam kot"
   "Ok then :)"

*******
   Sebelum tu,
   Pada pagi Jumaat.
   Hari pertama BigBadWolf berlansung.

   "Zack, Mary graduate minggu depan ni... kalau kau dekat tempat aku, kau ucap tak?"
   Zack lama diam.
   "Entahlah. Depend. Kalau aku, aku send je mesej ucap tahniah. Tak luak pun. Time tu jugak boleh tengok respond dia macamana. Dia still into you or not."
   "Macamana tu?"
   "Ye la. Kalau dia balas "Ok Thanks" je, kau dah boleh start padam nombor dia pelan pelan dalam kepala, move on dan cari gadis lain untuk dijadikan pasangan kekasih sehidup semati kau. Percayalah, dia dah tak minat dah dengan kau"
   "Heh."
   "Apsal kau "Heh"?"
   "Kau cakap move on dengan cari gadis baru tu nampak macam senang betul. Macam order lempeng"
   Zack sekadar angkat bahu, depa tangan. Malas nak lawan debat la tu.
   Dah la. Dari layan perasaan yang tak tentu ni, baik aku layankan 3 buah kotak buku yang aku dah ambik ni. Nak kena pilih sebab bajet cekik leher. So, baik aku bagi rasa kasih sayang dan perhatian aku pada buku dulu buat masa ni.

   Sepanjang aku hidup ni, buku tak pernah betray aku lagi.

*******
   "Tahniah kerana anda berjaya bergraduasi!" mesej dihantar.
   "Terima kasih, tapi sesi i belum start lagi...huhu"
   "Pukul 2 kan?"
   "2.30"

   "Dapat tak ngelak naik pentas?" 1.29 pm
   "Macamana konvo? Ok?" 7.18 pm
  "Muhammad Mikael Sahaja. 910520-**-****. I ada hantar through Whatsapp dah sebenarnya. Takut you tak dapat" 7.20 pm


Ya, yang ada masa tu aku yang hantar.


Dan dia masih lagi biarkan aku sunyi sampai saat ini.
Sampainya hati.

Disclaimer

This is a personal blog and everything written on this blog, based on own and personal thought.

The owner of this blog did not responsible for any comments that made in the comment sections. The owner is only responsible by his name as written by the sections.

This web blog does not store any file on its server. All movies, software, form of files, pictures and any types of graphic forms that are posted on this blog are indexed from personal purpose only. For download-able form of files/software/etc, it's just for demo and must be deleted within 24 hours. You are agreed with this term as clicking the download button.

Any pictures, video and graphic forms, are not copyrighted as the date taken from the search engines. As if its copyrighted, all credit goes to the owner and i did not own the copyrights.

All of the graphics forms are linked with the original source. All of those pictures, video and graphic forms are not for any commercial use, i gain nothing for those forms of files.

Light 18sx contents.